Selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu, hero malaya, Remy Ishak merasa cukup teruja kala dianugerahkan Allah dengan rezeki menimang cahaya mata pertama.
Remy juga mendedahkan cahaya mata sulungnya bersama isteri, Ezza Yusof adalah seorang bayi lelaki namun masih belum mendedahkan wajah putera kesayangannya dan isteri.
Menerusi Instagramnya, Remy memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan di hari kelahiran anak lelakinya.
Ads
“Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki & rahmat Nya.
“First baby & It’s a boy! A Hero! Terima kasih ya Allah. Simpan sini untuk satu kenangan,” tulisnya berkongsi.
Ads
Menerusi perkongsian yang sama juga, Remy meluahkan rasa gembira dan syukurnya atas kelahiran bayi kecil kesayangan bersama isterinya.
Menerusi beberapa perkongsian Remy di media sosial, Remy dilihat cukup teruja menyambut kelahiran putera sulungnya walaupun agak penat menguruskan pelbagai perkara.
Pasangan selebriti popular Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Rushariandi yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai lalu kini diberitakan dalam keadaan baik
Ria yang terpaksa menjalani pembedahan di usia kandungannya 38 minggu dikhabarkan mengalami masalah air ketuban yang semakin berkurangan dan terpaksa melahirkan bayinya lebih awal dari jangkaan.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis yang juga adik kepada Oki Setiana Dewi turut berkongsi cerita kelahiran bayi sulungnya itu.
Kongsi Ria, dia reda dengan perjalanan yang Allah aturkan dan bersyukur bayinya dalam keadaan yang baik.
“Apapun jalan lahirnya, itu yang terbaik menurut Allah. Baby R akhirnya dilahirkan secara pembedahan kerana air ketuban berkurang di minggu ke 38.
“Ditambah pula dengan ari-ari yang semakin tidak berfungsi dengan baik,” tulis Ria ringkas.
Malah kata Ria lagi berkongsi detik cemas ketika melahirkan bayinya, dia dan suami pada mulanya sudah melakukan pelbagai cara supaya merasakan detik kontraksi tanpa induce.
“Malam sebelum tindakan sc, saya dan suami masih terus ikhtiar agar bisa merasakan kontraksi tanpa induksi.
“Sebab dengan tindakan induksi pun pasti akan membuat anak pertama kami stres dan tidak nyaman. Kami tidak mau itu terjadi,” kongsinya.
Pun begitu selepas disarankan oleh doktor, Ria dan suami akhirnya membuat keputusan untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka lebih awal dari jangkaan.
“Maka dua rumah sakit dan empat doktor menyarankan tindakan tersebut dan dengan senang hati kami terima.
“Semuanya kami lakukan yang terbaik demi anak pertama kami. Maka dari itu, apapun jalan lahirnya, itu lah jalan terbaik,” tulis Ria lagi.
Melalui entri yang sama juga, Ria turut memuat naik sekeping gambarnya dan suami ketika saat berdepan kelahiran di dewan bedah. Jelas keperitan ketika melahirkan dan pengorbanan seorang ibu demi melahirkan bayinya.
Terdahulu, Ria Ricis dan suaminya Teuku Rushariandi selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai lalu pada jam 8 pagi waktu tempatan di sebuah hospital swasta di Jakarta.
Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang kini sedang hamil anak kedua meluahkan rasa bimbangnya apabila mengalami kontraksi biarpun usia kandungannya baru 33 minggu.
Lesti sebelum ini pernah mengalami kontraksi awal yang sama dan bersalin awal dari jangkaan ketika melahirnya anak pertamanya.
Menurut Lesti, 26, pada awalnya dia menganggap itu hanyalah kontraksi biasa, namun gejala berkenaan menjadi lebih teruk.
“Kalau kamu berada dalam live saya pada malam tahun baru, kamu akan perasan di mana saya tiba-tiba mengalami kontraksi dan terus naik ke atas.
“Pada waktu itu, saya fikir ia tidak akan terjadi lagi, tetapi sebaliknya. Saya diberitahu untuk pergi ke wad kecemasan,” katanya.
Susulan itu, Lesti dikhabarkan perlu menerima suntikan bagi membantu proses perkembangan paru-paru bayi dalam kandungannya.
Suami Lesti iaitu Rizky Billar bagaimanapun meminta peminat untuk menitipkan doa buat kesihatan dan keselamatan isterinya.
Terdahulu, Lesti pernah memiliki sejarah melahirkan anak pertamanya secara pramatang susulan berlaku komplikasi dan dilakukan secara pembedahan pada usia kandungan 34 minggu.
Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia 2 tahun.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Ramai ibu bertanya kenapa baby mengamuk masa nak di susukan ? Saya ‘direct feed’ baby. Sebelum menyusu dia merengek-rengek cari puting ibu. Tapi bila saya susukan, dia mengamuk-ngamuk dulu baru hisap susu. Masa menyusu pun dia selalu lepaskan puting kemudian hisap semula. Saya ingatkan susu saya tiada. Saya picit ada je. Saya tak faham kenapa baby macam tu.
Jawapan:
Lazimnya orang ramai akan menjumpai jawapan bagi soalan sebegini dari sudut isu-isu berkaitan penyusuan yang layak dijawab oleh kaunselor laktasi. Namun,ramai yang mungkin tak tahu, masih ada kemungkinan isu yang berlaku ini tiada kaitan dengan isu lazim dan ‘direct’ dengan susu ibu dan hal penyusuan. Jadi, kali ini saya akan menjawab dari sudut pandangan seorang konsultan tangisan bayi untuk anda pertimbangkan kemungkinannya. Sifirnya mudah, jika apa yang saya bentangkan ini tidak kelihatan sebagai punca kepada masalah puan, maka puan harus tahu bahawa kemungkinan terbesar jawapan pasti ada pada isu berkait penyusuan itu sendiri yang perlu di rujuk kepada kaunselor laktasi.
Kemungkinan #1: Reflek Gastro- Colon
Salah satu punca biasanya adalah sensasi pergerakan usus yang di panggil ‘Gastro-Colon-Reflex’.
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah cara badan bayi memberitahu perut untuk mengosongkan isi kandungannya dan menolak lebihan makanan ke arah usus untuk di buang, setiap kali ada makanan baru yang tiba menjelang setiap sesi penyusuan bermula.
Reflek ini juga ada pada orang dewasa. Namun, bagi orang dewasa, ia bukan sesuatu yang mengganggu kecuali bila sensasi ini kuat di rasakan saat kita sakit perut untuk membuang air dan lebih lagi ketika cirit-birit.
Bagi bayi kecil, sensasi ini lebih rutin untuk dirasakan kerana sistemnya baru mahu beradaptasi dengan proses makan dan hadam. Namun, bagi sesetengah bayi yang sensitif, mereka tidak gemarkan rasa sensasi pelik yang berlaku ini dan menangis setiap kali ia berlaku. Ia menjelaskan mengapa bayi berhenti menyusu, melepaskan puting ibu ketika menyusu kerana fokus diganggu dengan sensasi reflek ini. Penjelasan yang mudah,langsung tidak menyakitkan bayi namun ia membuat ibu susah hati!.
Kemungkinan #2: Bayi Mahu ‘Comfort Sucking’
Semua ibu tahu menghisap itu ada dua tujuan utama pada bayi. Menghisap untuk memuaskan rasa lapar (nutritive sucking) dan menghisap untuk merasa tenang dan selamat (non-nutritive sucking) atau lebih popular di gelar comfort sucking atau mengempeng dalam istilah lazim melayunya.
Namun ramai yang tidak tahu, purata jumlah masa yang bayi habiskan untuk mengempeng adalah sekitar 2 hingga 3 jam sehari. Ia memang banyak dan lebih lagi terasa banyaknya oleh ibu yang menyusukan bayi secara langsung.
Sudah menjadi lumrah untuk ibu yang tidak tahu, tidak ada idea dan tidak pernah belajar tentang cara lain atau teknik tepat untuk mententeramkan bayi akan segera menyua puting payudara untuk membuat bayi diam.
Tiada masalah dalam hal ini kecuali ada ramai bayi, pada satu tahap mula mengamuk dan marah kerana terpaksa menelan susu walaupun sebenarnya mereka hanya mahu mengempeng. Ini sesuatu yang tak dapat dielakkan kerana puting ibu tetap akan mengeluarkan susu tak kira samada bayi mahu menghisap sebab benar lapar atau kerana mahu mengempeng. Jadi, ibu melihat putingnya tidak lagi berkesan sebagai alat mententeramkan pada satu tahap dan bayi bergelut serta marah-marah di puting ibu.
Kemungkinan #3: Bayi Ingin Sendawa
Sumber gas utama dalam badan bayi berpunca dari proses pencernaan di mana antara produk akhirnya ialah gas. Bermaksud gas sentiasa dihasilkan dan ada dalam badan bayi. Ia juga bermaksud bayi boleh perlu untuk sendawa pada bila-bila masa, tak semestinya selepas penyusuan sahaja.
Bila susu mula masuk dan memenuhi bahagian perut bayi, ia mula menolak gas yang ada. Gas mungkin cukup banyak untuk mula naik ke atas dan mencetus reflek untuk sendawa. Ia menjelaskan mengapa kadang-kala bayi memberhentikan susuannya kerana dia merasa tidak selesa. Atau , sebenarnya bayi telah terlebih dahulu membuat isyarat tangisan ingin sendawa iaitu ‘Eh’.
Namun bagi mana-mana ibu yang tak memahami bunyi tangisan ini dan tidak pernah belajar untuk mengenal tangisan rutin bayi akan sering menganggap bayi menangis kerana lapar. Menambah lagi kekeliruan ini ialah bila dalam masa yang sama, ibu tidak tahu pula cara lain untuk mententeramkan bayi selain menyuakan payudara. Maka bayi akan kelihatan mengamuk-ngamuk di payudara kerana dia sebenarnya meminta bantuan untuk di sendawakan,tetapi ibu tidak faham. Bayi ‘cuba mendapatkan’ sebarang jalan untuk menyelesakan dirinya. Pada ketika ini,menghisap puting ibu nampak seperti ‘masuk akal’ kepada nya kerana dia telah biasa ditenteramkan di puting ibu. Lalu dia cuba menghisap atau kelihatan mahu menghisap, mencari-cari dan mengalu-alukan puting ibu sebelum menyedari hal ini tidak membantu pun.
Saya berharap semua kemungkinan yang saya bentangkan ini dapat memberi sudut pandang baru kepada puan dan membantu puan memikirkan punca masalah dalam spektrum yang lebih luas.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.