Selepas mengumumkan bakal bergelar bapa, penyanyi Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri, Nik Nazira Narriman akan menimang cahaya mata lelaki.
Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan perkara itu menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal yang diadakan baru-baru ini.
Katanya lagi, isterinya bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka sekitar Julai ini.
Yonnyboii turut berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan Nazira sedang duduk di atas sofa sementara dia membuat pengiraan untuk memecahkan belon bagi mengumumkan jantina anak damit mereka.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Dilahirkan dalam keadaan belum bersedia, Abby Abadi dan suami sentiasa berkongsi kisah Baby Danial yang dilahirkan di usia 24 minggu dengan berat tak sampai satu kilogram.
Bagaimanapun pasangan ini sangat positif dan sentiasa yakin hanya doa dan pertolongan Allah mampu mengubah segala-galanya.
Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah 😘😇
Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Boleh dtg Isnin pagi
Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah 😫Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia…berlinang airmata… 😢
Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc
Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… dgn berat hanya 535 gram berbagai kemungkinan buleh berlaku.
Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya
Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti 😢
Sebelum ini Abby dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan bayinya bagi menyelamatkan nyawa Abby dan bayi dalam kandungannya.
Sumber: ig abby abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tidak naik berat badan, ibu bapa mula rasa runsing walaupun sudah diberikan vitamin yang mencukupi setiap hari. Hakikatnya, pengambilan multivitamin tidak membantu kenaikan berat badan anak. Ini ibu bapa harus tahu.
Menurut Dietitian, Puan Fizah Sobri, melalui info yang dikongsikan oleh Nurul Syahidah Ramli, pengambilan multivitamin tidak membantu kenaikan berat badan anak. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sememangnya membantu kenaikan berat anak. Jadi anak perlu diberikan rutin pemakanan yang sihat setiap hari.
Banyak soalan saya terima anak kurang selera, kurang makan, apa vitamin yang boleh diberi untuk naikkan berat anak. Jawapan saya TIADA.
Mak ayah perlu faham apakah itu multivitamin. Multivitamin adalah gabungan micronutrient (vitamin dan mineral) untuk bantu menambah kekurangan zat yanh dialami oleh anak.
Untuk naikkan berat badan anak perlu mendapat KALORI YANG MENCUKUPI yang terdiri dari gabungan macronutrient (carbohydrate,protein dan lemak). Micronutrient tidak menyumbang kepada kalori yang cukup untuk naikkan berat badan anak.
Habis tu kenapa bila beri multivitamin anak berselera makan? Jawapan saya sebab dengan pengambilan multivitamin anda telah betulkan masalah akibat pengurangan zat tadi yang secara tak langsung menyumbang pada kurang selera makan
Contoh 1 Kurang zat besi. Ini akan menyebabkan iron deficiency anemia dan menyebabkan anak cepat penat, mudah mengantuk dan ini akan membantut selera makan. Bila ambil multivitamin zat besi dapat cukup maka anemia dapat dibetulkan.
Contoh 2 Vitamin B complex,vitamin C dapat menguatkan immune badan dan mengurangkan kemungkinan anak senang kena sakit seperti demam,selsema dan batuk. Bila kurang kena sakit anak akan lebih berselera untuk makan.
Contoh 3 Kalsium,magnesium, vitamin D penting untuk pertumbuhan otot dan tulang. Bila anak rasa kuat tak lemah (muscle stength ok)akan lebih bertenaga dan nak makan
Semua condition di atas adalah akibat tak cukup zat bila anak tak cukup makan/ makanan tak balance. Mommies daddies pegang kepada prinsip setial kali makan berat mesti ada gabungan 3 komponen utama – carbohydrate – protein – fiber
Nak makan roti boleh tapi buatlah roti sandwhich ke, french toast ke, jangan sekadar roti sapu margarin. Nak makan pasta boleh tapi buatlah pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang ada sayur dan ayam. Jangan sekadar pasta tuang sup kosong.
Saya bagi contoh menu menu yang boleh diamalkan oleh parents bagi memenuhi ketiga komponen di atas. Jika cukup makan multivitamin tidak diperlukan. Jika tak cukup makan, ambil mutlivitamin pun tidak akan naikkan berat badan. Ambil la makan dengan cukup ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat perut membesar seperti hamil cukup bulan pasti mengerunkan setiap wanita yang mengalami masalah fibroid. Bagaimanapun, punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui.
Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat selain faktor baka yang turut mempengaruhinya, terdapat punca-punca lain seperti kelemahan imuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari kolesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.
Langkah-langkah mengawal estrogen:
1. Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang berlebihan.
2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone estrogen dan progesteron
3. Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stres seperti membaca al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat:
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap estrogen iaitu:
Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan estrogen.
Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormon estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan estrogen.
Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal/menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.
Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone estrogen dalam badan wanita.
Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin-vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita
Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan estrogen.
Buah-buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juskedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap estrogen dalam badan.
Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormonestrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone estrogen dan progestero
Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan estrogen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
Makanan-makanan fermented
Makanan fermented seperti tempe, yogurt, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti-estrogen
Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-estrogen.
Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti -estrogen.
Daun kucai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-estrogen.
Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.