
Bayi yang bakal lahir di negeri Pahang hari ini bakal menerima MyKid 260626-06-xxxx, satu kombinasi nombor kad pengenalan yang tersusun dan mudah diingati. Keunikan nombor ini menjadi perhatian ramai kerana tarikh kelahiran 26 Jun 2026 menghasilkan susunan nombor yang dianggap cantik oleh masyarakat.
Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima oleh anak mereka.

MyKid 260626-06-xxxx Jadi Perhatian Warganet
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun rasmi Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang (Jpnppofficial) di aplikasi Threads, bayi yang dilahirkan di negeri Pahang pada hari ini akan memiliki nombor kad pengenalan yang begitu tersusun.
Menurut hantaran tersebut:
“Senanglah nak ingat nombor kad pengenalan anak masing-masing.”
Susunan nombor MyKid 260626-06-xxxx dilihat menarik kerana enam digit pertama mewakili tarikh lahir 26 Jun 2026, manakala kod negeri Pahang ialah “06”, menjadikan keseluruhan kombinasi lebih unik berbanding kebiasaan.

Hari Asyura Tambah Keistimewaan
Lebih istimewa, tarikh 26 Jun 2026 juga bersamaan dengan 10 Muharam, iaitu Hari Asyura dalam kalendar Islam. Kebetulan ini membuatkan ramai menganggap bayi yang dilahirkan pada hari tersebut mempunyai kenangan kelahiran yang cukup bermakna.
Dalam hantaran berkenaan turut dinyatakan:
“Untung bayi yang lahir hari ini, nombor cantik dan nak ingat pun senang. Ditambah pula hari ini 10 Muharam, Hari Asyura lagi. Bertuah adik.”
Warganet Kongsi Nombor Kad Pengenalan Unik
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa kombinasi MyKid 260626-06-xxxx merupakan antara nombor yang mudah dihafal.
Malah, ramai turut mendoakan agar bayi yang dilahirkan pada hari istimewa ini dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan apabila membesar kelak.
Tidak kurang juga terdapat pengguna yang berkongsi pengalaman memiliki nombor kad pengenalan yang unik mengikut tarikh lahir masing-masing, sekali gus menghidupkan lagi perbincangan di media sosial.

Nombor Cantik Sekadar Keunikan
Walaupun susunan nombor kad pengenalan seperti MyKid 260626-06-xxxx dianggap menarik dan mudah diingati, ia tidak memberikan sebarang kelebihan dari segi fungsi atau urusan rasmi. Namun begitu, keunikan tersebut sudah cukup untuk menjadi kenangan manis buat ibu bapa serta anak yang dilahirkan pada tarikh bersejarah ini.
Gabungan tarikh lahir yang tersusun bersama sambutan Hari Asyura menjadikan 26 Jun 2026 sebagai satu tarikh yang cukup istimewa bagi keluarga yang menyambut kelahiran cahaya mata di negeri Pahang.
Baca lagi: Fattah Amin, Amira Othman Timang Cahaya Mata Sulung. “Jadi Anak Soleh Penyejuk Mommy Daddy”
Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!
Sumber: Thread@jpnppofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





