Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
Ads
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Ads
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Kredit Foto: Bernama
Melecur 30 peratus
Ads
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang…. Berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan tapi mama abah reda dengan pemergian Muhammad Danial Firman Faizal semalam (7 Disember).
Itu luahan Abby Abadi dalam status terbarunya di instagram apabila mengesahkan anak lelakinya yang dilahirkan pramatang meninggal dunia selepas mendapat panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh.
Menerusi perkongsian Abby yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya berita ini sangat mengejutkan mereka sekeluarga lagi-lagi selepas dia dan suami berangkat ke Mekah pada 5 Disember lalu.
Niat asal Abby dan seluruh ahli keluarganya menunaikan umrah untuk turut sama memohon doa memberi kekuatan dan kesembuhan serta Aafiyah buat baby Danial namun perancangan Allah lebih hebat dari segalanya.
Maafkan mama abah sayang
Menurut Abby, memandangkan mereka sekeluarga sedang berada di Mekah, urusan pengebumian baby Danial akan diuruskan oleh Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya.
Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH.
Dalam status awalnya itu, Abby ada memaklumkan berat baby Danial turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi dia yakin baby Danial sangat kuat.
Abby juga memberitahu Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin.
Doktor sentiasa minta bersedia
Bagaimanapun sebelum ini, Abby ada berkongsi yang doktor pakar memberitahu, sebarang kemungkinan juga boleh terjadi memandangkan bayinya lahir ketika usia kandungan belum cukup bulan.
“Jumpa doktor pakar baru-baru ni, katanya, baby Danial lahir dalam keadaan yang belum bersedia, jadi dalam usianya ini, berbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya.
Abby melahirkan baby Danial pada 27 September lalu ketika usia kandungan mencecah 24 minggu dengan berat 535gram itu sentiasa berharap doa akan menjadi kekuatan buat anaknya.
Namun Allah lagi sayangkan Danial dan percayalah Danial akan tunggu mama abahnya di pintu syurga nanti. Al-Fatihah untuk baby Muhammad Danial Firman.
Sumber: ig Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak perempuan dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, beberapa hari lalu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kanak-kanak berkenaan yang berusia empat tahun yang hanya menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.
“Usaha mengesan waris Yaya juga giat dijalankan namun tidak banyak maklumat yang diperoleh memandangkan kanak-kanak itu ditemui sehelai sepinggang.
“Hasil semakan juga mendapati tiada sebarang laporan dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak perempuan sebaya Yaya sehingga hari ini,” katanya.
Katanya, pihak polis kemudiannya menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak JKM Selangor bagi tindakan lanjut.
“Yaya menangis apabila kita menghantarnya ke JKM kerana dia mahu terus dijaga pihak polis.
“Bagaimanapun, kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.
Ancaman wabak COVID-19 tidak mengenal mangsanya. Walaupun warga emas dikatakan antara golongan berisiko tetapi jika keadaan ini tak diambil serius ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira orang tua, muda atau golongan kanak-kanak.
Memandangkan angka kematian semakin meningkat dan jumlah kes baru sentiasa ada, rakyat seharusnya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut arahan dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa.
Bayangkan yang kita ini masih lagi selamat pun sentiasa terdetik rasa risau, apa pula perasaan ahli keluarga pesakit COVID yang semestinya lagi bertambah risau dengan wabak ini.
Itu juga yang dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki disyaki positif COVID dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani proses kuarantin buat sementara waktu.
Ikut ayah pergi kursus urus jenazah
Berdasarkan perkongsian yang telah tular di Facebook, dikatakan kanak-kanak terbabit bersama bapanya telah mengikuti kursus pengurusan jenazah.
Bagaimanapun, salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut merupakan ahli ijtimak tabligh yang positif Covid-19. Maka, daripada situlah jangkitan tersebut dapat dikesan.
Terpaksa berpisah dengan ibu ayah
Namun yang buatkan ramai sedih, nampaknya kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan ahli keluarga lain dalam tempoh beberapa minggu.
Setelah tular gambar kanak-kanak lelaki tersebut, orang ramai terus mendokan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap anak kecil ini bebas dari wabak ini secepat mungkin. Harap ada berita baik untuknya.
Ya Allah, Sembuhkanlah adik ini dengan segera. Perkenankan doa kami Ya Allah, Engkaulah Maha Penyembuh.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.