‘Ala dia kecik lagi nak ajar, tunggulah umur dia 10 tahun. Baru dia faham’ Sebenarnya nak ajar anak tanggungjawab tak perlu tunggu umur dia lebih 10 tahun. Anak kecil pun dah boleh di latih untuk buat beberapa perkara yang simple sesuai mengikut umur mereka.
Jangan pula anak umur 2 tahun di suruh pergi beli ikan, memang tak logik! Ajar anak atau latih mereka buat kerja-kerja yang ‘simple’ seawal 2 tahun seperti minta anak kemas barang permainan setelah selesai bermain. Jika perkara-perkara ini tidak dilatih sejak awal, anak akan ada beberapa masalah perkembangan seperti perkongsian dari doktor kanak-kanak ini.
Anak Dah Besar, Tapi Mak Yang Buatkan
Ads
Jangan Manjakan Sangat Budak Lelaki Ni
Beri Tugasan, Lepas Mereka Buat Ucap Terima Kasih & Peluk
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak didik anak, kenal pasti mereka jenis mana satu. Ada tiga jenis anak di dunia ini iaitu visual, auditori dan kinestetik. Sebenarnya mengajar anak kena ikut ciri unik mereka barulah senang mereka faham apa yang nak diajar.
Menurut Dr. Taufiq Razif jangan didik anak ikut suka hati kita. Kesian anak nanti. Lepas tu kita pula label dia tak dengar cakap atau susah nak faham apa yang diajar.
Cara Nak Ajar Anak Auditory
Kadang-kadang anak jadi susah nak faham pelajaran sebab kita sendiri tak kenal anak kita.
Bayangkan anak yang kinestetik kita ajar gaya auditory. Anak auditory pulak kita ajar dengan gaya visual. Memang jadi berkecamuk la minda anak kita sebab kita guna gaya belajar yang tak sesuai dengan dia (incompatible).
Jadi untuk anak auditory yang menggunakan deria pendengaran untuk menyerap ilmu di sekelilingnya, kita kena guna gaya auditory la ye.
Anak auditory ni lebih suka suasana yang sangat tenang tapi kadang-kadang mereka sukakan belajar sambil mendengar radio ataupun muzik
Yang penting untuk anak yang auditory, kita kena pastikan dia belajar sambil mengucapkan ataupun membisikkan apa yang dia tengah belajar. Boleh juga belikan anak kita audiobook ataupun pita perakam supaya dia boleh rakam apa yang dipelajarinya.
Boleh juga download video pembelajaran di youtube dan convert kepada file Mp3. Anak auditory lebih cepat menyerap ilmu yang diajarkan bila dia mendengar apa yang diajarkan.
Anak Kinestetik
Kesian juga saya tengok ada anak yang dilabel nakal hanya sebab dia tak boleh duduk diam.
Si ibunya pula kalau nak ajar si anak apa-apa mesti suruh si anak tu duduk dan fokus kat dia je. Bila anak macam bangun, bergerak sana sini dilabel la pulak anaknya sebagai anak yang tak fokus.
Wahai Ibu sekalian,
Anak ni ada bermacam jenis gaya belajar (learning styles) sebenarnya dan tiap-tiap anak ada cara yang berbeza.
Anak-anak yang belajar dan menyerap ilmu dengan pergerakan tubuh. Yang ni kita panggil sebagai anak Kinestetik.
Ada anak yang menyerap ilmu di sekelilingnya dengan fokus dan melihat pada apa yang dia pelajari. Yang ni biasanya anak yang Visual.
Ada juga anak yang bila dia tengah serap ilmu di sekelilingnya, dia akan mula berbisik ataupun bising. Bercakap sana sini. Kepoh juga dibuatnya. Kadang suka menyanyi. Tu namanya anak yang Auditorik.
Ada juga anak yang ada campuran Auditorik, Kinestetik dan Visual. Tugas kita bukanlah memaksa anak mengikut cara belajar kita. Tugas kita adalah mengajar anak menggunakan gaya belajar yang compatible dan sesuai dengannya baru la ilmu tu ditransfer dengan lebih cepat dan efisien.
Anak Visual
Antara ciri-ciri anak kategori visual adalah
* Suka berkhayal
* Suka melihat dengan fokus ketika diajar
* Suka buka yang berwarna-warni dan bergambar
* Mudah faham gambarajah, peta dan carta
* Lebih suka diajar dan dijelaskan melalui lukisan dan lakaran
Nak tengok anak kita visual leaner ke tak ni senang je :
Tips : Nak asah bakat dan ajar anak visual ni jangan bebel je. Dia takkan dengar pun. Sesekali jelaskan dengan pergerakan tangan, lakaran di kertas ataupun tunjukkan depan dia tutorial nak buat sesuatu benda tu.
Dah tahu ni terus amal pada anak visual kita semua ye!
