Keadaan hari ini memaksa anak-anak kita berdepan dengan gajet. Malah seawal usia dua tahun pun anak dah didedahkan dengan kecanggihan teknologi ini. Walaupun hanya menonton rancangan kartun atau bermain game, keadaan ini jika tak dikawal boleh menyebabkan anak sukar berenggang dengan gajet atau dalam bahasa mudahnya ketagih.
Bila ibu bapa tak ikut kemahuan, mulalah anak akan berdrama semata-mata untuk pastikan dapat gajet dan menonton rancangan kegemaran mereka dalam handphone atau tab.
Mungkin ada ibu bapa yang beritahu jika tak dedahkan anak dengan gajet nanti mereka ketinggalan. Dunia sekarang semuanya teknologi. Itu betul namun had penggunaannya harus dikawal secara berdisplin supaya anak faham dan tidak cepat memberontak jika keinginannya tak dicapai.
Bagi memastikan ibu bapa dapat mengehadkan penggunaan handphone pada anak-anak secara lebih sistematik, perkongsian seorang ibu LyNn LinDa LiNn ini sangat membantu.
Finally ibu baru jumpa app yang betul yang mana kita sebagai parent boleh pantau aktiviti penggunaan hp anak seharian. Mungkin ramai parent luar sana dah tau… Ibu Lin sekadar berkongsi info yang baik untuk kita pantau anak-anak
Ads
Dengan apps ini :
ANAK KITA TAK BOLEH Download apa sahaja sesuka hati dan mesti minta permission dari parent yang mana kena masukkan password yang parent sendiri create.
ANAK TIDAK AKAN DAPAT access hp sendiri sehingga larut malam sampai tak tidur tanpa pengetahuan parent, sebab kita boleh setting limit penggunaan harian mereka..
Ads
ANAK HANYA DAPAT main game mengikut jadual yang kita tetapkan sahaja, bila cukup masa tamat, hp akan autolock game tersebut
TAK BOLEH access website sebarangan tanpa pengetahuan kita..
FAMILY LINK (untuk install dalam hp parent)
FAMILY LINK FOR CHILDREN & TEENAGER (untuk install dalam hp anak)
Wajib kena ada acc google untuk parent & anak. Mudah je, ikut step yang ada dalam apps. Bukan lah KONTROL 100% , tapi Kita pantau aktiviti dalam hp anak kita je.
Orang perempuan mudah marah dan mudah dipujuk. Lagi-lagi bila bergelar isteri dan ibu. Dengan bertambahnya tanggungjawab maka tahap tekanan itu bertambah. Cuma bagaimana kita kawal emosi itu terletak pada diri sendiri.
Tak semua yang kita lakukan akan sempurna. Mesti ada juga kekurangan. Oleh itu penting sebenarnya suami memahami dan bertolak ansur dalam memastikan urusan keluarga jadi lebih mudah.
Bukan apa jika keadaan ini tak ditangani dengan baik, kemungkinan besar sikap panas baran akan mudah ‘meletus’ walaupun hanya ada silap yang kecil dari suami atau anak.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Nazia Suhaimi bagaimana dia boleh mengawal dirinya dari sikap panas baran boleh dijadikan panduan bersama.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran.
Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Pastinya mama papa yang ada anak bersekolah rendah melalui situasi di mana alat tulis selalu hilang. Masa nak pergi sekolah, kotak pensel penuh berisi. Tapi bila balik, tengok semula kotak pensel kosong. Betul tak?
Walaupun dah pesan jaga elok-elok alat tulis, tampal sticker nama, ikat tali dan sebagainya, tetap juga hilang. Bila fikir sekali macam ada ‘kaki’ pula alat tulis anak ni. Hari ni hilang pensel, esok pembaris, lusa pemadam, lepas tu pensel warna pula tak cukup.
