Isteri walaupun dia tak minta apa-apa daripada suami, jika sesekali diberi hadiah atau belanja apa-apa yang disukai pasti berbunga-bunga hati. Tak semestinya yang mahal pun, asalkan ikhlas daripada suami.

Sebab itu orang kata, bila isteri dapat keluar shopping beli barang dapur sebulan sekali pun dah gembira sangat, apatah lagi dapat kejutan yang lagi besar. Cuma bagaimana suami menghargai isteri, terpulang dan ikut kemampuan. Tak perlu ikut orang kerana kita yang tahu kewangan keluarga. Jika suami ada lebih apa salahnya bagi lebihkan.

Berikut perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad yang banyak berkongsi tip dan ilmu kewangan di facebooknya.

Isteri Kadang Dia ‘Malu’ Nak Meminta. Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur, Seronok! 

Depan saya ada pasangan suami isteri, sama tolak troli di Mydin petang tadi.

“Nanti kita buat kek sama sama ini ya”, sambil masukkan luxury moist cake dan cocoa powder kedalam troli.

Manis cara dia santuni isteri. Kita mungkin nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi kekalkan santuni isteri dengan baik waktu begini.

Kita mungkin tak semewah orang boleh bawa isteri ke Habib Jewel. Dapat bawa isteri ke pasaraya, santuni dia nak beli apa sahaja.

Dah lama sangat kita anak-anak terkurung dirumah. Jika masih ada kemampuan, berapalah sangat harga bagi tepung kek sahaja.

Saya suka pasangan ini, semua yang isterinya ambil, dia susun baik-baik dalam troli. Sesekali sembang nak masak apa bila minum petang.

Tak semua isteri ada moment moment begini, suami sediakan keperluan cukup buat keluarga. Ada suami baik, jaga dan hargai mereka.

Isteri juga setiap hari masak buat kita, ia proses yang meletihkan dan lama. Bila dapat keluar bersama beli barang begini. Tanyakan apa yang dia perlukan.

Belikan sahaja, tawarkan apa yang lebih baik buatnya. Saya carikan Caramel latte buat isteri bila selesai semua.

Kawan kawan, adakala mereka malu nak meminta. Mereka faham kondisi kewangan kita saat ini.

Isteri Kadang Dia ‘Malu’ Nak Meminta. Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur, Seronok! 

Jangan mengalah kawan, tinggikan ego kita. Kita lelaki, kerja cari rezeki, sediakan kediaman dan makanan adalah tanggujawab kita.

Berjuanglah. Pedulikan semua bencana ini, sediakan apa yang kita mampu buat keluarga. Agar mereka tahu kita ayah dan suami yang akan dikenang dalam doanya.

Berbaktilah selagi sihat dan ada usia. Melihat kawan-kawan sakit dan dijemput ‘pergi’. Sudah cukupkah kita berbakti buat keluarga sendiri.

Berjuanglah dan santuni keluarga kita waktu begini. Kita mungkin tak boleh jadikan mereka kaya, tetapi kita boleh berikan mereka bahagia.

Tiap kali pulang ke rumah, belilah sesuatu buat mereka. Ada nilai kasih sayang hanya bersama gorengan di tepi jalan.

Kredit: Azizul Azli Ahmad

 

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Isteri Kadang Dia ‘Malu’ Nak Meminta. Bila Suami Bawa Keluar Beli Barang Dapur, Seronok! 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI