“Anak saya dah 5 bulan tapi masih nak melekat, masih nak menangis kalau saya tinggal. Masih tak hilang High Demand dia ni” Pening si ibu muda memikirkan anaknya. 

 

Istilah ‘High Demand Baby’ Hanya Untuk Bayi 0-3 Bulan Sahaja, Selepas Umur Ini Bukan Lagi High Demand

Tapi betul ke anak yang berusia atas 3 bulan masih ‘High Demand’? Atau sebenarnya itu cara dia ingin berkomunikasi dengan ibunya? Ikuti perkongsian daripada konsultan tangisan bayi, Puan Uswatun.

Ibubapa TOLONG BEZAKAN: menangis, meragam, buat perangai VS berpersonaliti high demand

Istilah ‘High Demand Baby’ Hanya Untuk Bayi 0-3 Bulan Sahaja, Selepas Umur Ini Bukan Lagi High Demand

Pertama sekali, tolong ingat ⬇️⬇️⬇️⬇️
⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja
⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja
⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja
⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja
….penatnya saya nak ulang sebut selama 1 dekad ini🤢

Keduanya, kena tahu BEZA: menangis, meragam, buat perangai VS berpersonaliti high demand

😭Menangis
🖍️ Medium komunikasi dan luahan perasaan e.g sedih, cemas, takut, letih
🖍️ Di buat SEMUA ANAK : baby Newborn easy , Newborn high demand atau Newborn sawan tangis (colic).Juga bayi lebih berusia dan toddler

😩 Meragam
🖍️ Akibat sesuatu KEPERLUAN yang tak di penuhi seperti lapar, tak selesa ,demam atau sakit dan letih misalnya akibat tak cukup rehat
🖍️Juga di buat oleh semua anak .

Istilah ‘High Demand Baby’ Hanya Untuk Bayi 0-3 Bulan Sahaja, Selepas Umur Ini Bukan Lagi High Demand

😵 Buat perangai
🖍️ Pameran emosi akibat isu anak tak difahami oleh orang sekeliling dan anak itu sendiri tak memahami bagaimana dunia ini berfungsi yang di sebabkan oleh proses pembesaran dan perkembangan anak yang masih ‘on going’.

IKLAN

Misalnya: Anak protes bila ibu cuba pergi darinya akibat otak anak mula faham konsep resah berpisah (separation anxiety). Atau anak menjerit bila di halang bermain dengan gunting kerana tak faham punca di halang.

🖍️Bila kehendak dan jangkaan anak tidak dipenuhi.
Misalnya: Anak mahukan sesuatu mainan dan enggan di turuti ibuayah.
Atau bila mainan yang cuba di susunnya terjatuh.
Atau untuk tarik perhatian ibuayah yang kurang fokus kepadanya misalnya kerana sibuk mengurus adik yang baru di lahirkan.

👶 Berpersonaliti high demand

🖍️ Kategori anak NEWBORN yang menuntut bantuan dan perhatian tinggi yang banyak serta berterusan dari ibubapa untuk buatnya boleh bertenang samada semasa berjaga atau tidur.

Ia berlaku akibat lemah adaptasi peralihan alam rahim-dunia yang drastik.

Misalnya: kerap menangis walau sudah cukup kenyang dan selesa.
Dan sukar berhenti menangis walau ibuayah sudah cuba tenangkan dengan pelbagai usaha yang mampu di fikirkan di kepala.
Maka,

❌ Anak besar yang clingy dan hanya gembira bila berdukung dan beriba, menjerit bila ibu tinggal walau sekejap dan takut orang lain BUKAN HIGH DEMAND .
➡️ Itu isu ‘buat perangai’ akibat akalnya sudah faham konsep-konsep hidup seperti konsep jarak, separation anxiety, object permanence dan dalam proses mengukuhkan hubungan sosial.

Istilah ‘High Demand Baby’ Hanya Untuk Bayi 0-3 Bulan Sahaja, Selepas Umur Ini Bukan Lagi High Demand

❌ Anak besar yang perlu di dodoi , mengempeng, bertepuk dan beriba untuk boleh tidur dan terjaga pula asal ibu hilang dari sisi BUKAN HIGH DEMAND.
➡️ Itu isu kebergantungan tidur.

IKLAN

❌ Anak besar yang kuat meragam dan bad mood asal celik mata BUKAN HIGH DEMAND.
➡️ Itu boleh jadi akibat letih dan tak cukup rehat, lapar atau tak sihat.

❌ Anak besar yang pantang nampak mak asyik nak menempel di susu dada ibu untuk berhenti menangis bagi setiap sebab, kecil atau besar dan untuk rasa gembira semata-mata BUKAN HIGH DEMAND.
➡️ Itu isu jangkaan respon menenangkan yang ibu biasa berikan.

❌ Anak besar yang mengamuk bila tak dapatkan sesuatu atau sesuatu tak berjalan dan menjadi seperti kemahuannya BUKAN HIGH DEMAND.
➡️ Itu isu anak mula explore jenis respon ibubapa bagi setiap keadaan
atau akibat isu kemahiran kognitif (kemahiran mentafsir dan memahami sesuatu) anak yang masih berkembang atau anak dah masuk usia mula pandai manipulasi tangisannya untuk ubah respon ibubapa kepadanya.
****

Baby kecil dengan baby lebih berusia dan toddler tu sama ke❓

Kita yang tengok pun tau lain.

Jadi kenapa nak bedal terma yang sama sejak baby kecil ➡️ baby ‘besar’ ➡️ toddler ❓

Anak sendiri sudah laju kaki tangan
Anak sendiri sudah meriah bercakap
Anak sendiri sudah makan macam-macam
Anak sendiri sudah banyak akal buat aksi pelbagai
…Mak masih tengok dia macam newborn, KENAPA❓🤢

TAK HAIRAN lah bila ibubapa tersekat dengan cara dan fikiran lama melayan anak bagai newborn walau anak dah besar dan bijak, ibubapa CIPTA ANAK HIGH DEMAND nya sendiri!

IKLAN

Kredit: USWATUN HASANAH
KONSULTAN TANGISAN BAYI PERTAMA MALAYSIA
 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Istilah ‘High Demand Baby’ Hanya Untuk Bayi 0-3 Bulan Sahaja, Selepas Umur Ini Bukan Lagi High Demand

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI