Mendidik anak bukan satu hal yang mampu direalisasikan dalam tempoh waktu yang singkat. Semuanya mengambil masa dalam persekitaran yang berbeza. Namun cara kita mendidik berbeza-beza malah mengikut cara dan keselesaan kita sendiri.
Bagi Belle Al Yahya, instafamous yang juga pengasas butik Bella Ammara ini punya caranya sendiri dalam mendidik dua anaknya, Nabilla Ammara dan Umar Khalif.
Menariknya dalam apa juga yang dilakukan, Belle sentiasa menerapkan elemen positif pada anaknya, biarpun dalam sekecil-kecil perkara. Hasilnya si comel Ammara mampu menunjukkan sikap positif yang sama.
Kongsi Belle di instagramnya, meluahkan rasa syukur bila mana melihat perkembangan Ammara yang merupakan anak yang sentiasa mendengar kata dan penuh kasih sayang.
Ads
Cepat betul anak dara ni membesar. Tahun depan dah masuk 4 tahun. Tapi Belle sangat bersyukur sebab Ammara ni anak yang dengar kata, sopan santun dan penuh kasih sayang.
Walaupun kadang-kadang ada je dia buat perangai yang memcabar kesabaran tapi biasalah budak-budak kan. Tapi mcm mana dia buat perangai or merajuk, last sekali dia mesti akan datang dekat Belle and cakap ‘im sorry and i love u umi’. Mana tak cair.
Belle selalu ajar Ammara untuk berfikiran positif tak kira apa situasi. Contoh kalau dia tertumpah air or makanan, Belle akan cakap ‘its ok Ammara, we can clean up this together but next time you must be careful ok’ and if dia terjatuh and nangis, Belle akan cakap ‘its ok ammara, sikit je tu. You are a strong girl right?
Ads
Tapi apa yang Belle tak sangka memang betul la orang cakap budak-budak dia akan ikut apa yang parents dia cakap dan buat. Sebab Ammara akan cakap benda sama.
Contoh if Belle terlupa nak beli something, dia akan cakap ‘its ok umi, later we can buy’ and if Belle terluka tangan, dia akan cakap ‘its ok umi, it hurt just a lil bit only, later i put ubat and u’ll be fine’.
Ads
Belle perasan dia tak mudah kecewa kalau jadi sesuatu yang dia tak nak or tak dapat.
Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah?Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu. Ada yang sampai melabelkan anak degil.
Sebelum nak marah anak, cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan. Mungkin ada kelemahan dari kita sendiri yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain
Situasi 1: Dikedai makan
Mama : Rayyan, tak mahu panjat2 kerusi tu..
Rayyan terus juga panjat- panjat, tidak hiraukan arahan mama
Mama terus sembang-sembang dengan kawannya, mama fikir selagi tak panjat tinggi- tinggi, its ok!
Situasi 2: Di dapur
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan terus main air dalam bilik air
Mama terus sambung masak kat dapur, biarlah dia main air kejap, sekurang-kurangnya aku boleh memasak tanpa gangguan.
Situasi 3: Diruang tamu
Mama : Dah kemas mainan ni Ruqayya, dah malam ni
Ruqayya : Tak nak, Yaya nak main lg.
Mama terus membiarkan Ruqayya bermain lagi, sambil tu on fb, dapat gak tengok-tengok cerita kawan kat fb sekejap.
Ini kita panggil kaedah keibubapaan yang tidak konsisten. Tanpa disedari mama telah menghantar arahan ‘Kalau mama bagi arahan tidak perlu ikut pun, mama bukan serius pun’. Seterusnya, di lain hari anak-anak telah terbiasa untuk tidak mengikut arahan mama.
Yang seharusnya dilakukan ialah seperti berikut:
Situasi 1
Mama : Rayyan, jangan panjat- panjat kerusi tu
Rayyan tidak mengikut arahan
Mama kira dalam hati..1..2..3.. ulangi arahan kali kedua
Rayyan masih tidak mengikut arahan
Kira lagi dalam hati..1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mengikut arahan, terus angkat/ tarik Rayyan daripada terus memanjat kerusi
***Dilarang membebel
Situasi 2
Mama : Rayyan, jangan main air dalam bilik air tu
Rayyan tidak mendengar arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3..
