Lima Kesilapan Pasangan TTC, Panduan Untuk Suami Isteri Yang Sedang Menanti Zuriat

Share

Mempunyai zuriat sendiri setelah melayari bahtera perkahwinan merupakan idaman setiap pasangan. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah.

Ada pasangan yang dalam tempoh mencuba untuk hamil atau trying to conceive (TTC) begitu lama hingga mencecah berbelas tahun namun masih belum juga direzekikan cahaya mata.

Meskipun begitu usah putus asa, bagi pasangan yang dalam TTC ketika ini info yang dikongsi oleh pakar ini boleh dijadikan panduan .

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan  Dr Yatikasim, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan TTC.

5 kesilapan pasangan TTC

1. Terlalu kerap bersama (setiap hari)
2. Tak ambil tahu tentang keperluan nutrisi untuk kesuburan (kekenyalan dinding Rahim, untuk sperma dan ovum yang sihat
3. Tidak tahu Waktu subur isteri (waktu subur sekali saja sebulan).
4. Terlalu set target (ia menyebabkan perasaan kurang enak, hingga mebuatkan rahim tidak terbuka dan sperma tidak boleh berenang masuk).
5. Kurang minum air yang mana penting untuk lawas dan peredaran darah.

 

@dr.yatikasim Tips utk pasangan yg sedang ikhtiar hamil. Semoga dipermudahkan urusan kalian. #dryati #doktorpakarsakitpuan #hospitalpantaisgpetani #fibroids #cyst ♬ Nur Kasih – In Team
Published by
Zetty Mazlan