
Bolehkah kehamilan berjangkit? Menurut kajian sains ia boleh berlaku, begitu juga dengan sekumpulan staf yang berkhidmat di sebuah hospital di Maine. Terdapat sembilan orang jururawat dari unit kelahiran sedang hamil sekarang.
Beberapa foto yang dikongsikan oleh salah seorang jururawat itu menjadi viral dan kisah kehamilan di Maine Medical Center ini mula mendapat perhatian media. Menurut salah seorang daripada jururawat tersebut, Amanda Spear, dia sangat seronok datang bekerja dan melihat orang lain juga mengandung.

Dia juga mengatakan, ia sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat melihat perut yang semakin membesar dan berbual tentang pengalaman hamil bersama-sama. Tambahnya lagi, dia merasakan seperti setiap hari di tempat kerja dan ada orang lain yang sedang mengandung.
Seorang lagi jurarawat di sana, Erin Grenier pula berkata setiap pengumuman kehamilan terbaharu yang dibuat akan diterima baik oleh semua orang di unit itu. Jururawat yang berkongsi foto rakan-rakannya di laman FB, Brittney Verville memberitahu yang dia tidak menyangka perkongsiannya menjadi viral. Foto itu dimuatnaik olehnya sebelum berehat selepas bekerja syif malam. Bangun sahaja, postingnya itu didapati sudah menjadi viral!
Turut mendapat perhatian dari beberapa orang ibu hamil yang memilih hospital itu untuk bersalin, mereka meninggalkan komen bertanya adakah akan ada cukup jururawat ketika tiba tarikh mereka bersalin. Pertanyaan ini dibalas oleh pekerja di sana dengan ayat; “Jangan risau. Kami ada rancangan,” dengan emoji wajah tersenyum.
Tahniah diucapkan kepada mereka semua dan unit ini juga. Kesemua jururawat ini dijangka bersalin di antara bulan April dan Julai dan kesembilan mereka mewakili lebih daripada 10 peratus jururawat dalam unit ini.
Sama seperti admin, pernah juga mengalami perkara yang sama. Hamil bersama beberapa rakan yang juga mengandung pada waktu itu. Benarlah kehamilan itu boleh berjangkit!
SUMBER: Laman web MOTHERLY
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





















Kisah Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ini semakin trending apabila dia ditawarkan untuk mendapatkan rawatan di London, United Kingdom bersama pasukan doktor pakar berpengalaman yang turut melibatkan Dr Amalina Bakri.
Menurut Safiuddin yang membahasakan dirinya sebagai Walid dengan Ainul, bohonglah jika mereka sentiasa positif. “Waktu awal kami diuji dengan keadaan Ainul begini, sedih juga. Saya bohong kalau kata kami tak pernah bersedih dan rasa down. Bayangkan, dia dilahirkan pra matang kemudian doktor kesan ada ketumbuhan di mulutnya. Jadi kami bersetuju untuk dijalankan pembedahan ke atasnya untuk membuang ketumbuhan itu,” cerita Safiuddin.

