Bila ‘datang bulan’, perempuan mula akan rasa tak selesa dan boleh dikatakan serba tak kena. Mood pun asyik swing je kesan dari perubahan hormon.

Ada tu yang rasa asyik nak marah sepanjang masa, buat serba benda rasa tak kena dan paling teruk yang terpaksa baring di atas katil ketika awal-awal datang bulan. Mungkin wanita yang dah berkahwin dan mempunyai anak keadaan ini sedikit terganggu.

Namun suami perlu faham dan tahu apa yang boleh dilakukan dalam tempoh sebulan sekali isteri berkeadaan macam ini. Walaupun tak sempurna seperti yang isteri lakukan, boleh uruskan rumah tangga dan anak dalam beberapa hari kira ok sangat.

Isteri ‘Datang Bulan’ Moodnya Swing. Suami Jaga Anak, Kemas Rumah Kira Ubat Isteri

Perkongsian dari Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai ilmu keibubapaan dan suami isteri ini cukup memberi inspirasi dan boleh dijadikan contoh buat semua pasangan suami isteri.

Pukul 3 pagi tadi isteri saya masih tak dapat tidur. Gelisah sangat. Pusing sana tak boleh, pusing sini tak boleh. Tandas dah 3,4 kali masuk keluar. Lama jugak duduk dalam tu. Perutnya memulas-mulas sebab period.

Pada ketika itu saya tak dapat nak membantu. Hanya sekadar cuba menenangkan dia, mengusap dan mengurut lembut perut dia yang sakit tu.

Dari dalam tandas dia whatsapp, “tidurlah dulu, I lama kat dalam ni. Tak larat dah nak keluar masuk tandas”. Kesian sangat. Nak cakap kuat, takut Daisy bangun pulak, lagi susah. Lepas tu, sempat juga saya tengok dia duduk baring, duduk baring sebelum saya terlelap.

Bangun pagi esoknya, saya lihat dia sedang tidur. Daisy pulak dah bangun dan ke sana sini atas katil tu. Memang tak duduk diam. Saya pun ambil dan baring bersama Daisy di tilam tepi katil, mengasingkannya dengan mama dia.

Isteri ‘Datang Bulan’ Moodnya Swing. Suami Jaga Anak, Kemas Rumah Kira Ubat Isteri

IKLAN

Lampin dia dah penuh rupanya, patutlah tak selesa. Saya tukarkan lampin dia walaupun sedikit mencabar. Budak kecik ni tak duduk diam dah sekarang. Pantang bukak lampin, nak menggaru bontot je kejenya. Tak padan dengan kecik. Hehe..

Bersedia Jadi Mr Mama 

Lepas tu saya baringkan dia kat sebelah. Diam juga dalam setengah jam. Lepas tu bangun balik. Mata Daisy dah cerah, memang tak nak tidur dah budak ni. Saya pun bawa dia ke luar, mamanya terjaga perasan kami nak keluar bilik. Saya suruh dia tidur semula dan tutup pintu. Semalam dia tak cukup tidur, biarlah dia rehat.

Rupanya kat luar, si Akbar dan Jasmine dah bangun. Tv pun dah buka dengan Dave & Eva tengah menyanyi-nyanyi. Daisy pun dah jumpa mainan dia, lagipun dia dah pandai duduk tanpa jatuh dan merangkak ke sana sini dengan sendiri. Senang sikit saya nak ke dapur.

Saya gorengkan wedges untuk diorang sarapan. Nampak dapur sedikit tidak terurus. Tetapi perkara pertama saya buat ialah masak nasi. Saya tak nak Jasmine pergi sekolah tanpa makan dahulu.

Selepas itu saya basuh semua pinggan mangkuk dan kuali. Tenang je tengok hasil dia lepas tu. Lega sungguh rasanya. Saya terus panaskan lauk ayam masak asam pedas yang dah dimasak semalam. Saya suapkan kedua-dua anak. Bukan diorang tak boleh makan sendiri, tapi disebabkan nak cepat, saya suapkan sediri kedua-dua mereka. Sambil-sambil tu melayan si Jasmine buat latihan Matematik dan mengemas sedikit di ruang tamu.

IKLAN

Selesai diorang makan, mama dia pun bangun. Saya bawakan air sejuk dalam gelas dan bagi dia minum sambil usap kepala dia. “U ok tak?” tanya saya. “Ok sikit, terima kasih” katanya.

Bila dia keluar dari bilik, saya bagitau yang anak-anak dah makan, dapur dah kemas, nasi pun dah masak. Tersenyum manis dia kegembiraan dan kami berpelukan sambil bibirnya mengucapkan terima kasih.

Selepas panaskan lauk semalam, kami pun makan berdua. Anak-anak yang dah kenyang pun tak ganggu dah dan buat hal masing-masing. Suka saya sebab dapat mudahkan urusan dia dan kurangkan kesakitan dia. Senyuman manis dari wajah dia, itu je yang saya sentiasa dambakan.

Isteri ‘Datang Bulan’ Moodnya Swing. Suami Jaga Anak, Kemas Rumah Kira Ubat Isteri

Begitulah. Ada masanya kita sebagai suami kena peka bila waktunya tiba. Memang tak semua orang sama. Ada yang period ke tak period ke, tiada beza. Tapi ada yang memang sengsara setiap bulan.

Terpulang kepada kita sebagai suami untuk memandang ini sebagai perkara yang berat atau tidak mengendahkannya dan menganggap ianya perkara biasa. Ini bukan perkara yang biasa ye. Datang bulan ini bukan suatu perkara yang biasa. Tolong tanam ayat ini dalam kepala anda. Isteri kita memang sakit jika senggugut mereka datang. Ditambah dengan karenah anak-anak dan suami sendiri, ia boleh jadi satu waktu yang memberi tekanan yang amat kuat.

IKLAN

Itu sebabnya kita biasa dengar isteri mengamuk semasa period. Bukan disebabkan period itu sahaja, tetapi keadaan sekeliling dan suami yang tidak membantu juga menyumbang kepada tekanan itu.

Saya pernah dimaklumkan oleh DrLinda Mat Hassin, Pakar Hormon dari Radiant Clinique betapa semasa wanita mengalami period, hormon mereka menjadi amat tidak menentu dan suami sangat perlu memainkan peranan untuk membantu isteri melalui kitaran ini.

Yang paling penting ialah berhenti merasakan ianya perkara biasa. Keduanya, bantu mudahkan urusan isteri. Jika ada 10 perkara yang dilakukan isteri, ambil semua kalau boleh. Bukan lama pun. Seminggu je atau kurang dari itu. Tolong masak ke, mengemas ke, basuh pinggan ke atau apa-apa perkara biasa yang isteri lakukan.

Selain dari jangan menyumbang kepada kesakitan dia seperti membuat isteri marah, tolong jagakan juga anak-anak kerana anak-anak pun boleh mendatangkan tekanan tambahan kepada mereka.

Akhir sekali, antara sebab kita kena buat begini adalah untuk menyediakan suasana yang baik dan positif kerana kita tak tahu betapa naik turunnya mood mereka semasa period.

Artikel Berkaitan [Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk. Jangan Dua-Dua Ego, Baru Rumah Tangga Bahagia]

Jagalah isteri kita semasa mereka sakit sebegini, Kerana apabila tibanya masa kita perlu dijaga, kita pasti akan dijaga dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, akan dibalas suatu hari nanti. Jika baik yang kita beri, baiklah juga akan kita terima. In Shaa Allah.

Semoga tiada lagi isteri yang melalui period tanpa bantuan suami. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan perkara ini.

Sumber: Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI