Bila anak-anak tak sihat, ibu dan ayah paling tak senang duduk. Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2 malam kerana muntah-muntah. Setelah diperiksa darah, anaknya itu kekurangan zat besi atau iron dalam badan
Sepanjang berada di hospital, ramai doktor yang datang membuat pemeriksaan. Salah seorang doktor yang datang ada bertanya mengenai diet anak yang diamalkan oleh ibu ini. Dari situ dia mula belajar tentang bagaimana untuk tingkatkan lagi penyerapan zat besi dalam badan si kecil.
Anak masuk wad, muntah tak henti-henti
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek.
Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Memang jaga pemakanan anak
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak.
Tiap 4 jam, mesti kena makan.
Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi.
Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya.
Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya.
Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
Anak banyak minum susu lembu, badan susah serap zat besi
“Anak minum susu banyak tak?”
Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron.
Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron?
🍌 Masalah tingkah laku
🍌 Ganggu perkembangan otak
🍌 Kurang selera makan
🍌 Kerap penat
🍌 Muka pucat
🍌 Craving kat benda-benda pelik termasuk
🍌 Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya.
Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Balik dari hospital, terus saya semangat.
Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya.
Vitamin C tingkatkan penyerapan zat besi
Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak.
Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang.
Aini kata, baby bayam ni dia tasteless.
Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung.
Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je.
Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga.
Dan….
Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Wawa Shauqi
Yang suka ratah brokoli goreng tepung.
Menikmati kerang segar memang sedap dan manis isinya. Macam mana pula dengan kerang yang disejuk bekukan. Sebenarnya ada cara nak pastikan kerang yang disimpan dalam peti sejuk ini kembali segar.
Hanya dengan menggunakan teknik yang tepat ketika merebus, kerang kembali segar seperti baru dibeli. Jom cuba ikuti perkongsian Zila Nur Aril ini.
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? Yang frozen ada, sama je kerang jugak. Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tak pada rasanya ya.
Kerang fresh ni dia manisss dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.
Tips nak dapatkan kerang cantik macam ni:-
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbukak sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.
3. Terus kopek, jangan masukkan dalam peti ais.
** Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau sapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.
Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.
Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
Muka menjadi merah.
Mata berair, bengkak kelopak mata.
Mulut gatal, bengkak bibir.
Tekak perit.
Hidung berair.
Nafas termengah-mengah, batuk.
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
Berasa takut.
Muka menjadi merah.
Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
Tekak berasa perit.
Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Pening.
Tekanan darah rendah.
Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera.
Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
Antihistamines.
Adrenaline.
Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta.
Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).
Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.
Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.
Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Contohnya:-
Albumin.
Globulin.
Ovalbumin.
Vitellin.
Lysozyme.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Baby pun kadangkala akan muak kalau dihidangkan menu sama setiap hari. Jadi ibu kena cuba pelbagaikan resipi untuk anak yang dah berusia 8 bulan ke atas.
Sebenarnya pada usia 8 bulan ke atas bayi sudah boleh mencuba pelbagai menu asalkan ia bersesuaian untuk citarasa bayi.
Resipi yang dikongsi oleh Puan Mastura Ayu Al-Habshee untuk hidangan bayinya boleh dicontohi oleh ibu lain yang mungkin kekeringan idea memasak. Nampak sedap sangat!
Pengat Pisang Versi Baby
Bahan-bahan:
Pisang
Unsalted butter
Puri kurma
Cara-cara memasak:
Grill pisang dengan unsalted butter. Then buat kuah pakai puree kurma. Tapi buat cair-cair untuk bagi rasa manis-manis je.
Pasta Ikan Bilis Berkrim
Bahan-bahan:
Baby pasta
Bawang putih
Unsalted butter/olive oil
Chicken Bone Broth/Serbuk ayam/bilis
Tomato/sayur-sayur lain
Cara-cara memasak:
Masak bubur nasi dulu.
Di periuk asing, tumis bawang putih dengan unsalted butter/pure olive oil. Dah naik bau, masukkan cbb/ serbuk ayam/bilis.
Masukkan tomato/sayur apa-apa yang lain pun boleh. Siap untuk bubur nasi. Blend kalau anak still makan blend.
Creamy Butter Pasta & Grilled Salmon with Crunchy Garlic
Bahan-bahan:
Baby pasta
Ikan salmon
Bawang putih
Unsalted butter
Chicken Bone Broth (CBB)
Serbuk ayam
Daun saderi
Cream cheese
Cara-cara memasak:
Rebus pasta sampai lembut.
Grill salmon, atau nak letak isi ikan lain pun boleh
Creamy Butter Sauce
1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter
2. Masukkan CBB (optional)
3. Masukkan isi ayam/ serbuk ayam Darwisyah Little Sweet
4. Masukkan saderi
5. Masuk air sikit depends mummy nak berkuah
6. Masukkan cream cheese
Kacau semua bahan sebati, then blend.
Crunchy Garlic
Tumis bawang putih dengan unsalted butter sampai garing. Jangan sampai hangit.
HIdangkan pasta dengan creamy butter sauce dan tabur dengan crunchy garlic.
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...