Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia berada di kota Paris.
Semuanya untuk membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Tambah Intan lagi, kunjungannya ke Paris merupakan persiapan akhir buat bayinya yang merupakan seorang bayi perempuan.
“It’s a hot chocolate and shopping day for my baby girl.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, dapat dilihat, Intan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman berada di sebuah pusat beli belah dan sedang memilih pakaian buat bayi perempuan yang bakal dilahirkan kelak.
Ads
Intan turut memilih sehelai baju berwarna merah jambu yang cukup cantik serta beberapa aksesori dan mainan buat bayinya nanti.
Intan sebelum itu dilihat menghabiskan masa dan bersantai bersama suami bagi menikmati secawan air coklat. Memang mengujakan.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menumpang gembira melihat kehidupan Intan bersama suami malah tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka.
Warganet turut mendoakan kelahiran cahaya mata yang dinantikan semua itu dipermudahkan sehingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Mama dan papa usahlah stres sangat bila anak tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain. Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya.
Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Keistimewaan anak yang lahir bulan Februari. Apa yang istimewa sangat dengan bulan Februari? Seperti yang semua sudah tahu, hanya bulan Februari saja yang mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, ia akan menjadi 29 hari. Unik bukan?
Setiap bulan ada keunikan dan keistimewaannya tersendiri, termasuklah bulan Februari. Anak-anak yang lahir pada bulan ini sering dikatakan mempunyai aura yang tersendiri—mereka unik, berkarisma, dan mempunyai daya tarikan semula jadi yang membuatkan orang sekeliling selesa bersama mereka.
Februari satu-satunya bulan yang mempunyai bilangan hari paling sedikit dalam setahun—hanya 28 atau 29 hari (ketika tahun lompat). Ini menjadikan anak-anak yang lahir pada bulan ini lebih ‘rare’ berbanding bulan lain. Malah, mereka yang lahir pada 29 Februari (tahun lompat) lebih unik kerana hanya menyambut hari lahir sebenar mereka setiap empat tahun sekali!
Ramai yang lahir pada bulan Februari sering dikaitkan dengan sifat yang tenang dan matang dalam membuat keputusan. Mereka bukan jenis yang terburu-buru dan lebih suka menganalisis sesuatu sebelum bertindak. Sebab itu, mereka selalunya jadi tempat rujukan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga.
Kalau perasan, ramai individu hebat dalam bidang seni, sains, dan inovasi lahir pada bulan Februari. Ini kerana mereka cenderung mempunyai pemikiran yang kreatif, unik, dan sering berfikir di luar kotak. Mereka suka mencuba perkara baru dan tidak takut untuk berbeza daripada orang lain.
Walaupun mereka nampak cool dan santai, anak Februari sebenarnya sangat setia dalam persahabatan dan hubungan. Mereka menghargai ikatan yang mereka bina dan bukan jenis mudah berubah hati. Bila mereka sayang seseorang, mereka akan benar-benar menjaga dan menghormati orang itu.
Mereka juga terkenal dengan semangat bebas dan tidak suka terikat dengan sesuatu yang terlalu mengongkong. Jiwa mereka penuh dengan semangat ingin tahu dan suka mencuba pengalaman baru. Ini menjadikan mereka individu yang penuh dengan cerita menarik dan pengalaman hidup yang berwarna-warni.
Orang yang lahir pada bulan Februari bukan jenis yang suka menyebarkan cerita atau bergosip. Mereka lebih selesa menyimpan perkara sulit dan sering menjadi pendengar yang baik. Sebab itu, ramai orang selesa berkongsi masalah dengan mereka kerana mereka boleh dipercayai.
Anak yang lahir pada bulan Februari memang istimewa dan unik dengan personaliti yang tenang, kreatif, setia, dan penuh semangat bebas. Mereka bukan sahaja mempunyai aura tersendiri, tetapi juga mampu memberi inspirasi kepada orang sekeliling. Jadi, kalau ada insan tersayang yang lahir pada bulan Februari, hargailah mereka kerana mereka bukan sekadar insan biasa, mereka adalah permata yang berharga!
Bagaimanapun sebagai Muslim, kita percaya bahawasetiap bayi yang lahir semuanya suci ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya tidak kiralah pada bulan berapa mereka dilahirkan.
Haram hukumnya dan berdosa besar jika orang Islam percaya kepada zodiak. Ia dianggap sebagai suatu perbuatan percaya kepada ramalan atau menilik nasib dan mengundang syirik kepada Allah SWT.
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah pernah melakukan kajian selama 30 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang individu itu dipengaruhi oleh bulan kelahiran.
Menurut kajian dibuat, antara ciri-ciri am dimiliki seorang lahir pada bulan Februari adalah seperti suka kepada hiburan dan sukan, berani juga bercita-cita tinggi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...