Ulangi arahan
Mama kira dalam hati 1..2..3
Sekiranya Rayyan tidak lagi mendengar arahan terus matikan air dan bawa keluar Rayyan dari bilik air
Dalam situasi memberi arahan untuk melakukan sesuatu, digalakkan memasukkan teknik foreshadowing. Situasi 1 dan 2 adalah melarang melakukan sesuatu. Situasi 3 ni lebih kepada nak memberi arahan.
Mama : Ruqayya, lagi 10 minit kemas mainan ye, dah malam ni, masa untuk tidur.
Masa ini tawar menawar masih boleh dilakukan (Jika Ruqayya meminta lebih masa sekitar 10 hingga 15 minit). Ingatkan Ruqayya sekali lagi.
Mama : Ok lagi 5 minit tau.
Selepas masa tamat..
Mama : Ok times up, jom kemas mainan.
***Dilarang tawar menawar/membebel.
Jika Ruqayya terus kemas baguslah, jika dia enggan mama terus kemas separuh dan ambil tangan Ruqayya untuk ambil mainan dan masukkan dalam bekas.
Dengan ini kita telah menghantar arahan kepada anak-anak ‘Jika mama memberi arahan, mama adalah serius, lain kali kalau mama beri arahan saya perlu ikut’.
Jelaskan kenapa biasanya anak-anak lebih mengikut arahan bapanya. Kerana arahan bapa lebih jelas tanpa sebarang bebelan berbanding seorang ibu. Tegas dan padat. Itu arahan yang sampai pada anak.
Semoga Allah mempermudah urusan kita.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Elok-elok kita ajar anak jangan cakap yang bukan-bukan tiba-tiba boleh pula terkeluar perkataan kurang senang di dengar. Masa ni apa ibu ayah akan fikir? Terus marah, pukul atau hanya diam diri.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa akan terus tegur. Ya tindakan ini betul tetapi jika anak masih dengar benda yang sama dia akan ulang dan tetap cakap perkataan yang bukan-bukan.
Apa ibu bapa nak buat sekiranya dengar anak cakap perkataan ni. Berikut perkongsian dari Wawa Shauqi mengenai tindakan sewajarnya ibu bapa boleh lakukan.
“Bapak kau!” Terkejut betul bila itu yang keluar dari mulut anak saya. Sebelum ni, pernah juga mulutnya menyebut “babi” dan “bodoh”. Rasa nak melompat keluar jantung!
Sedih saya. Umur baru 3 tahun. Tapi dah ‘dicemari’ perkataan-perkataan sebegitu. Sangkaan saya, biarlah anak-anak bergaul dengan rakan sebaya. Biar dia belajar bersosial.
Tapi lepas habis bermain, vocab-vocab sebegitu yang dibawa pulang.
Itulah anak-anak.
Menurut Maria Montessori, 6 tahun pertama, otak anak macam sponge. Mereka serap apa je yang dilihat. Tanpa ada kebolehan untuk menapis sama ada ia perkara yang salah ataupun betul. Apa yang dilalui mereka secara rutin adalah benda normal dan betul belaka.
Kalau perkataan ‘bodoh’, ‘gila’, bebal yang biasa didengar, itu jugalah berkataan yang akan biasa dikeluarkan di mulut mereka. Kalau jerit pekik dan mata jegil yang kita dengar dan tunjukkan pada anak, itu juga yang akan mereka potray pada tingkah laku mereka.
Sebelum anak didedahkan dengan dunia luar, dipengaruhi dunia sosial dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai latar, kita sediakan mental anak dengan pesan, nasihat dan ‘lukisan’ sempadan.
Kita takkan mampu kawal anak orang lain, tapi kita kawal dan didik anak kita.
1) Berkawanlah dengan kawan anak kita. Dengan cara ni, kita dapat selidik latar kehidupannya. Jadikan diri kita dan anak kita insan yang memberi nilai kepada anak tersebut. Mungkin anak tu sendiri apa yang dibuat/ disebutnya salah. Connect, before correct.
2) Bacakan buku cerita tentang akhlak atau pesan kepada mereka akan adab-adab bergaul.
3) Doa doa dan doa, semoga anak-anak kita dikelilingi dengan orang yang baik, dan mampu mempengaruhi orang lain jadi baik.
Jom kita ajar anak bercakap yang baik-baik. Biar mulut mereka ini, mulut yang menyebar manfaat bila dah besar.
Ibu kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah dalam satu kejadian di Taman Anggerik, Sepang reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu bas berkenaan.
Tak salahkan pemandu bas sekolah
Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, berkata keluarganya sudah lama menggunakan perkhidmatan pemandu bas berkenaan untuk menghantar anaknya berulang-alik dari sekolah.
Beliau berkata, walaupun sedih dengan kejadian berkenaan, beliau memahami kejadian itu tidak disengajakan oleh pemandu bas berkenaan.
“Saya belum lagi bertemu dengan pemandu bas berkenaan, sebab dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi.
Tapi dia sudah menghubungi saya dan minta maaf atas apa yang berlaku dan saya maafkan.
“Saya pun tidak boleh salahkan pemandu bas, ketika keterangan yang diberikan kepada polis pun saya beritahu supaya pemandu ini tidak diapa-apakan. Tiada dendam pun saya simpan untuk pemandu bas ini, dia pun sudah lama menjadi pemandu bas iaitu kira-kira 25 tahun.
“Saya tiada masalah dengan dia (pemandu bas), begitu juga dengan suami, kita terpaksa reda dan tidak boleh berdendam,” katanya kepada pemberita, ketika ditemui di kediamannya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memaklumkan seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya untuk ke sekolah.
Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), dekat sini, Wan Kamarul Azran berkata, mangsa keluar rumah dan mengekori kakaknya yang sedang menaiki bas untuk ke sekolah.
Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Nak cepat, tak perasan adik ikut belakang
Sementara itu, menceritakan mengenai kejadian menyayat hati itu, saksi kejadian yang juga kakak ketiga kepada mangsa, Nurul Aishah Mohamad Kassim, 13, berkata beliau berada di tangga bas berkenaan untuk memberikan duit poket kepada adik kelimanya yang pada ketika itu sudah berada di dalam bas.
“Lepas saya bagi duit pada adik, saya turun daripada bas. Saya nampak bas itu bergerak dan melihat Zahida (mangsa) sudah berada di bawah bas. Saya terus menjerit dan mengambil adik yang pada ketika itu sudah terperosok dibawah bas. Tindakan itu diambil kerana saya takut Zahida akan digilis kali kedua dengan tayar belakang bas berkenaan.
“Nenek dan jiran yang mendengar jeritan saya kemudiannya terus keluar dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum jiran menolong kami menghantar Zahida ke klinik berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata, selepas pemandu bas berkenaan menyedari kejadian itu, beliau terus meminta maaf berulang kali kepada nenek dan memaklumkan tidak menyedari Zahida berada di bahagian kiri bas terbabit.
“Selepas meminta maaf, nenek menyuruh pemandu bas itu menghantar murid lain yang berada di dalam bas berkenaan ke sekolah sebelum terlambat. Pemandu bas berkenaan sangat bertanggungjawab kerana selepas menghantar kesemua murid itu, beliau datang ke rumah bertanyakan keadaan Zahida.
“Dia sekali lagi meminta maaf, kerana tidak nampak Zahida dan kejadian itu tidak disengajakan. Mak kata tidak mengapa, dia tak salahkan pakcik berkenaan atau pun saya. Kerana kami berdua tidak perasan Zahida keluar dari rumah,” katanya.
Adik yang manja
Mengenangkan semula keletah adik bongsunya itu, Nurul Aishah berkata Zahida adalah seorang adik yang manja dengan semua orang dan sangat rapat dengan ayah serta neneknya.
“Saya memang rapat dengan Zahida, dia memang suka ‘mengekor’ walaupun ke mana sahaja saya pergi, saya juga selalu bergurau dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.
“Pemandu bas berkenaan sudah ditahan semalam dan selesai memberi keterangan kepada pihak polis. Dia juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Placenta accreta ialah komplikasi kehamilan berbahaya yang boleh menyebabkan pendarahan serius selepas bersalin. Ketahui punca, tanda, risiko, rawatan dan kaitannya dengan kes Ayunie yang mendapat perhatian ramai.