Bunyi macam besar je kan bila cakap hutang kepada isteri. Tapi inilah benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul-betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar, kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..
Ads
Kite tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Ads
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam dia orang jaga.. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat.
Ads
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak-agak dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat, tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok-esok.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Isu jerebu menjadi topik hangat yang diperkatakan baru-baru ini. Mengikut indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) jam 6.20 pagi pada Rabu, Malaysia mencatat bacaan IPU 266 di mana meletakkan Malaysia sebagai kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia. Namun hari ini, jerebu di negara kita semakin reda di beberapa kawasan berikutan bacaan IPU yang terkini.
Wabak jerebu ini menyebabkan banyak sekolah ditutup kerana khuatiri akan memudaratkan kesihatan anak-anak. Malah yang paling meletakkan kerisauan anak-anak semestinya ibu bapa mereka. Nanum, lain pula kesnya dengan Usahawan selebriti Datin Vivy Yusof!
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, jika sebelum ini Vivy akan mendapat panggilan dari anaknya bertanyakan dia di mana, buat apa dan meeting dengan siapa, namun lain pula kali ini!
Pagi tadi, anak keduanya Mariam menelefon untuk bertanyakan tentang Mommynya yang tertinggal topeng muka ketika keluar. Malah, si kecil yang berumur 4 tahun itu turut menasihati Mommynya untuk sentiasa menutup mulut sepanjang hari.
Pada awalnya, Vivy merasa terharu dengan keprihatinan anaknya itu. Tetapi ayat terakhir anaknya mengomel itu amat mencuit hati apabila dia berkata ‘saya ingat semua benda setiap hari. bukan macam Mommy’.
Mariam calls us all the time. Where are you, what are you doing, who are you meeting with. ? Today’s phone call started early. “Mommy, did you forget your mask?” “Oh yesss. Oh man!” “Oh no. Ok Mommy, maybe you can try to cover your mouth the whole day ok?” “Good idea. I’ll do that, thanks sayang.” I thought she was the sweetest thing ever caring about me like that. And then… “Yeah I remember everything everyday. I’m not like you.” Hangs up. Ok moment’s over. ? #prayformariamsfutureboyfriend
1. Jangan lupa untuk memakai penutup hidung dan mulut bagi mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi. Pilih Penutup hidung dan mulut yang bersesuaian.
2. Banyakkan minum air kosong. Minimum air adalah 8 gelas sehari.
3. Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih. Sentiasa tutup pintu dan tingkap, elak jerebu masuk ke dalam rumah.
4. Elakkan bawa anak keluar bermain di luar semasa jerebu.
5. Basuh tangan dengan air bersih & sabun selepas membuat aktiviti luar.
6. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
8. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
9. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
Seronok tengok cara layanan Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak-anaknya yang begitu mesra dan rapat walaupun sibuk.
Alasan tiada masa dengan anak bukan masalah buat Dr Sheikh Muszaphar kerana sebagai bapa dia akan curi juga masa untuk bonding dengan anak-anak. Tak dapat lama sekejap pun boleh asalkan ada aktiviti manfaat bersama.
Menyentuh mengenai perkembangan mental dan tingkah laku anak, permainan seperti pretend dan role play contohnya mainan masak masak, permainan doktor dan sebagainya dapat membantu.
Namun apabila bercakap mengenai permainan set dapur ini, ia lebih sinonim dengan kanak-kanak perempuan. Adakah ini bermakna kanak-kanak lelaki tidak boleh bermain permainan ini?
Ayuh ikuti penjelasan lanjut mengenai isu ini.
Mainan masak masak untuk anak lelaki, boleh ke?
Jangan terkejut kerana jawapannya adalah anak lelaki boleh bermain permainan set dapur ini, bahkan amat digalakkan. Eh tetapi bukan ke mainan tersebut lebih sinonim dengan kanak-kanak perempuan sahaja?
Hakikatnya, pembahagian kategori mainan untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan ini adalah taktik pengeluar mainan semata-mata, yang akhirnya melekat menjadi stigma bagi kebanyakan daripada kita.
Sejujurnya tanpa mengira jantina, setiap kanak-kanak boleh bermain sebarang permainan dan tidak seharusnya wujud diskriminasi.
Tidak dinafikan, jika berada di kedai permainan, mainan set dapur ini kebanyakannya terdapat dalam warna merah jambu – yang amat sinonim dengan kanak-kanak perempuan.
Namun terdapat juga sebilangan besar dapur mainan masak masak ini dihasilkan dengan lebih neutral, realistik dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki serta perempuan, seperti dapur yang diperbuat daripada kayu.
Mengapa anak lelaki perlu didedahkan kepada permainan set dapur ini? Ini kerana satu fakta yang pasti, setiap individu perlu belajar untuk memasak.
Malah di kebanyakan rumah pada masa kini, ia adalah satu gambaran biasa untuk anak melihat kedua-dua ibu bapanya memasak di dapur. Bahkan terdapat ramai chef lelaki terkenal!
Jadi, tiada salahnya untuk membiasakan kanak-kanak lelaki dengan persekitaran dapur melalui permainan masak-masak ini.
Mainan masak masak, 7 manfaatnya kepada anak
Sudah tentu salah satu faedah yang tidak dapat dinafikan dengan permainan ini adalah ia dapat membuatkan si kecil ‘sibuk’ sementara anda melakukan tugasan rumah lain seperti memasak atau mengemas rumah.
Tetapi adakah hanya itu manfaatnya? Tidak, kerana permainan set dapur ini menawarkan kelebihan buat anak dari pelbagai aspek, antaranya:
1. Membina keyakinan diri
Permainan dapur ini sangat bagus untuk mendedahkan anak dengan kemahiran hidup dan mengembangkan kebebasan serta keyakinan diri.
Anak perlu bertanggungjawab memastikan kekemasan dapur, menyusun bahan-bahan, belajar tentang konsep asas memasak dan pemakanan sihat semasa bermain.
2. Belajar mendengar arahan dengan mainan masak masak
Semasa anda sibuk memasak di dapur, adakah si kecil turut bersama dan sentiasa bertanyakan soalan? Jika ya, ini tandanya mereka perlu diberikan set permainan dapur.
Anda akan dapat menerangkan bagaimana pentingnya untuk mengikut arahan bagi menghasilkan sesuatu makanan yang sedap – walaupun pada hakikatnya dengan set permainan dapur ini, anak tidak menghasilkan makanan sebenar.
3. Mainan masak masak dapat meningkatkan kreativiti
Role play sangat bagus untuk meningkatkan daya imaginasi dan mengembangkan kreativiti anak.
Ini kerana sememangnya kanak-kanak suka melakonkan atau meniru kembali perkara yang mereka lihat dalam kehidupan sebenar.
Permainan masak-masak ini pastinya sangat menarik untuk kanak-kanak. Mereka akan mencipta senario dapur unik sambil bermain dengan peralatan dan perkakas mainan.
4. Meningkatkan kemahiran motor halus
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya setiap kali memasak, kemahiran motor halus sedang digunakan.
Anda perlu memotong, menapis, membasuh dan pelbagai lagi pergerakan fizikal lain, walaupun hanya untuk membuat hidangan ringkas.
Ini juga akan berlaku kepada si kecil apabila mereka berpura-pura memasak di dapur mainan – semua tindakan anak memerlukan kemahiran motor halus seperti individu dewasa.
5. Mainan masak masak dapat meningkatkan kemahiran mengecam visual
Semasa bermain masak-masak, anak akan belajar mengenal pasti pelbagai jenis makanan dan peralatan penting yang digunakan di dapur.
Ia akan membantu anda mengajar mereka mengenai makanan sihat seperti buah-buahan, sayuran dan sebagainya serta menghindari makanan ringan. Ini seterusnya akan membantu mereka untuk membesar dan memilih gaya hidup sihat.
6. Memperbaiki kemahiran bahasa dan komunikasi
Set permainan dapur ini sangat bagus dalam mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi anak.
Untuk anak yang lebih kecil, mereka mungkin akan mula mempelajari nama makanan dan perkakas yang berbeza serta tindakan seperti mengacau, menggaul atau memotong.
Semakin membesar, mereka akan beralih kepada membangunkan pemikiran naratif dan penceritaan sambil menghasilkan permainan untuk dimainkan.
7. Serlahkan personaliti diri
Membiarkan anak lelaki anda bermain masak-masak atau segala jenis permainan tanpa diskriminasi jantina membolehkan mereka mengekspresikan diri dan mengembangkan keperibadian. Ini kerana bukan semua budak lelaki suka bermain bola sepak, kereta atau action figure.
Satu hari nanti, anak anda mungkin membesar menjadi pereka fesyen, pendandan rambut, tukang masak, mahupun penulis. Sementara ramai lagi yang akan menjadi saintis, jururawat, guru, arkitek ataupun jurutera.
Seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung, hanyalah untuk berseronok dan mungkin akan belajar nilai kasih sayang pada masa yang sama.
Kesimpulannya
Apabila bercakap mengenai permainan, sebaiknya isu mengenai mainan hanya untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan tidak perlu timbul. Biarkan si kecil bebas bermain apa sahaja barang permainan kerana ada faedah yang mungkin tidak kita sedari.
Seperti mainan masak masak, ia membantu mengembangkan pelbagai kemahiran penting, di samping mempromosikan kebaikan memasak di rumah dan cara mengendalikan dapur ketika dewasa nanti.
Bukan sahaja anak perempuan, malahan anak lelaki juga perlu diajar kepentingan memasak yang sihat, menjaga dan mengenali peralatan dapur serta sebagainya.
Jadi jika anak lelaki anak lebih cenderung untuk bermain set mainan dapur, biarkan mereka. Mana tahu mungkin rezeki mereka untuk menjadi chef tersohor suatu hari nanti!