Jom join Telegram Parenting Nota Taufiq Razif. Install Telegram dan Klik je sini t.me/NotaTaufiqRazif
Sayang anak biar berpada! Tapi alasan yang biasa keluar dari mulut ibu bapa bila tak nak bagi anak buat sesuatu perkara adalah, “Alaa anak kecil lagi, mana la dia boleh nak tolong.” Kata-kata ini bukan sahaja boleh memanjakan anak, tapi buatkan anak tak pandai nak berdikari.
Jadi bila anak semakin besar, jangan salahkan anak bila anak buat tak tahu je. Sayang anak biarlah bertempat. Tak salah kalau kita nak suruh dan ajar demi kebaikannya.
Ikuti perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah mengenai cara dia mengajar anak kecilnya dan akhirnya memberi kesan positif pada diri anak.
Lepas habis menunaikan janji bagi Maryam dan Hanoonah main dalam Molly Fantasy kira-kira selama 2 jam petang tadi, kami pun turun dari tingkat 2 ke Ground Floor. Masuk ke bahagian pasaraya sekejap, nak beli pampers Hanoonah dan biskut buat kudap-kudapan dalam kereta.
Tangan kiri saya dukung Hanoonah dengan berat sekitar 10kg, beg laptop digalas di belakang, bahu kiri menggalas handbag, tangan kanan menggalas lagi kampit pampers yang besar tu.
Penuh tangan! Dan lenguh!
Jadi selepas buat bayaran di kaunter, saya minta Maryam tolong bawakan lagi satu plastik yang berisi 4 kampit biskut saiz sederhana dan besar, anggaran berat sekitar 2 kg.
Daripada di kaunter bayaran lagi, Maryam dah tanya-tanya saya, mana biskut dia. Dia ada pilih 1 biskut dari 4 jenis biskut tadi. Jadi selepas bayar, saya bagi semua plastik biskut tu untuk Maryam pikul.
Mula-mula, dia okay. Selang sepuluh ke 20 tapak kami tinggalkan cashier, dia mula bersuara sambil mengeluh.
“Ibu… Berat ni. Kakak penatlah angkat.. ”
Saya balas, “Tak berat mana pun Kakak, Kakak boleh angkat. Ibu yakin,”
Dan dia diam sekejap. Berjalan beberapa langkah lagi, kemudian dia berbunyi lagi.
Kali ni, dengan suara yang lebih keras dan sangat jelas dia sedang mengeluh.
“Ibu, berat ni..! Ibu angkatlah. Kakak tak larat. Berat ni Ibu.. Ibu angkatlah..!” Dengan suara separa merengek dan mengarah saya.
Hanya dengar rengeken suaranya saja, saya tahu, SAYA PERLU BERI PERHATIAN LEBIH terhadap isu yang dia utarakan. Tapi kali ni, ‘cara’ beri perhatian saya adalah berbeza.
Saya perlahankan langkah, dan kemudian berhenti menoleh ke belakang, ke arah dia yang beberapa langkah terbelakang dari saya.
Selang beberapa saat, Maryam sekarang betul-betul berada di depan saya. Jarak kami berdiri antara satu sama lain adalah dekat. Dia pandang saya, saya pandang dia.
Saya pun mula bersuara,
“Kakak, tolonglah Ibu. Kakak cuba tengok Ibu, kiri dukung adik, kanan pegang pampers, ada beg lagi depan belakang. Jadi kakak FIKIR macam mana Ibu boleh tolong Kakak? Bukan kakak ke yang sepatutnya tolong Ibu? Sekarang, kakak cuba tengok, berapa banyak barang Ibu bawa? Kakak fikir semua ni tak berat? Ibu tak penat? Jadi sekarang, boleh tak Kakak FIKIR juga pasal Ibu dan tolong bawa barang-barang itu sampai ke kereta.”
Tegas. Dan jelas.
Mukanya yang monyok kerana merungut tadi, terus berubah menunjukkan riak serba salah.
Mungkin, nada suara saya yang tegas dan menekankan pada perkataan FIKIR, membuatkan dia dapat menyelami perasaan saya, seterusnya bersikap lebih rasional. Bonding kami rapat gila, alhamduLILLAH. Jadi, perubahan pada nada suara saya dan pemilihan perkataan saya, memang mudah meninggalka kesan terhadap dirinya.
Kadang kala, dia matang dan rasional.
Kadangkala, sikap keanak-anakan dia tetap mendominasi juga.
Pandai-pandailah saya kenal pasti dan klasifikasi – keluhannya itu kerana dia benar-benar perlukan penyelesaian, atau sebenarnya keluhan dari jiwa manja yang perlu diajar dengan ketegasan.
Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah, TIDAK KIRALAH SEKECIL APA UMUR ANAK KITA, MULA BERKOMUNIKASI DAN DIDIK MEREKA UNTUK BELAJAR BERFIKIR TENTANG ORANG LAIN.
