Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Keprihatinan seorang suami yang sediakan makanan wajib dimakan oleh isterinya yang mengandung patut dicontohi.
Bila isteri mengandung, suami kena ambil tahu tentang penjagaan pemakanan bakal ibu. Pastikan isteri hanya makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dirinya dan anak dalam kandungan.
Kadangkala memang ragam ibu mengandung ada macam-macam sampaikan ada yang jenis tak lalu makan langsung.
Walau macam mana pun cubalah buat macam yang dilakukan oleh Mohd Farhan Zakaria. Setiap bulan bakal ayah ini akan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli snek berkhasiat untuk isteri tercinta.
MAKANAN WAJIB SEPANJANG ISTERI SAYA MENGANDUNG
Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu.
Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.
Setiap minggu saya akan habiskan sekitar RM30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife, “Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu,kesian baby kalau tak habis kan”.
Tips dan teknik ni saya dapat dari abang dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak-anak dan kakak ipar. Anak-anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar pulak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.
Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.
1. Kurma
Kurma mengandung glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.
2. Kismis
Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.
3. Buah Tin
Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.
4. Kacang Cerdik
Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan. Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe
5. Buat Aprikot
Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium,Zat Besi dan Kalium. Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, iaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak. Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.
Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima,madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran
Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur)
Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulong minum air kelapa hari- hari ok je. Kakak ipar nombor 3 minum hari ni, esok tu clear jugak. Jalan terus (gugur)
Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan- kawan saya, wife diorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakan.
So saya cadangkan 5 makanan ini. Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak-kakak ipar saya.
Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu ayah mahukan anak yang bijak dan cergas otaknya. Melihat anak-anak berjaya sememangnya menjadi kebanggaan bagi semua ibu ayah. Itulah misi utama dalam mendidik anak. Pun begitu menjadikan anak lebih bijak dan sihat bukanlah satu tugas mudah untuk dilakukan.
Tapi ini tip yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad wajib ibu ayah praktikkan sejak di dalam kandungan lagi. Bagi ibu hamil pastinya satu bonus untuk anda. Cuba amalkan ni!
TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHIM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahim. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.
Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.
Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”
Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.
Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).
Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahim’.
Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.
Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyayangi anak dalam rahim.
Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahim tahu ibubapa mereka menyayanginya.
Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahim juga. Cuba bercakap melalui telefon dan si ibu merapatkan telefon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahim.
Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran. Sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketenangan pada anak dan si ibu.
Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.
Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi ketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.
Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.
Jadi dalam tempoh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Pastikan dapat makanan yang ada karbohidrat kompleks (yang tidak berproses) seperti sayur-sayuran, protein yang sihat seperti ikan, daging, susu dan dapatkan juga minyak atau lemak sihat seperti avokado, minyak zaitun dan buah zaitun itu sendiri yang mengandungi antioksida yang banyak dan unsaturated fatty acid.
Cuba amal kekacang seperti buah badam, kacang kuda yang direbus, almond dan banyak lagi jenis kekacang sebagai makanan ringan untuk kudapan.
Elakkan makanan berproses yang banyak pewarna,perasa dan pengawet. Minum air secukupnya.
Jika mahukan sesuatu yang manis, dapatkannya secara segar dan natural seperti potongan buah-buahan, madu, gula kabong dan jus yang diperah segar.
Pastikan juga apa yang kita makan dan minum adalah sesuatu yang halal, toiyyib dan tidak membazir.
Minum air kosong secukupnya bagi meningkatkan daya tahan dan tahan. Air sangat penting untuk menjana tenaga yang banyak diperlukan.
Bila masuk pertengahan usia kehamilan, boleh ambil minyak zaitun, kurma atau delima bagi memudahkan proses kelahiran. Jangan lupa berdoa kerana Allah yang akan permudahkan segala urusan kita.
Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Emosi ibu hamil mempengaruhi anak dalam kandungannya. Kalau ibu sentiasa gembira dan kerap ketawa dikatakan akan memiliki bayi yang kurang meragam! Jadinya kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
“Baiknya anak Nelly tu. Tak banyak ragam pun, kurang menangis. Senang dia nak jaga.”
“Eh, ko ingat tak masa ngandung dulu, Nelly pun selalu happy. Asyik ketawa je. Tak pernah nampak muka dia stres ke, sedih ke. Mungkin sebab tu kot baby dia tak banyak ragam.”
1. Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindakbalas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
2. Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
3. Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicinemendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.
4. Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Maka diharap para ibu hamil akan lebih mengawal emosi diri. Walaupun sedang dilanda kesedihan atau stres anda masih mampu memberikan senyuman demi anak yang dikandung. Tak ketinggalan kepada para ayah supaya lebih prihatin terhadap perubahan emosi isteri hamil dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!