Boleh buat mama papa stres ni! Bila ditanya macam mana boleh hilang? Bagi siapa pinjam? Jawapan selamat anak-anak mudah je “Entahlah, tadi masa kat sekolah ada je” atau pun “Abang/kakak tak perasan pula siapa ambil. Tengok-tengok dah tak ada!”.
Senang sungguh jawapan anak-anak tu kan. Tapi kita sebagai ibu bapa ni tak sampai hati nak marah walaupun geram. Jadi nak tak nak sementara tunggu anak dah pandai fikir sendiri mama papa terpaksalah kena buat stok alat tulis di rumah. Biasanya anak dah masuk darjah 4, 5 atau 6 mereka dah boleh berdikari.
Sebagai penyelesaian untuk mama papa yang tiba-tiba waktu malam tengah susun jadual buku anak-anak, tengok kotak pensel kosong, idea dari Puan Farhana Ibrahim ni menarik. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Alhamdulillah.. Yeay… Terima kasih baba sudi buatkan rak alat tulis ni. Rak ni banyak kegunaan, lagi-lagi bila waktu kecemasan. Ibaratnya orang kata ON CALL..
Antara kegunaan rak alat tulis ni ialah
✅ Senang nak capai bila semuanya diletakkan satu tempat.
✅ Mudah nak tahu barang apa yang tak ada atau habis.
✅ Mengelakkan ummi jadi ‘singa’ bila tiba-tiba tengah malam baru anak nak bagitahu, esok kelas seni kena bawak manila kad / warna air.
Boleh dapatkan di ShopeeBila dah ada semuanya, memang tak kelam-kabutlah. Cuma jika barang yang anak nak tu tak ada, ibu pun boleh tiba-tiba bertukar watak kan?
P/S: Rak yang digunakan untuk letak dan susun alat tulis tu, boleh DIY sendiri je. Beli paip PVC dan cantumkan. Nak nampak lagi cantik, cat ikut warna kesukaan.
**Nak dapatkan drawer ini pada harga yang berpatutan, klik saja di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka. Beberapa hari selepas kelahiran, si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama-lamanya. Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis.
Perkongsian ibu ini menyentap sanubari sesiapa sahaja membacanya. Anak perempuan yang ditunggu-tunggu pergi ke alam abadi pada hari selepas 12 hari dilahirkan.
Setiap hari doa dikurniakan anak perempuan. Masa kandungan 6 bulan doktor kata “its girl” hati ibu seronok tak terkata. Sepanjang mengandung tiada alahan. Bagus Afina jaga mama. Cuma minggu 29 & 34 kena tahan wad, ada kontraksi lemah. Disuntik ubat matangkan paru-paru.
Afina kurang bergerak. Perut mama sendat, Afina dah 3.4kg. 2 kali kena indius tapi kena flush out ubat sebab hyper contraction tapi jalan tak buka. 2 kali mama kena cucuk ubat tahan sakit.
2 pagi turun tanda, 3 pagi masuk labour room. 3.14 pagi dah bersalin. Mudah sangat bersalinkan Afina, mama tak sakit lama pun.
12 hari Allah pinjamkan Afina, dia tak banyak ragam. Kuning pun tak kena. Mudah sungguh aturan Allah
12 Disember 2019 sepatutnya due date, tapi Afina dan tinggalkan kami semua. Beratnya ujian ini tak tertanggung rasa hati tapi mama reda. Mama tahu Afina baik-baik kat sana.
2 hari berturut-turut mama bawa Afina jumpa doktor. Tapi sebalik itu mama hilang Afina tanpa sebab. Hati tak keruan tengok jantung anak berhenti berdegup.
“Doakan mama kuat….”
Alhamdulillah mama semakin kuat dan reda dengan aturan Allah. Kalau Afina ada, dah sebulan dah dia…
Jahitan Selepas Bersalin memerlukan penjagaan yang betul untuk mempercepatkan pemulihan. Ketahui punca koyakan perineum, episiotomi, tempoh penyembuhan, tanda jangkitan dan tip penjagaan selepas melahirkan anak.