Sememangnya isteri kita tak pernah meminta-minta. Dia tak pernah minta belikan baju mahal-mahal, tak pernah minta hadiah setiap bulan apa lagi barang kemas bergunung ganang. Tak pernah sama sekali. Berapa yang diberikan suami setiap bulan, semuanya didahulukan segala bil dan kemahuan anak semata-mata. Keinginannya ditolak tepi.
Banyak benarnya kata-kata bapa ini, Firdaus Shakirin yang berkongsi kisah seorang isteri. Sememangnya isteri tak pernah meminta-minta. Apa jua yang dihadiahkan suami, itulah yang disimpan dan dipakainya dengan setia.
Buat para suami, jangan buat tak pandang atau terlepas pandang hal isteri kita. Tanya lagi dan lagi apa isteri kita mahu.
Isteri tak suka meminta-minta… Tapi itu bukan bermakna dia cukup dengan apa yang ada. Dia pun sama macam orang lain, pasti ada sesuatu yang dia nak atau inginkan.
Ads
Mungkin ada bajunya yang dah tak muat, mungkin ada seluarnya yang dah koyak, mungkin ada kasutnya yang dah tertanggal, mungkin dia nak tukar pakaian dalamnya, mungkin dia nak beli pencuci muka, mungkin dia nak tambah peralatan dapur dan sebagainya.
Tapi dia tak pernah mintak…
Ads
Bila suami bagi duit, dia bahagi untuk bil, untuk duit barang, untuk duit anak, untuk duit minyak. Kira-kira tengok, lebih tu sikit sangat, nak beli apa yang dihajatinya pun tak lepas. Maka dia biarkan je dulu, dalam hati kata, “takpelah, nanti pun boleh beli…”
Bulan depan pun sama, bulan seterusnya pun sama, baki tinggal cukup-cukup sahaja. Hhmm, apa nak buat, kalau mintak lebih, suami kata macam-macam pulak, makanya guna je lah apa yang ada, pakai je lah selagi boleh.
Ads
Suami perlu ada kesedaran akan perkara ini. Perlu tanya isteri setiap bulan,
“Ada apa-apa tak yang awak nak beli…yang awk nak?”
Kalau dia kata takde sekalipun, jangan terus percaya…tapi tanya lagi,
“Cakap je, saya belikan…”
Dia cuba untuk faham kemampuan suaminya, tapi dia juga seperti orang lain yang ada keinginan dan kemahuan, cuma keterbatasan dalam soal kewangan menyebabkan dia memilih untuk mengabaikan apa yang diinginkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau mak-mak masuk kedai tak bawa balik berplastik-plastik memang tak sah. Yelah nak fikirkan semua perut yang ada kat rumah dan sentiasa lapar. Biasalah kalau mak-mak bila masuk ke kedai akan mengambil masa yang lama kerana selain senarai barang yang ditulis, ada juga beberapa barang tambahan yang perlu di beli dah alang-alang teringat atau ternampak.
Jadi para suami tolonglah bersabar dan jangan marah-marah. Isteri beli untuk anda juga kan? Bagi yang dah terbiasa beli barang dapur untuk isteri tentu faham keadaan ini.
Lepas balik dari lunch semalam kawan aku cakap nak singgah Speedmart kejap, nak beli pampers katanya.
Aku pun tunggu lah kat luar tu. Baru berkira nak jawab whatsapp dia dah keluar, tak sampai 2 minit pun.
“Aikkk, apasal cepat sangat? Pampers jer?”
“Kita orang laki bang, nak beli itu maka itu jer. Ambik, bayar dan terus keluar.”
“Ohh, aku lupa. Aku ni dah half-hal dah, tak sama macam korang. Separuh mak dan separuh bapak, so kalau masuk kedai jadi lama.”
Yelah, dulu aku sama jer macam laki lain. Apa sahaja bini pesan memang itu sahajalah yang dibelinya. Takde nak beli extra nye.
Kadang-kadang tu berbulu jugak bila bini masuk kedai. Kemain lama dia dalam tu, katanya nak beli telur dengan garam jer. Tapi masuk kedai dekat 20 minit dan keluar satu troli.
Haishhh.
But now aku merasalah benda yang sama.
Masuk jer kedai maka mata akan terus scan dari satu rak ke satu rak. Bukan memilih barang tetapi memikir barang yang ditengok tu ada lagi tak kat rumah.
Kalau lalu bahagian sabun, maka terus scan rak sabun kat rumah, sabun basuh, sabun mandi, sabun cuci pinggan dan sebagainya.
Lepas tu rak lain pulak, maka lagi sekali mata tengok barang dan otak scan mengingat barang kat rumah ada ke tak. Lepas tu tengok pulak ada jenama lain harga lebih murah pulak, dok pikir nak tukar ke tak, nak tukar ke tak.
Haaa, sebab tulah masuk kedai jadi lama.
Orang laki ni dia tak monitor atau keep track barang kat rumah ada ke tak. So apa bini pesan dia beli sahaja. Sebab tu boleh cepat. Tapi bila time bini yang beli maka peluang tersebut diambil sepenuhnya untuk topup semua barang yang dah habis atau tak ada.
Jadi, wahai orang laki sekalian, korang janganlah marah kalau bini korang berlama-lama kat kedai tu. Atau bila dia cakap nak beli satu barang tapi dia keluar dengan 16 barang.
Itu semua adalah untuk kebaikan rumahtangga kau jugak.
Sesungguhnya kalau diorang takde maka kau kena take over dan akan buat benda yang sama jugak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan anggap remeh kesan time-off seorang isteri pada kestabilan emosi dirinya. Kadangkala sebagai isteri dan ibu, ada masa kita macam dah tak tertanggung dengan bebanan rutin harian.
Jangan rasa malu untuk minta time-off sekejap dari suami. Suami pula tolonglah faham keperluan isteri yang juga macam manusia normal lain. Sesekali perlukan masa sendirian untuk mengembalikan semula tekanan yang dialami dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Isteri tak minta lama mana pun time-off. Kadangkala dapat 5 minit masa sendirian untuk uruskan diri sendiri tanpa suara si kecil yang asyik nak berkepit dengan ibu pun dah cukup isteri syukuri.
Itu antara perkongsian seorang ibu yang pernah melalui sendiri fasa tersebut dan Puan Intan Dzulkefli bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami keperluan isteri.
TIME OFF BUAT ISTERI
Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh.
Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.
INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.
Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.
Akhirnya, terus mesej suami.
“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”
Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.
“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.
Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.
Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.
Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.
Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.
Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.
Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.
MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.
Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.
Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.
Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.
Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.
“Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.
Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.
TIME-OFF YANG MAMPU BUAT IBU LEBIH LEGA
Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.
Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.
SUAMI, TOLONG FAHAMI KEPERLUAN ISTERIMU!
Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.
Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!
Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.
Dalam membesarkan anak-anak memang perasaan amarah senang mendatangi ibu dan ayah. Kadang benda kecil pun boleh buat kita senang melenting. Bila fikir balik padahal tak perlu pun marah-marah malah boleh diselesaikan tanpa menjerit atau marah pada si kecil.
Tapi itu asam garam kehidupan. Tak dinafikan dengan anak-anak memang perasaan marah itu cepat muncul. Benda yang kecil dah boleh petik suis kemarahan, kesannya pada anak-anak. Dah cuba untuk tidak cepat marah tapi perkara sedemikan seakan di luar kawalan.
Melalui perkongsian Wawa Shauqi di Facebook miliknya, dia juga sering mengalami masalah yang sama seperti ramai ibu bapa yang lain. Namun satu situasi di mana seorang kanak-kanak datang memujuk rakannya yang sedang menangis membuka mata bahawa anak-anak biasanya akan ikut tingkah laku ibu dan ayah masing-masing.
Ada satu masa ni, saya diserang satu penyakit ganjil.
– Susah tersenyum
– Jadi pelupa melampau
– Benda sekecil alam pun boleh trigger saya jadi pemarah
– Bila membebel, susah nak berhenti
– Dulu cantik macam model muslimah. Tiba-tiba rupa bertukar jadi hantu kak limah.
– Siang, marah-marah anak. Malam bila anak tidur, dok tenung muka anak dengan perasaan bersalah.
Rupa-rupanya, bukan saya sorang yang ada penyakit ganjil tu.
Ramai mak ayah yang mengadu kat saya benda yang sama. Kata mereka, mereka tak suka nak marah-marah. Tapi tak boleh nak kawal.
Sampailah satu masa, saya tengok anak saya yang baru 2 tahun tu, membebel dan marah-marah macam saya. Cara dia naikkan tangan bila marah tu pun, ya Allah sebijik macam saya bila marah.
Yang buat saya rasa sangat tertampar, bila satu hari anak saya marah kawan dia yang tengah menangis.
Tapi, ada budak lain datang pujuk budak yang tengah menangis tu. Amazing saya kat budak tu. Dalam masa yang sama, malu kat diri sendiri.
Terasa ditampar pun ada.
Saya tersedar betapa anak kecil sebenarnya belajar dari apa yang mak ayah dia buat. Kita ajarlah adab macam mana pun, tingkah laku kita jugak yang ditirunya.
Rupanya, kita banyak marah ni sebab utamanya adalah stres. Apa yang lebih menakutkan, efek stres ni lebih dari itu.
Stres ibu bapa yang tidak dibendung, boleh mengakibatkan :
Anak-anak yang tertekan boleh berisiko menghadapi penyakit mental seperti kemurungan dan anxiety.
Sifat anak yang suka meneroka terbantut disebabkan terlalu banyak fikirkan risiko diherdik dan dimarah oleh kita ibu bapa
yang tidak mampu kawal emosi.
Bila kosong, anak-anak mudah mencari sumber di luar. Lalu terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti drop out, melepak, membuli, ketagihan dadah, ketagihan gajet, ketagihat seks dan pornografi dan sebagainya.
Malah, suami isteri akan sering bertekak, hilang pertimbangan dan hilang kewarasan.
Kita akan hilang positiviti dalam hidup, menyebabkan mata kita hanya nampak masalah dan keburukan dalam semua perkara.
Serius! Jangan main-main dengan stress dan burn out ni.
Kerana stres, pengasuh yang penyayang boleh bertukar menjadi PENDERA!
Kerana stres, mak ayah yang berwibawa boleh dapat TEKANAN JIWA!
Scary kan!
Bila stres dan marah diurus, kesannya bukan kita sorang je rasa. Anak-anak dan anak pun bertambah bahagia.