Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menerusi Instagram berkongsi video ibunya buatkan kopi. Figura angkasawan negara ini bukan sahaja dikenali kerana kejayaannya dalam karier tetapi juga bagaimana dia menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga terutamanya ibu.

Sering memuatnaik video hargai ibu, bapa kepada 6 orang anak dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata ini menjadi contoh kepada warganet.  

“Insan Yang Paling Ku Sayangi.” Dr. Sheikh Muszaphar Hargai Ibu, Bawa Jalan-Jalan Ke Labuan
Sumber foto: Instagram Dr. Halina

“Apabila ibu buatkan kopi walaupun 3 in 1, satu nikmat saat terindah” Menurutya, dia tidak akan sesekali melupakan segala kudrat ibunya dan sentiasa mendoakan agar diberkati. 

“Insan yang paling ku hargai, Ku tatih, Ku pimpin, Ku peluk, Ku cium, Ku junjung, Selagi bernyawa”

IKLAN
“Insan Yang Paling Ku Sayangi.” Dr. Sheikh Muszaphar Hargai Ibu, Bawa Jalan-Jalan Ke Labuan
Insan yang sangat dihormati dan disayangi Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

“Brought my Mom to Labuan. Just me  and her to  make her happy” 

Tambahnya lagi, kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan keuntungan duniawi sehingga kita melupakan keperluan ibu. Ibu tidak pernah meminta lebih, apa yang dia mahukan hanyalah kebahagiaan kita. 

IKLAN

Antara komen yang ditinggalkan warganet: 

“Insan Yang Paling Ku Sayangi.” Dr. Sheikh Muszaphar Hargai Ibu, Bawa Jalan-Jalan Ke Labuan

“Insan Yang Paling Ku Sayangi.” Dr. Sheikh Muszaphar Hargai Ibu, Bawa Jalan-Jalan Ke Labuan

IKLAN

“Insan Yang Paling Ku Sayangi.” Dr. Sheikh Muszaphar Hargai Ibu, Bawa Jalan-Jalan Ke Labuan

Islam menggariskan martabat seorang ibu itu tinggi dan perlu dimuliakan seperti firman Allah SWT dalam Surah Luqman, ayat 14 yang bermaksud:

‘Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).’

Sebarang tingkahlaku atau percakapan kita yang boleh mengguris hati ibu perlu dielakkan apa lagi bersikap kurang ajar kepadanya. Oleh itu, kita sebagai anak perlulah berusaha untuk memberi perhatian dan memberi layanan yang baik  terhadap ibu. 

Nilai murni yang dipamerkan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ini boleh menjadi ikutan masyarakat untuk lebih menghargai ibu dengan sebaiknya kerana kita tidak akan tahu sampai bila dipinjamkan wanita yang digelar sebagai ibu ini.  

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI