Irma Hasmie Kongsi Surah Pertama Diajar Pada Anaknya Sempena Ulang Tahun Ke-5 Redza Syah Irfhan

Share

Pengacara selebriti yang juga ibu kepada dua cahayamata, Irma Hasmie baru-baru ini berkongsi video doa dan surah pertama yang diajar pada anaknya di instagram peribadinya.

Menurut Irma, dia menyimpan video doa tersebut sejak anaknya berusia dua bulan dan berkongsi dengan peminat semasa anak sulungnya menyambut ulang tahun yang ke-5.

Surah Al-Ikhlas menjadi doa dan surah pertama yang diajarkan kepada si kecil supaya anaknya menghayati makna surah tersebut seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian supaya rasa cinta dan keimanan pada Allah SWT terus teguh dalam diri anaknya.

Lama saya simpan video doa ni, waktu ni Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anak ku.

Subhanallah. Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun, syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas anugerah ini ya Allah. 

Dan surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar, surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya, saya memang minta Irfhan amalkan selalu.

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.

Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.

Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. 

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT). 

Sumber: IG irmahasmie

IKLAN