Dalam keadaan mendesak untuk belajar dari rumah, ada golongan yang menghadapi masalah untuk menyediakan kelengkapan terbaik buat anak-anak mereka. Golongan B40 misalnya mempunyai kesukaran untuk memastikan anak-anak untuk terus belajar dengan selesa.
Dengan masalah begini, anak-anak mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan anak-anak merasa sedih bahkan ia mematikan semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Lotus’s Malaysia Sedia Membantu!
Memahami situasi ini, Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tesco telah menghulurkan bantuan untuk memudahkan murid-murid dari golongan B40 ini. Mereka telah mengadakan program yang dipanggil Inisiatif Prihatin bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021.
Ads
Program ini telah direncanakan untuk membantu seramai 6,000 murid B40 yang kurang bernasib baik dari 21 buah Tesco’s Adopted School Programme.
Bagaimana program Inisiatif Prihatin dijalankan?
Baucar diberikan kepada murid-murid ini dan ia boleh ditebus atau digunakan di semua medan selera Lotus’s Malaysia. Selain itu, pengagihan barangan dapur seperti beras, minyak masak dan banyak lagi turut diadakan. Sumbangan ini turut dijayakan oleh penyewa dan pembekal di Lotus’s Malaysia.
Ads
Kempen Kembali Ke Sekolah
Di bawah Inisiatif Prihatin, kempen Kembali Ke Sekolah telah dijalankan pada Januari yang lalu untuk murid sekolah B40. Ia dikenali sebagai Kembali Teguh dan merupakan kerjasama antara Unilever Malaysia dan Yayasan PINTAR.
Ads
Sejak kerjasama antara Tesco dan Yayasan PINTAR sejak 2016, sebanyak 63 buah sekolah dari seluruh negara telah dipilih untuk mengikuti program ini.
Secara positifnya, kempen ini telah berjaya memberi impak positif kepada 57,000 murid melalui program pemerkasaan persekitaran dan pendidikan.
Lotus’s Malaysia tidak akan berhenti setakat ini kerana setiap program kebajikan ini akan diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook : TESCO MALAYSIA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berinteraksi dengan alam dan haiwan sememangnya cukup memberi kesan kepada perkembangan minda anak-anak kita. Selain menguatkan fizikal tubuh mereka, mendedahkan mereka dengan persekitaran, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat membuatkan imun anak semakin kuat.
Pendedahan dengan alam dan haiwan sebegini membuatkan daya berfikir anak menjadi lebih baik dan positif. Tanpa kita ketahui, pendedahan dan mendekati alam sebenarnya amat besar manfaatnya terutama kepada anak-anak yang lambat perkembangannya juga anak-anak istimewa seperti Autisme, Sindrom Down dan sebagainya.
Mendekati haiwan seperti kuda antara terapi paling dekat untuk membuatkan anak-anak autisme menjadi lebih tenang dan semakin baik perkembangannya.
Dan inilah terapi yang digunakan oleh Green Apple Hippotherapy untuk merawat anak-anak istimewa ini.
Terapi Untuk Anak Istimewa
Green Apple Hippotherapy adalah pusat hipoterapi yang pertama di Malaysia dengan pendekatan yang berbeza; iaitu gabungan kaedah perubatan dan rehabilitasi dengan mengunakan kuda dalam kaedah experiential learning.
Pusat hippoterapi yang beroperasi di Selangor Turf Club, Seri Kembangan ini merupakan satu program rehabilitasi untuk kanak-kanak istimewa terutama sekali dengan Neuro Deficiency Disorders seperti autisme, lewat pertuturan (speech delay), sindrom down, cerebral palsy, attention deficit disorder atau lewat perkembangan fizikal dan kognitif.
Green Apple Hippotherapy yang ditubuhkan pada tahun 2014 ini diasaskan oleh Dr Ali Azman Minaj; seorang pakar pediatrik dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dan isteri, Pn. Iliza Ikhbal, seorang certified horse management dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman.
“Kami dikurniakan dengan seorang anak istimewa dengan autisme dan meneroka cara alternatif untuk membantunya. Kami mendapati peluang yang unik untuk menggabungkan kedua-dua pengalaman kami sebagai suami isteri dari segi bidang perubatan dan pengamalan menunggang kuda.
“Hippoterapi bukanlah perkara baru dan telah diamalkan di Eropah dan Amerika selama beberapa dekad. Pada masa itu, Pn. Iliza mendapat pensijilan hippoterapi di Greece (tempat asal-usul) dan Afrika Selatan sebelum pembukaan pusat hippoterapi ini,” katanya.