Salah satu punca kegagalan keibubapaan ialah, ibubapa sendiri UNDER ESTIMATE POTENSI BERFIKIRAN DAN BERPERASAAN ANAK-ANAK, sehingga ibubapa CENDERUNG UNTUK TUNDUK MELAKUKAN SEMUANYA dan menganggap ‘tidak mengapa’ untuk TIDAK MENJELASKAN KEPADA ANAK SITUASI KITA, kerana ‘ANAK-ANAK TIDAK FAHAM LAGI, ANAK-ANAK MASIH KECIL LAGI..’
Kita sebaiknya mengajar anak bertimbang rasa, bukan membiarkan mereka sehingga kita kerapkali berkecil hati memendam rasa. Gara-gara sikap timbang rasa itu kurang wujud dalam diri mereka.
Sekiranya kita anggap pada usia 5 tahun anak-anak tidak boleh faham perasaan dan keadaan orang lain yang PERLUKAN TOLAK ANSUR DARI DIRINYA, maka, pada usia 15 tahun, 25 tahun bahkan 50 tahun sekalipun, anak-anak yang kini sudah beranak-pinak itu TETAP JUGA TIDAK AKAN MEMAHAMI PERASAAN DAN KEADAAN orang lain.
Kerana hakikatnya ketidakfahaman itu bukanlah kerana limitasi pada umur anak-anak, tapi kerana kegagalan sesuatu PRINSIP itu DITERAP DI DALAM SISTEM JATI DIRI DAN IDENTITI MEREKA.
Anak anak kecil tidak faham, bukan kerana umur mereka,
Tapi kerana diri kita, yang tidak MEMAHAMKAN mereka.
Tidak memahamkan anak, adalah satu proses menjahanamkan anak. Ini prinsip saya.
Kerana itu, saya BANYAK berkomunikasi dengan anak-anak dan memberi penjelasan kepada mereka.
Biasa kan kita lihat, orang umur yang sudah dewasa dan tua juga, tetapi tetap tidak MEMAHAMI orang lain dan tetap tidak boleh bertolak ansur.
Jadi, apakah kerana otak mereka ‘masih kecil’ dan terbatas untuk memahami, atau kerana jati diri yang tidak dibentuk ketika mereka masih kecil dahulu dan mudah dilentur?
Menganggap bahawa sikap bertimbang rasa itu datang dengan kematangan usia, adalah ibarat sesuatu perjudian yang berisiko bagi saya.
Kerana hakikatnya, bukan usia yang menjadi faktor seseorang itu bertimbang rasa atau tidak, tetapi sebenarnya adalah APA YANG DISUNTIK ke dalam diri mereka ketika mereka masih mudah dilentur.
Kalau kita rasakan, anak-anak kecil berusia 4 tahun dan ke atas tidak wajar diajar dengan serius tentang BERFIKIR MENGENAI PERASAAN DAN BERTIMBANG RASA DENGAN KEADAAN ORANG LAIN, fikirkan sekali lagi.
Kesudahan dari cerita di atas, selepas saya mengingatkan Maryam untuk BERFIKIR TENTANG KESUSAHAN DAN KEADAAN diri saya tadi, dia akhirnya terus memikul beg plastik tersebut ke kereta tanpa muka yang masam dan bunyi keluhan lagi.
Bahkan, sesampai juga di rumah, dia sendiri yang menolong saya membawa beg plastik tersebut TANPA LANGSUNG saya menyuruh lagi. 100% atas keputusan dan tindakan dia sendiri.
Siap boleh tanya lagi,
“Apa lagi nak bawa barang masuk rumah Ibu? Pampers ni nak bawa ke?”
Dan saya menjawab, “Tak apa kakak, yang pampers tu besar dan sangat berat. Biar Ibu je bawa,”
Sebagai pengajaran tidak langsung kepadanya, bahawa, saya juga bertimbang rasa dan berfikir tentang keadaan dirinya.
Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi ibu bapa. Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.
Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim, sekiranya anda nampak perkembangan anak sedikit lain seperti anak lambat bercakap lakukan tindakan segera, jumpa profesional yang terlibat seperti speech therapist / occupational therapist / pakar kanak-kanak. Nanti mereka akan bantu anda untuk dapatkan rawatan yang sesuai.
Berikut antara perkembangan lambat yang akan ditunjukkan oleh bayi atau kanak-kanak mengikut usia.
6 BULAN
– Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi
– Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil
– Tidak melakukan eye contact
1 TAHUN
– Tidak memberi respon pada nama
– Tidak memahami arahan mudah
– Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc
– Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dll
2 TAHUN
– Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan
– Tidak berminat dengan interaksi sosial
– Tidak memahami arahan mudah
3 TAHUN
– Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan
– Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa
4 TAHUN
– Tidak boleh bercerita cerita yg mudah
– Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan
– Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)
– Tidak boleh menyampaikan perasaan
– Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana
5 TAHUN
– Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)
– Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita
– Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung