Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama-sama susah dan senang. Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan peranannya sebagai ayah.
Jika rumah tangga disuburkan dengan nilai kasih sayang dan saling membantu, hubungan ini akan terus kukuh dan menjadi contoh untuk anak-anak apabila mereka besar.
Suami juga kena buang ego dan sentiasa berlembut. Bukan hanya apabila dapat anak, isteri akan buat semuanya bermula dari A-Z dengan alasan itu tugas isteri.
Perkongsian kisah dari FB Umi Nur Norza mengenai isteri menguruskan semua anak-anak di klinik tanpa bantuan suami, sedangkan suami ada dalam kereta benar-benar menyentuh hati. Harap dapat menjadi peringatan untuk kita semua.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Ads
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
Ads
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ads
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
Kepada suami laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kadang kala isteri bukanlah harapkan wang semata-mata tetapi bantuan yang dihulurkan itu dah mampu buat isteri rasa dihargai. Buanglah ego bila dah berumah tangga dan ada anak.
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Selepas melarikan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari depan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Selasa lalu, polis telah berjaya menahan seorang lelaki.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan 4.45 petang sehari selepas kejadian di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng.
Lepas culik, suspek samun OKU
Katanya, hasil siasatan polis, suspek melarikan seorang kanak-kanak perempuan kira-kira jam 5.30 petang dengan menaiki kereta.
“Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut di sini dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun dan mengakibatkan kerugian anggaran RM500.
Ayob Khan berkata, selepas samun mangsa OKU, suspek telah mengarahkan mangsa untuk merakam kejadian amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di dalam kereta yang dipandu oleh suspek.
“Suspek meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat, manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di depan kedai makan di Kangkar Pulai,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, suspek direman lima hari bermula 16 Disember. Kereta suspek berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit juga dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik dari kediaman mereka di Taman Teratai.
Mangsa ditemui selamat di belakang rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pastinya kita sendiri mengalami situasi dimana anak-anak berkelakuan pelik atau buat sesuatu yang pelik. Memang comel tapi kadang kala kita sendiri buntu lebih-lebih lagi anak mula tantrum dan marah apabila berada dalam situasi tersebut.
Percayalah, bukan anda sahaja yang melaluinya. Selagi mana ibu bapa tersebut mempunyai anak kecil,pasti mereka akan mengalami perkara yang sama.
Seperti perkongsian daripada The Little Sensory Co Ltd yang berkongsi beberapa keping gambar kelakuan si kecil yang pelik tapi comel.
Kami Tak Benarkan Dia Mandi Laut, Dia Tak Boleh Berenang & Suhu 6 degrees
Saya tak dapat ‘tutup’ cahaya matahari jadi labu dia tak dapat bercahaya
Dia nak naik bas, bas dalam TV
Saya tak benarkan dia makan bateri untuk sarapan pagi
Muka bila mama tak bagi dia pegang najisnya sendiri
Saya tak benarkan dia makan makanan kucing
Larang anak campak buku dekat muka mama
Saya bagitahu dia tak boleh masuk dalam mesin basuh pinggan
Dia nak ravioli (pasta) untuk makan malam. Saya masak ravioli untuk makan malam. Dia tak nak ravioli untuk makan malam.
Hidup sangat sukar bila anda tak dapat ambil buku yang anda nak sebab anda duduk diatasnya.
Dia nak yellow cup, jadi saya bagi dia yellow cup. Sekarang hidupnya hancur
Saya tak benarkan dia makan sampah
Bila tengok situasi seperti ini kadang-kadang nak tergelak pun ada kan memikirkan perangai si kecil?
Bagi mereka, ini sesuatu yang baru dan perlu dicuba kerana sifat mereka sendiri yang suka meneroka. Lagi pelik, lagi dia nak tahu.
Jika perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya, jangan biarkan dan jelaskan kepada mereka sebaik mungkin.
Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warga maya yang tidak bermoral sehingga sanggup menyunting gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal setelah wajah anaknya itu tersebar di sosial media semalam.
Perbuatan seperti ini sememangnya salah lebih-lebih lagi melibatkan wajah bayi yang masih kecil dan tidak berdosa. Bukan sesuatu yang lawak untuk dijadikan bahan jenaka.
Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Neelofa turut meluahkan agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Neelofa dan Haris juga masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya di media sosial namun dia tidak akan menyorok anak jika terpaksa keluar.
Sebelum ini tular sekeping gambar Bilal di sebuah hospital terkemuka yang disebarkan oleh orang awam dan gambar tersebut mendapat pelbagai riaksi dari warga maya.