Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri ketika hamil. Ada yang mengalami berterusan sehingga bersalin ada yang hanya melaluinya beberapa bulan sahaja. Ia adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Malah setiap kehamilan lain-lain pengalamannya.
Aktres Wawa Zainal sedang hamil 6 bulan anak ketiga. Walau pun sedang hamil, wanita berusia 27 tahun ini tetap ligat travel bersama dengan suami, Aeril Zafrel. Mereka berdua sedang berada di Turki dan awal Ogos lalu berkunjung ke Maldives.
Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 ini mengakui masih mengalami alahan mengandung. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bagaimana pun melalui pengalaman yang menarik.
Kata Wawa sepanjang travel dia tidak pula mengalami sebarang muntah dan pening-pening. Ia dikhabarkan Wawa menerusi Instagram;
Ads
Kenapa Wawa ni tak reti penat ke asyik jalan je..
Korang nak tahu sebenarnya kalau Wawa duduk rumah mula l mengada nak muntah manjang. Sakit kepala, sakit badan..
Tapi kalau travel tak ada pulak muntah, tak ada pulak pening-pening
Ketika hamil memang banyak perubahan dan adakalanya komplikasi pada kehamilan yang akan dilalui oleh wanita. Salah satunya adalah air ketuban yang banyak. Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai permasalahan ini akan dapat membantu ibu hamil memahami keadaan sebenar kenapa keadaan ini boleh berlaku.
AIR KETUBAN BANYAK
Dalam istilah perubatan, air ketuban banyak dipanggil sebagai Polyhydroamnios. Masalah ini boleh disebabkan penyakit yang berlaku pada ibu ataupun bayi tersebut.
Sebanyak 1% orang yang mengandung akan mengalami masalah air ketuban banyak. Manakala, sebanyak 20% daripada mereka yang mengalami masalah ini mungkin akan mempunyai bayi yang mengalami kecacatan semasa masih lagi dalam kandungan. Oleh itu, pesakit yang mengalami masalah ini selalunya akan dirujuk kepada hospital untuk mencari punca kepada masalah tersebut.
Cecair amniotik merupakan istilah saintifik bagi air ketuban dan ia merupakan cecair yang terkumpul di dalam rahim dan mengelilingi bayi di dalam kandungan. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi untuk kebaikan bayi yang dikandung iaitu bertindak untuk perkembangan bayu dan untuk melindungi bayi daripada hentakan/ atau trauma.
Selain daripada masalah ini, wanita hamil juga boleh mengalami masalah air ketuban kurang iaitu oligohydroamnios.
PUNCA KEPADA MASALAH AIR KETUBAN BANYAK
Punca kepada masalah ini selalunya sangat mudah untuk dikenalpasti. Tetapi ada juga pesakit yang tidak diketahui punca kepada bagaimana air ketuban itu menjadi banyak.
Beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini adalah:
1. Mengandung bayi kembar
KOMPLIKASI
Pesakit boleh mengalami beberapa jenis komplikasi jika menghadapi masalah ini. Komplikasi tersebut adalah:
1. Kelahiran pra-matang (bayi lahir tidak cukup bulan)
2. Risiko untuk menjalani pembedahan akan semakin meningkat.
3. Kedudukan bayi boleh menjadi songsang
4. Pendarahan yang teruk selepas melahirkan anak
Simptom yang menunjukkan air ketuban banyak ialah pesakit akan merasakan bahawa perutnya lebih besar daripada yang sepatutnya. Perasaan ini selalunya dirasakan bagi mereka yang pernah mengandung sebelum ini. Pemeriksaan fizikal juga akan menunjukkan pesakit mempunyai ukuran rahim yang lebih besar daripada biasa.
Cara untuk mengesahkan seseorang ibu hamil mengalami masalah ini adalah dengan melakukan ultrasound scan. Jika air ketuban melebihi daripada bacaan yang sepatutnya, maka pesakit akan disahkan mengalami masalah air ketuban banyak. Kemudian, doktor juga akan memeriksa struktur tubuh bayi melalui ujian ultrasound tersebut untuk melihat sama ada pesakit mempunyai sebarang kecacatan ataupun tidak. Disamping itu, pesakit juga akan diminta untuk melakukan ujian kencing manis. Ini kerana masalah kencing manis juga boleh menyebabkan kandungan air ketuban menjadi banyak.
RAWATAN
Tiada ubat yang spesifik digunakan untuk merawat masalah ini. Tetapi ada beberapa perkara yang akan dilakukan oleh doktor untuk menghadapi masalah ini. Antaranya ialah pantauan dari doktor. Ibu yang menghadapi masalah ini selalunya akan dipantau dengan lebih kerap oleh doktor. Ini untuk memastikan bahawa kandungan tidak menghadapi apa-apa masalah. Kandungan tersebut akan diberi masa hingga cukup bulan untuk dilahirkan seperti biasa.
Selain itu ialah kelahiran yang tidak cukup bulan. Pesakit yang mengalami masalah ini akan mempunyai risiko untuk kelahiran pra-matang. Ini disebabkan saiz rahim yang semakin membesar akan merangsang proses kelahiran walaupun pada ketika itu bayi masih lagi tidak cukup bulan.
Jika proses bersalin telah bermula walaupun bayi masih tidak cukup bulan, pesakit perlulah menerima suntikan steroid untuk memastikan paru-paru bayi menjadi matang dan boleh bernafas seperti biasa apabila dilahirkan.
Jika bayi tersebut menunjukkan simptom yang bermasalah seperti bacaan denyutan jantung yang tidak normal, pesakit perlulah menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi secepat mungkin.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Sebelum melabuhkan tirai tahun 2020, pada Disember ini, pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal bergelar ayah dan ibu. Bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka itu, Zahirah memilih untuk berada dekat dengan ibunya sepanjang detik kelahiran bayi sulungnya itu.
Semalam menerusi akaun instagram masing-masing, kedua-duanya dilihat meninggalkan beberapa posting untuk tatapan peminat sebelum berangkat ke Perth, Australia untuk urusan bersalin pada Disember ini.
Pasangan ini turut memaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka dijangka akan kembali semula ke tanah air pada tahun hadapan.
“Selepas tidak tidur malam… Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.
“Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti,” tulis Zahirah di instagramnya.
Terbaru Zahirah juga turut berkongsi beberapa video mereka yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel di Perth.
Ibu Doakan Perjalanan Selamat
Dalam pada itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusof juga turut mendoakan perjalanan anak dan menantunya dipermudahkan.
Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah 😭😭😭. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your 2 weeks quarantine. Love you guys so much,” tulisnya di instagram.
Semoga kedua pasangan ini dilindungi dari sebarang bahaya dan dipermudahkan urusan kelahiran di sana kelak.
Aiman dan Zahirah telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pada 2019, pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.
Semua wanita mengandung pasti memasang niat untuk bersalin secara normal dan proses melahirkan anak berjalan lancar. Bersalin normal menjadi impian kerana ibu lebih cepat sembuh berbanding yang melahirkan bayinya melalui pembedahan, luka mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin ada berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
#1 POWER Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk : • menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj • membuka serviks sehingga 10cm • menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
#2 PASSAGE Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila : • ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD • tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
#3 PASSENGER Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal : • posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation) • kepala bayi besar e.g hydrocephalus • bayi yang besar 》4kg • CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!