Sedar ataupun tidak, ramai antara kita (ibubapa) leka bermain mesin claw ini. Mungkin kita mudah tertarik dengan hadiah di dalam mesin tersebut seperti anak patung yang comel. Ini sekaligus menarik minat si kecil untuk mendapatkanya.
Mungkin kita bermain suka-suka hanya untuk mendapatkan anak patung buat si kecil. Namun sedarkah kita apakah hukumnya?
Walaupun mesin permainan claw nampak seperti tiada apa yang mencurigakan. Nampak menarik kepada kanak-kanak kerana isi kandunganya yang terdiri daripada patung pemainan.
LATIHAN PERJUDIAN ANAK KECIL
Sebenarnya ia adalah perjudian dalam diam. Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. Permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.
Bukan hanya mesin claw, permainan yang serupa denganya sangat mudah didapati ketika acara FunFair ataupun dalam kawasan taman tema air. Jadi sebagai ibu bapa, andalah yang mencorakkan anak anda.
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.
Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.
Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.
Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.
Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.
Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika Tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Betullah orang tua-tua cakap, ada anak kecil cabarannya lain sikit. Nak pergi mana-mana kena fikir si kecil dulu. Dah tak boleh nak ikut suka je macam dulu-dulu. Begitu juga kalau pergi tempat-tempat yang sunyi atau tempat yang agak ‘keras’ untuk anak.
Ibaratnya ibu bapa kena berkorban dulu. Jika dah terkena yang bukan-bukan kesannya bukan pada anak saja tapi ibu bapa pun turut terkesan.
Perkongsian dari Puan Eida Hidayati Hassan mengenai anaknya perempuan yang ‘ditegur’ sampai demam dan badan bertukar kebiruan selepas mandi di air terjun wajar dijadikan peringatan bersama.
Pagi semalam family kak ida pergi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pergi tempat macam tu. Memang dah lama tak pergi.. bila berbincang nak berkelah kak ida join la dan memang siap-siap celak kan anak-anak kak ida.
Tiba-tiba demam dan badan kebiruan
Masa mandi..bagilah Rawda mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk jadi letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang-abang dan sepupu-sepupu dia mandi. Kami enjoy berkelah makan nasi, mandi sama-sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju Rawda. Mak kak ida kata kenapa biru Rawda ni.. Kami ingat dia sejuk sampai biru. Dia senyap ja masa tu tak nangis.
Lepas tu masuk dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tiba-tiba. Bila balik tu kak ida pun penat, .tidur la dengan dia. Petang sikit dia bangun, dia menanggis tak henti-henti. Tutup mata tak mahu duk dalam bilik kena berdukung je.
Tak apa lah benda ni berlarut sampai malam. Kak ipar kak ida ni badan jenis lemah, cepat lah terasuk. Benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia. Kami tanya lah ambil apa? Dia suruh pulangkan pulangkan padahal tak ambil apa-apa pun. Rupanya dia nak Rawda. Dia kata Rawda tu anak dia.
Pulangkan! Dia anak aku
Bayi perempuan itu anak aku…pulangkan.. kak ida bengang lah.. Aku beranak penat-penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida… kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia tetap pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..
Dia nak sangat-sangat Rawda sebab anak dia dah mati. Dia kata dia nak kacau Rawda, dia kata lagi nyawa Rawda separuh dah tu. Kak ida marah dia. Nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Engkau tak ada hak.. aku tak takut dengan Engkau. Aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4 pagi baru selesai..
Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last-last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu…dan Rawda masih demam-demam. Semoga tak ada apa apa lagi la, serik dah.
Sebenarnya kak ida dah lama tak pergi tempat macam tu sejak ada abang-abang dia lagi. Tapi yang ni tak sangka nak jadi sebab tak terfikir pun. Allah serik sungguh. Kak ida dah celakkan Rawda tetap suka juga.. Tak boleh bayang macam mana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pun bukan senang, perempuan seorang ni je.
Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu-ibu lebih berhati hati dari kak ida.
Jangan kecam..kak ida dah lali dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida seorang..untuk semua juga sebab kita manusia tak lari dari kesilapan.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.