Bersahabat Dengan Kuda
Berbanding haiwan lain, kuda menjadi satu terapi yang begitu dekat dengan kanak-kanak. Malah terapi melalui kuda ini juga membuatkan anak-anak istimewa mampu berdikari dari segi kemahiran hidup seharian dengan cara yang sangat menyeronokkan (fun & outdoor).
Kaedah yang menyeronokkan seperti bermain kuda lebih memberangsangkan dan mempercepatkan perkembangan mereka yang selalunya lebih mencabar berbanding kanak-kanak lain. Kaedah ini memberi galakan secara tidak langsung apabila berinteraksi dan menunggang kuda.
Aktiviti hippoterapi untuk semua kanak-kanak dengan program Equine Assisted Learning (EAL) untuk kanak-kanak dari usia 3 tahun ke atas mula dibuka kerana adanya permintaan yang tinggi daripada ibu bapa. Ia juga menggunakan kaedah hippoterapi yang boleh membantu fokus, tumbesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak.
Terapi Hippotherapy Bantu Anak Autisme & Anak Lambat Perkembangan
Hippoterapi ini bukan pengganti terapi konvensional tetapi ia sebagai pelengkap untuk rawatan kanak-kanak istimewa kerana ia mempercepatkan rawatan dan perkembangan neurology golongan ini.
Kanak-kanak istimewa terutama sekali dengan Neuro Deficiency Disorders mempunyai cabaran untuk memproses input deria. Aktiviti mudah seperti makan, bercakap dan menyentuh adalah sangat mencabar.
Melalui terapi hippoterapi, kanak-kanak ini diajar untuk re-teach bagaimana otak menerima dan memproses input. Dan sama seperti dalam pembelajaran matematik atau mengait, aktiviti repitasi (repetition) akan membantu untuk proses re-teach ini.
Melalui haiwan berkuda, kanak-kanak dapat memberi tumpuan lebih lama kerana mereka dapat berinteraksi dengan kuda secara dekat. Secara tidak langsung, objektif repitasi (repetition) dipenuhi kerana kanak-kanak berada dalam fokus lebih lama. Inilah sebabnya mengapa hippoterapi telah terbukti menghasilkan keputusan yang lebih cepat dalam masa yang lebih singkat.
Kelebihan Terapi Hippotherapy
Mood dan emosi yang positif
Kemahiran berkuda
Green Apple Hippotherapy Perlu Jadi Pilihan
Green Apple Hippotherapy, pusat hippoterapi yang beroperasi di Selangor Turf Club, Seri Kembangan ini perlu jadi pilihan ibu bapa yang mempunyai anak autisme atau lambat perkembangan untuk melatih anak mereka dan mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran.
Menurut Mr Ray Hong, Business Development Director, pusat hippoterapi pertama di Malaysia ini memberi pendekatan secara menyeluruh dengan clinical pathway yang jelas untuk setiap kanak kanak.
“Kami merupakan ahli Persatuan Menunggang Terapeutik Kanada (CANTRA) dan Persatuan Hippoterapi Amerika (AHA). Di Malaysia, kami berhasrat untuk menjalankan kerjasama dalam penyelidikan hippoterapi kami sendiri dengan sebuah institusi tempatan untuk mula mengumpul dan memproses data.
Kami juga sangat menitik beratkan tentang kualiti tenaga pengajar kami di mana terapi dan staff kami berkelayakan dalam memastikan semua matlamat untuk membantu si kecil tercapai.
Akhir sekali, faktor keselamatan menjadi keutamaan kami. Setiap kanak-kanak akan diiringi dengan tiga orang staff bagi membantu kanak-kanak menunggang kuda dengan selamat,” kongsinya.
Bagi yang berminat untuk mencuba terapi melalui penguasaan berkuda dengan terapi hippoterapi ini, bolehlah layari https://www.greenapple.com.my/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyedari kepentingan simpanan pendidikan anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan program Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN yang berlangsung di Genting Skyworld Theme Park, Pahang pada 12 Julai 2025.
Seramai 25 keluarga menyertai cabaran ini dan beraksi penuh semangat bagi menyelesaikan tugasan di lima checkpoint yang mencabar minda dan mengeratkan kerjasama seisi keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyampaikan mesej penting tentang kepentingan merancang masa depan anak-anak melalui tabiat menyimpan sejak awal usia.
