Mendirikan rumah tangga sejak November 2017, persoalan tentang zuriat tentu sering menjadi pertanyaan peminat terutamanya netizen. Menurut laporan Berita Harian, Izara Aisyah, 26 kini mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan sebagai persediaan dirinya untuk menjadi seorang ibu.

Menurutnya, dia memang seorang yang sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu. Namun tidak mahu berasa tertekan, dia dan suaminya, Muhamad Adib Khalid menyerahkan segalanya kepada ketentuan rezeki.

View this post on Instagram

Selamat

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.

“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya.

Izara Aisyah Cuti Berlakon, Bersedia Nak Jadi Ibu? Kalau Dapat Anak, Mesti Comel Bayinya
Izara dah sedia galas tanggungjawab sebagai ibu

Semoga ada berita baik yang akan kita terima tak lama lagi dari Izara Aisyah dan suami.

10 tip cepat hamil oleh Dr Hamid Arshat:

  1. Kahwin awal. 

Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan

  1. Pemeriksaan doktor lebih awal. 

Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.

  1. Semak kesihatan bersama. 

Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.

  1. Hubungan seksual. 

Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

  1. Waktu subur yang tepat.

Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.

  1. Hubungan yang kerap sewaktu subur. 

Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam. Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

  1. Berada dalam keadaan tenang. 

Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  penting untuk menjayakan kehamilan. Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

  1. Berat badan. 

Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

  1. Makanan yang berkhasiat. 

Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran. Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

  1. Mengambil vitamin. 

Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Sumber: Berita Harian & Bidadari

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI