Ads

KL, Putrajaya, Shah Alam Antara 19 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Ibu Ayah Kurangkan Aktiviti Luar!

Keadaan udara yang semakin berjerebu ketika ini perlu diberi perhatian, terutama apabila beberapa kawasan mencatatkan IPU tidak sihat dan bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Jika ruang di luar rumah mula kelihatan kabur, berbau asap atau anak mula mengadu tidak selesa ketika berada di luar, ibu ayah sebaiknya lebih berhati-hati dan sentiasa mengikuti perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).

Sebanyak 17 kawasan di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat jam 8 pagi ini.

KL, Putrajaya, Shah Alam Antara 19 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat
Gambar: Bernama

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan Sri Aman merekodkan bacaan IPU tertinggi 167, diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (166) dan Samarahan (162).

Lima kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan melebihi 100, iaitu Johan Setia dan Shah Alam masing-masing dengan IPU 158, Klang (151), Banting (144) dan Petaling Jaya (123).

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (152), manakala Nilai (162) dan Seremban (158) bagi Negeri Sembilan.

Lima lagi kawasan merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (159); Tangkak, Johor (153), Bukit Rambai (143) dan Alor Gajah (128) di Melaka; serta Taiping, Perak (108).

Selain itu, 49 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, dua kawasan mencatatkan bacaan baik, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

KL, Putrajaya, Shah Alam Antara 19 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Ads

IPU Tidak Sihat, Ibu Ayah Perlu Lebih Peka

Dalam keadaan udara tidak sihat, ibu ayah disarankan supaya lebih peka terhadap aktiviti anak-anak terutama yang dilakukan di luar rumah. Jika tidak perlu, kurangkan aktiviti fizikal yang terlalu lama atau lasak di kawasan terbuka.

Golongan kanak-kanak juga perlu diberikan perhatian kerana mereka mungkin menghabiskan lebih banyak masa bermain di luar tanpa menyedari keadaan udara sedang kurang baik.

Bagi anak yang mula mengalami ketidakselesaan seperti batuk, sakit tekak, mata pedih atau kesukaran bernafas, ibu ayah perlu memantau keadaan mereka dan mendapatkan pemeriksaan sekiranya gejala membimbangkan.

KL, Putrajaya, Shah Alam Antara 19 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Terpaksa Bawa Anak Keluar Ketika IPU Tidak Sihat? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan

Ada kalanya ibu ayah tetap perlu membawa anak keluar untuk ke sekolah, klinik atau menguruskan perkara penting. Jika tidak dapat dielakkan, beberapa langkah mudah ini boleh membantu mengurangkan pendedahan anak kepada udara tercemar.

Ads

1. Semak bacaan IPU sebelum keluar

Jangan hanya melihat keadaan langit. Semak bacaan IPU semasa di kawasan yang ingin dikunjungi kerana tahap pencemaran boleh berubah mengikut lokasi dan masa.

2. Pendekkan tempoh berada di luar

Jika bacaan udara berada pada tahap tidak sihat, elakkan berada terlalu lama di kawasan terbuka. Selesaikan urusan penting dan kembali ke ruang tertutup secepat yang boleh.

3. Elakkan anak melakukan aktiviti lasak

Berlari, bermain bola atau aktiviti fizikal yang berat menyebabkan anak bernafas dengan lebih cepat dan dalam. Ketika berjerebu, lebih baik pilih aktiviti ringan atau lakukan aktiviti di dalam bangunan.

4. Gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu

Jika anak sudah cukup besar dan mampu memakai pelitup muka dengan betul, pilih pelitup yang sesuai serta dipakai dengan kemas. Namun, pemakaian pelitup muka tidak menggantikan langkah utama untuk mengurangkan tempoh berada di luar ketika kualiti udara tidak baik.

Ads

5. Pastikan anak minum air secukupnya

Bawa bekalan air dan pastikan anak kekal terhidrat terutama jika perlu berada di luar untuk satu tempoh tertentu.

Keadaan IPU boleh berubah mengikut masa dan lokasi. Justeru, jangan hanya bergantung kepada keadaan langit yang kelihatan dari rumah. Sebelum menghantar anak bermain di taman, menyertai aktiviti sukan atau merancang perjalanan bersama keluarga, semak dahulu bacaan IPU terkini dan sesuaikan aktiviti mengikut keadaan semasa.

Kesihatan anak perlu menjadi keutamaan ketika keadaan udara kurang baik. Jika tiada urusan penting, mengehadkan aktiviti luar buat sementara waktu mungkin langkah terbaik sehingga kualiti udara kembali pulih.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000! 

Sumber asal: Utusan Malaysia & Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Tragedi Rumah Terbakar: Pilu Ayah dan Anak Maut Berpelukan, Isteri Baru Habis Berpantang!

Tragedi Rumah Terbakar: Pilu Ayah dan Anak Maut Berpelukan, Isteri Baru...

Tragedi rumah terbakar di Kampung Tok Jembal meragut nyawa seorang ayah dan anak yang ditemukan berpelukan di bilik tidur tingkat atas.