Ucapan Aluan Dari Pn. Wan Zawiah & Perkongsian Penuh Inspirasi Dari Dr. Fie Tawfek
Program dimulakan dengan senaman bertenaga daripada GTP Dance Group, diikuti ucapan aluan daripada Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN yang berkongsi mesej penuh inspirasi buat semua ibu bapa.
Turut hadir memeriahkan acara ialah Dr. Fie Tawfek dan keluarga, yang turut berkongsi pengalaman membuka akaun Simpan SSPN untuk ketiga-tiga anak mereka sebagai langkah awal menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Cabaran Bermula, Semua Peserta Penuh Semangat!
Peserta kemudian diberi taklimat cabaran oleh wakil Genting Skyworld, Mr. Raja, sebelum memulakan Simpan Challenge Hunt yang penuh warna-warni dan aksi. Paling menarik di checkpoint yang pertama, kesemua peserta diminta untuk membuat hiasan pada tabung Simpan SSPN bagi merebut gelaran anugerah khas Tabung Impian Tercantik.
Tamat tugasan pertama, para peserta kemudiannya mengelilingi Genting Skyworld bagi memastikan mereka dapat menyelesaikan kesemua lima cabaran di checkpoint yang telah disediakan. Memang meriah sungguh!
Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti akaun Simpan SSPN bernilai RM50, beg sekolah PTPTN, kotak istimewa Pa&Ma, hamper serta baucar penginapan di hotel.
Semua Peserta Hebat-Hebat, Tahniah Kepada Pemenang!
Terdapat empat kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Tabung Impian Tercantik dimenangi oleh keluarga Pn. Aimi Rahman manakala untuk kategori Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) berjaya dirangkul oleh keluarga Pn. Suryani Samsul.
Bagi kategori Family Paling Sporting pula telah dimenangi oleh keluarga Pn. NorHafizah Hamlan manakala keluarga Pn. Rodiah Abdul Mokti telah merangkul gelaran Pakaian Keluarga Tercantik.
3 Juara Utama, 7 Pemenang Saguhati. Semuanya Dapat Hadiah Akaun Simpan SSPN!
Juara Simpan Challenge Hunt X Simpan SSPN, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM550 dalam bentuk akaun Simpan SSPN adalah keluarga Pn. Jufen Kamin manakala Naib Juara pula disandang oleh keluarga Pn. Nur Aini Amran menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga En. Muhamad Safiy Syazwan yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Tahniah juga diucapkan kepada keluarga En. Mohd Zulkifli, Pn. Aziyana, Pn. Nor Hafizah, Pn. Khadijah Ishak, Pn. Fatin Rimaton, Pn. Farhani, dan En. Nur Ikmal yang telah memenagi hadiah saguhati. Kesemua mereka telah memenangi RM100 akaun Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar diiringi Penolong Editor Pengurusan Family & Parenting, En. Shahir Rahim.
Banyak Belajar, Aktiviti Bonding Bersama Keluarga
Simpan Challenge Hunt kali ini ternyata berjaya mengukir senyuman di wajah para peserta, sambil memberi pendedahan bermakna tentang Simpan SSPN. Anak-anak kecil terutamanya berpeluang belajar tentang kepentingan menabung, manakala acara ini juga menjadi ruang ‘bonding time’ terbaik buat ibu bapa dan anak-anak sepanjang hari tersebut.
Terus nantikan lebih banyak aktiviti menarik anjuran Pa&Ma bersama Simpan SSPN. Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan sama-sama membina masa depan yang lebih terancang untuk anak-anak kita!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, bergelar ibu ayah merupakan detik yang membahagiakan dalam hidup kita. Dikurniakan anak adalah anugerah terindah. Dalam menyiapkan perlbagai persediaan untuk menyambut kehadiran ‘orang baharu’, paling penting untuk ibu ayah memastikan mental dan fizikal berada di tahap terbaik.
Antara perkara yang menjadi kegusaran buat ibu ayah yang pertama kali menimang cahaya mata adalah saat untuk memandikan Si Manja. Memang mendebarkan! Pelbagai perkara yang difikirkan seperti cara yang betul untuk mandikan anak. Bagaimana mahu pastikan prosesnya lancar tanpa sebarang masalah?
Sebenarnya untuk memandikan anak bukanlah sukar, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dititkberatkan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Paling penting, perlu yakin dan sediakan keperluan mandian yang secukupnya. Elakkan beberapa kesilapan ini ketika memandikan Si Manja:
Suhu air yang terlalu sejuk tidak sesuai untuk bayi yang masih kecil. Ia boleh menyebabkan suhu badan menurun dan bayi akan kesejukan. Selain menggigil, tubuh bayi akan kelihatan kebiru-biruan sekiranya air yang digunakan terlalu sejuk. Paling baik, sediakan air mandian yang sedikit suam supaya bayi lebih segar dan selesa.
Dua waktu ini tidak sesuai untuk memandikan bayi. Paling bagus, adalah sekitar jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bagi mengelakkan bayi terlalu sejuk.
Mungkin ada ibu ayah yang berpendapat tidak perlu beria-ia ketika memandikan bayi kerana mereka mungkin tidak berpeluh seperti anak yang lebih besar. Biarpun masih bayi, ibu ayah perlu pastikan setiap bahagian tubuh anak dibersihkan semasa mandi. Bahagian yang perlu diberikan perhatian adalah seperti di celahan peha, leher, kemaluan serta punggung bayi.
Tiada cara yang khusus untuk mengelap badan bayi, tapi pastikan ia kering sepenuhnya. Keringkan bahagian pelipat seperti di celahan peha dan leher bayi supaya tidak ia tidak lembab dan menyebabkan iritasi atau jangkitan kuman pada kulit.
Selesai memandikan anak, pastikan anda membersihkan tab mandi yang digunakan. Sisa sabun dan kotoran yang melekat pada tab mandi akan menggalakkan jangkitan kuman pada bayi jika ia tidak dibersihkan. Bilas tab mandi dengan air suam dan keringkan sebelum digunakan semula.
Momen Indah Saat Mandikan Si Manja!
Jangan risau sekiranya anda perlu memandikan Si Manja. Saat memandikan bayi, ibu ayah sebenarnya sedang membina hubungan kuat dengannya. Selain itu, proses memandikan anak sebenarnya juga dapat membantu untuk merangsang kemahiran berkomunikasi serta tumbesaran mereka.
Sentuhan ketika mandi juga dapat merangsang perkembangan kognitif dan emosi bayi. Ketika ibu atau ayah mengusap lembut tubuh bayi dengan sabun, ia dapat memberi rangsangan kepada emosinya. Dengan cara ini, ia membantu bayi untuk merasa selesa dan tidak tantrum. Bagus kan?
Agar waktu memandikan anak menjadi momen terindah, gunakan produk mandian berkualiti bagi menjamin kebersihan serta kesihatan kulit Si Manja. Selain memilih jenama produk mandian yang diyakini, pastikan ia juga selamat untuk bayi dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.
Cetaphil Pilihan Terbaik!
Jenama yang tidak perlu dipertikaikan lagi kualitinya dan menjadi pilihan banyak ibu ayah. Turut disyorkan oleh pakar pediatrik dan rangkaian produk Cetaphil juga membantu kulit bayi menjadi sihat dan tentulah Si Manja lebih gembira.
Gunakan rangkaian produk mandian berkualiti dari Cetaphil. Jom, lihat apa produk yang ada!
Haruman lembut menenangkan dengan Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo with Panthenol (Vitamin B5) yang membantu penghidratan serta keanjalan kulit bayi. Lebih baik lagi, kulit Si Manja juga akan menjadi lebih lembut. Barulah bayi rasa selesa!
Dah mandi kenalah pakai losen pula! Cetaphil Baby Calendula Lotion pula membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Selain losen ini, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Daily Lotion with Shea Butter untuk kulit lebih lembut dan lembab sepanjang hari. Losen ini juga merupakan pemenang utama bagi ‘Try and Review 2021’ bagi kategori barangan bayi.
Jangan risau kalau bayi ada masalah kulit kering. Inilah penyelamatnya! Cetaphil Baby Advanced Protection Cream dapat melindungi kulit dari iritasi yang merengsakan.
Kulit bayi lebih lembab dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath and Wash with Aloe Vera and Almond Oil. Bagusnya!
Untuk maklumat lanjut tentang produk Cetaphil Baby, anda boleh layari:
Berita baik buat semua pembaca Pa&Ma! Cetaphil akan menawarkan potongan RM5 dengan pembelian produk bayi Cetaphil yang berharga RM40 ke atas. Masukkan kod promosi CETAPAMA5 di Shopee. Sah sehingga 30 September.
Anda juga boleh mendapatkan Calendula Range eksklusif di e-watson.
**Sumber foto: www.shutterstock.com**
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!