INTIMATE Keluargagader Day Hi-Tea Rai Komuniti Pa&Ma D’Parents Dalam Suasana Penuh Kasih

Share

Baru-baru ini telah berlangsung program INTIMATE Keluargagader Hi-Tea, sebuah acara santai namun penuh makna yang menghimpunkan komuniti ibu bapa dalam suasana mesra dan kekeluargaan. Bukan sekadar hi-tea biasa, tetapi menjadi ruang untuk mempererat hubungan, berkongsi pengalaman, serta menyemai semula nilai kekeluargaan yang kian pudar dalam kesibukan kehidupan seharian.

Program kekeluargaan Pa&Ma satukan komuniti ibu bapa

Dalam suasana santai, program ini berjaya menyatukan komuniti Pa&Ma D’Parents yang sentiasa mencari inspirasi untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak mereka.

Dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) di De Palma Hotel, Shah Alam, INTIMATE Keluargagader Day Hi-Tea bertemakan “Biru Putih” tampil eksklusif dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk menghidupkan semangat kekeluargaan.

 

Info: JOM JOINT Komunti Pa&Ma D’ Parents: https://t.me/pamadparents

Suasana meriah di INTIMATE Keluargagader  Hi-Tea

para peserta hadir turut mendapat goodie bagi Pa&Ma. Bukan itu sahaja, peserta menikmati hidangan minum dan makanan petang yang disediakan oleh pihak De Palma Hotel, Shah Alam . Pelbagai aneka juadah lazat seperti kuih-muih tradisional, mini sandwich dan pilihan minuman panas serta sejuk yang menggamit selera.

Perkongsian inspirasi bersama Dr. Tengku Asmadi

Sesi paling ditunggu-tunggu  adalah perkongsian inspirasi daripada Pakar Motivasi terkenal, Dr. Tengku Asmadi. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja namun sarat dengan nasihat yang penuh makna buat ibu ayah yang hadir. Beliau turut berkongsi tentang pentingnya kekuatan emosi dan keseimbangan mental dalam mendidik anak-anak di era moden yang penuh cabaran.

Menurut beliau, keluarga yang bahagia bermula daripada hati ibu bapa yang tenang. Bila kita sebagai ibu ayah belajar untuk mengurus tekanan dengan bijak, kita bukan saja membina anak yang hebat, tapi juga membina keluarga yang kuat.

Penghargaan dan aktiviti menarik sepanjang program

Selesai sesi motivasi yang penuh inspirasi itu, majlis diteruskan dengan penyerahan Box Pa&Ma sebagai tanda penghargaan kepada para peserta. Kemeriahan bertambah apabila acara cabutan bertuah diumumkan, membuatkan dewan gamat dengan sorakan dan tawa. Tidak cukup dengan itu, pihak penganjur turut mempersembahkan Box Pa&Ma Istimewa sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada peserta yang sentiasa setia bersama komuniti Pa&Ma.

 

Nilai kekeluargaan dalam setiap detik

Yang pasti, program ini telah berjaya merealisasikan misi sepanjang INTIMATE Keluargagader  Hi-Tea berlangsung untuk membentuk sebuah komuniti yang mementingkan nilai kekeluargaan. Bukan itu sahaja, program santai ini juga penuh dengan gelak tawa, perbualan santai serta ibu bapa yang berkongsi pengalaman keibu bapaan.

Inilah momen yang menjadi tujuan utama acara ini diadakan  untuk mengeratkan hubungan, memberi ruang kepada ibu bapa bernafas seketika dari kesibukan harian, dan menyedari bahawa mereka tidak sendiri dalam perjalanan keibubapaan ini.

Penutup penuh makna di INTIMATE Keluargagader Hi-Tea

Majlis diakhiri dengan sesi foto kenangan, merakam senyuman dan keakraban yang terjalin sepanjang petang. Walaupun ringkas, program ini meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir  bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai sebuah keluarga besar yang saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

Info: JOM JOINT Komunti Pa&Ma D’ Parents: https://t.me/pamadparents

 

 

 

Published by
Nor Yusoff