Diuji dengan kehilangan cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan benar-benar dirasai oleh vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad. Lagi sedih penantian 10 tahun itu bukan satu tempoh yang singkat.
Isteri menangis, mengigau rindu anak
Menerusi kenyataan Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 34, kepada Mstar, beberapa hari selepas pemergian bayi yang diberi nama Khairul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan.
“Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.
“Sejujurnya saya lebih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri..saya risau kesihatan dia terganggu.
“Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik,” katanya.
Ads
Pada 27 September lalu, Azmi berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun secara pembedahan.
Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila bayi yang berdepan masalah kegagalan fungsi otak sejak dilahirkan itu meninggal dunia tiga hari kemudian.
Bercerita lanjut tentang kehidupan dia dan isteri selepas lebih seminggu kehilangan anak tercinta, Azmi berkata dia sudah kembali bekerja.
Namun kata Azmi, dia cuba melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berpantang.
Ads
“Sekarang dah boleh kerja tapi saya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.
Harapkan ada pengganti Afnan
Tambah Azmi dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.
“Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.
Ads
“Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.
“InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesedihan,” ujarnya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tak berbau apabila Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.
Menurut laporan Awani, ketika kejadian, ibu saudara bayi berkenaan meletakkan bayi di hadapan pintu pagar bertujuan untuk mendedahkan bayi tersebut kepada cahaya matahari namun sebaliknya pula yang berlaku.
Kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu itu berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi tujuan mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.
Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh ‘mak cik’ (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.
Kemudian ‘mak cik’ bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat
Wanita itu kemudian terkejut apabila terlihat tangan kanan bayi tersebut sedang digigit oleh salah seekor anjing peliharaan milik suaminya.
Ibu saudaranya panik apabila mendengar bayi itu menangis dengan kuat dan berlumuran darah sebelum melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.
Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka.
Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar .
Bayi tersebut kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan siasatan lanjut mendapati anjing tersebut merupakan milik suami kepada ibu saudara bayi berkenaan.
Anjing tersebut juga dipercayai dari jenis ‘Plott Hound’ dan telah dibiarkan tanpa diikat atau dikurung di kawasan rumah tersebut bagi tujuan menjaga kawasan rumah. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarak memisahkan orang tersayang. Ini yang terpaksa dilalui oleh sepasang suami isteri selepas larangan merentas sempadan negara akibat pandemik Covid-19. Apa yang menyedihkan dua anak mereka juga tak dapat berjumpa ayahnya sejak 7 bulan.
Pastinya kerinduan itu sukar nak digambarkan. Walaupun boleh membuat video call setiap hari, ia tak sama seperti ada di depan mata. Ibaratnya hanya yang menanggung saja memahami betapa rindu untuk bersatu bersama orang tersayang.
Apa yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri ini, Muhamad Faiz dan isterinya, Shafikah Sarip, jarak antara Malaysia dan Singapura benar-benar menguji kesabaran mereka.
Ini kerana kerajaan masih lagi mengetatkan larangan keluar masuk sempadan Malaysia. Begitu juga dengan negara Singapura yang masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan virus Covid-19 ini.
Lambaian kerinduan dari sempadan
Bagi melepaskan kerinduan, pasangan ini mengambil keputusan berjumpa di sempadan antara Malaysia dan Singapura walaupun hanya nampak dari jarak jauh sahaja.
Biarpun reda terpaksa terpisah demi mencari rezeki untuk keluarga, pasangan suami isteri ini gembira sekurang-kurangnya nampak sosok tubuh antara satu sama lain dan juga anak-anak.
Sabar ae bro nanti pergi Decathlon beli teropong kita cuba lagi 🔭 #201days#SGxMY 🇲🇾🔁🇸🇬#18march20tillnow#YNWA
Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Faiz, dia membuat panggilan video dari Wooddlands Waterfront Park di Singapura.
Nampak kerinduan dari seorang suami dan ayah untuk orang tersayang sambil melambaikan tangan.
Bawa teropong untuk nampak lebih jelas
Sementara itu, dalam video yang dimuat naik oleh Shafikah pula menunjukkan dua orang anaknya keriangan melihat bapa mereka melambaikan tangan dari seberang laut.
Tidak mahu melepaskan detik berharga tersebut, dia turut membawa teropong untuk melihat kehadiran suaminya itu dengan lebih jelas lagi.
🇸🇬201day🇲🇾We miss you abg 😢 Mohd Izwan SaripTq sygg Muhamad Faiz FS bawak abg Harini bawak anak2 da sil Liana Idris tgk abg pulak dari jauh cuma harini siap bawak teropong tgk abg dgn suami dari jauh..😢
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal! Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan OKU dan ibu tunggal berdepan impak COVID-19.
Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum Aidiladha pada Ogos ini melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan kumpulan sasar termasuk kumpulan tersebut.
“SehubuNgan itu lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
“Bayaran ini Insya-Allah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha,” kata beliau dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.