Dalam keadaan sekarang ni, kebanyakan daripada kita pasti akan merancang kehidupan keluarga untuk jaminan masa depan. Namun bila sentuh bab anak, kebanyakan pasangan suami isteri akan serahkannya pada takdir dan tak kurang juga yang merancang bagi memastikan kualitinya.

Masing-masing ada pendapat tersendiri kerana hanya kita dan pasangan je yang faham kedudukan kewangan keluarga dan bagaimana cara nak membesarkan anak-anak.  Mungkin bagi sesetengah pasangan, baru berkahwin dah dikurniakan anak. Tapi ada juga yang dah bertahun harapkan kehadiran anak masih belum diberi oleh Allah.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Meriah rumah dengan kehadiran anak

Rezeki setiap orang tak sama kerana semuanya tu dah ketentuan dari-Nya. Begitu juga kisah seorang ibu muda ini berusia 29 tahun tetapi dah mempunyai 7 orang anak berusia 12 tahun hingga yang paling kecil setakat ini masih dalam pantang.

Menerusi perkongsian Puan Anna Mukhtar, dia bersyukur dikurniakan anak ramai dalam usianya yang masih muda dan berterima kasih pada suami yang sentiasa ada bersamanya untuk sama-sama membesarkan anak.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Tak menyesal kahwin muda

Alhamdulillah rezeki kahwin muda. Tak pernah rasa menyesal kahwin muda, kadang ada orang tanya saya tak rugi ke muda-muda dah ada anak ramai dan tak boleh enjoy dan buat apa yang kita suka seperti orang lain.

IKLAN

Jawapan saya mudah je, kehidupan sekarang adalah yang lebih bahagia dari sebelum kahwin. Saya gembira dan cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak yang ramai walaupun di rumah sentiasa meriah dengan suara anak-anak.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Waktu ambil keputusan untuk berkahwin di usia 16 tahun tu, saya rasa pilihan saya tepat walaupun ada yang tak setuju. Mungkin saya rasa dah smpai masanya untuk habiskn waktu yang tak berfaedah.

Walaupun baru kenal dengan suami hanya dua bulan keputusannya untuk terus masuk meminang saya terima. Daripada buang masa lebih baik kahwin. Lagipun nampak suami adalah calon yang betul-betul boleh bimbing saya ke jalan yang lebih baik dari sebelum tu. ni. Sebab tu saya fikir kalau saya tolak belum tentu akan datang yang macam ni. Waktu tu umur suami 25 tahun.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

IKLAN

Mungkin aturan Allah yang terbaik dah masa tu. Alhamdulillah saya tak menyesal dan bahagia sangat-sangat dapat suami yang bertanggungjawab, tegas dan romantik.

Target 10 anak

Adatlah sementara anak-anak nak besar, inilah momen yang istimewa buat saya dan suami melihat keletah anak-anak. Lagi satu sekiranya Allah beri rezeki, kalau boleh saya nak cukupkan 10 orang anak.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10
Anak ke-7 yang dilahirkan 12 Oktober lalu.

Apa yang saya pegang sejak dari awal perkahwinan hingga sekarang, setiap anak ada rezeki masing-masing. Janji kita tak putus doa dan sentiasa berusaha. Insya-Allah aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Tahap kesabaran mesti tinggi

IKLAN

Percayalah dan yakin dengan ketentuan Allah, pedulikan apa orang nak kata. Biasalah anak kecil-kecil ni penatlah sikit nak uruskan mereka, tapi suatu hari nanti bila kita dah tua, merekalah yang akan memberi bahagia. Asalkan niat kita jaga amanah Allah untuk beri yang terbaik buat mereka. Pasti ada ganjaran kelak.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Nasihat saya juga sebagai ibu muda dan masih banyak yang perlu belajar, mental dan fizikal mesti kuat untuk melayan kerenah anak-anak. Tahap kesabaran mesti tinggi dan jangan cepat nak mengalah.

Tak Menyesal Kahwin Muda. Usia 29 Tahun, Anak 7 Orang. Ada Rezeki Cukupkan 10

Pegang pada kunci ini, semuanya kita akan rasa mudah dan tak cepat stres. Allah juga pasti akan mempermudahkan urusan.

Sumber: Anna Mukhtar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI