Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan negatif terhadap emosi. Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel yang dikongsi melalui Hello Doktor.

Jaga Percakapan! Ini 8 Kesan Pada Emosi Ibu Bersalin Secara C-sec

Bersalin secara pembedahan

Setiap ibu hamil pastinya mempunyai bayangan tersendiri tentang bagaimana mereka akan bersalin dan perasaan saat pertama kali bertemu si manja.

Namun apabila realiti terjadi berbeza dengan apa yang diharapkan, ia boleh mewujudkan pelbagai emosi bercampur-baur.

Bagi sesetengah wanita akan merasakan kaedah caesarean yang dilakukan adalah perlu dan dapat pulih dengan cepat dari aspek fizikal serta mental.

Walau bagaimanapun, ada juga wanita menjalani kaedah bersalin ini berdepan dengan pelbagai emosi negatif yang menjejaskan kesihatan mereka.

Berikut antara 8 emosi yang mungkin terjadi selepas bersalin C-Sec:

1: Rasa terkejut perlu bersalin cara C-sec

Hanya beberapa peratus wanita merancang bersalin czer dan kebanyakan kes untuk kaedah pembedahan ini terjadi selepas proses bersalin bermula – lebih dikenali sebagai C-Sec kecemasan.

Keadaan ini sekali gus sering menimbulkan rasa terkejut, ketakutan dan menambahkan tekanan.

2: Rasa bersalah

Perlu bersalin secara pembedahan boleh menimbulkan rasa bersalah kepada wanita kerana tidak dapat melahirkan anak dengan normal dan menyebabkan wujud perasaan negatif.

Anda akan tertanya-tanya apakah yang seharusnya dilakukan semasa kehamilan untuk mendapatkan kelahiran faraj.

Bahkan rasa bersalah itu semakin meninggi apabila kerap diberitahu bahawa yang penting adalah bayi sihat kerana masih berasa tersinggung dengan cara kelahirannya.

IKLAN

3: Rasa gagal

Setiap wanita sering disogok dengan fakta bahawa tubuh diciptakan sempurna untuk bersalin secara semula jadi dan apabila ia tidak berlaku menyebabkan wujud persoalan mengapa anda gagal melakukannya.

Ada wanita yang mempunyai perasaan ini akan memilih untuk bersalin caesarean pada masa hadapan bagi mengelakkan rasa kecewa lagi.

4: Kerugian

Kebanyakan wanita menginginkan kelahiran si manja memberikan pengalaman positif tetapi apabila perlu dibedah menyebabkan diri terlepas fasa peralihan menjadi ibu.

Ini terutamanya apabila tidak dapat memegang bayi serta-merta dan perlu menunggu beberapa tempoh selepas bersalin czer.

Jaga Percakapan! Ini 8 Kesan Pada Emosi Ibu Bersalin Secara C-sec

5: Wujudkan rasa terpisah

Ramai ibu yang menjalani pembedahan merasakan diri tidak terlibat secara fizikal dalam melahirkan bayi.

Bayi yang baru lahir memerlukan perhatian dan masa daripada ibu dan anda merasakan situasi itu sukar untuk dilalui apatah lagi selepas bersalin czer.

IKLAN

Ada kalanya ia menyebabkan anda mahu melepaskan diri daripada bayi dan mengingati pengalaman bersalin kerana terlalu mengganggu fikiran.

6: Trauma bersalin secara pembedahan

Ada wanita merasakan pembedahan C-Sec ini sebagai peristiwa traumatik – ia bergantung kepada pelbagai faktor dan berbeza bagi setiap individu.

Keadaan ini biasanya terjadi kerana wujud rasa takut dan tidak berdaya, terutamanya apabila prosedur pembedahan ini perlu dilakukan dalam situasi mendesak atau kecemasan.

7: Marah & geram kerana perlu bersalin secara pembedahan

Ramai wanita berasa marah selepas menjalani pembedahan czer dan akan mempersoalkan “Mengapa saya?”

Anda juga mungkin marah kepada doktor atau ahli keluarga kerana merasakan prosedur itu berlaku di atas campur tangan mereka.

Bahkan, terdapat juga ibu yang berasa dendam kepada bayi kerana menjadi punca kesakitan dan penderitaan.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan ibu merasakan tidak dapat menjaga bayi baru lahir dan marah kepada si kecil kerana menambahkan bebanan pada diri mereka.

IKLAN

Ia biasanya memerlukan sedikit masa untuk ibu memproses pengalaman dan mula bertanyakan soalan mengapa pembedahan perlu dilakukan.

8: Kurang keyakinan diri selepas bersalin secara pembedahan

Parut C-Sec yang kekal itu sering kali menyebabkan ibu sukar melupakan apa terjadi – menjadi peringatan bahawa tubuh mereka tidak berfungsi seperti diharapkan dan menambah bebanan kerana perlu menjaga luka pembedahan sehingga sembuh.

Ada kalanya pasangan mungkin berasa takut dan trauma melihat parut czer anda dan secara tidak langsung menyebabkan diri berasa ditolak oleh pasangan.

Jaga Percakapan! Ini 8 Kesan Pada Emosi Ibu Bersalin Secara C-sec

Tidak dinafikan fasa permulaan menjadi ibu adalah berbeza bagi wanita yang menjalani kelahiran C-Sec dan kelahiran faraj.

Ibu bersalin czer mungkin gelisah dan letih kerana tidak dapat memegang dan melihat bayi untuk beberapa tempoh waktu.

Situasi tersebut boleh menyebabkan anda berasa terlepas momen penting selepas kelahiran, ditambah lagi dengan rasa kegagalan, kemarahan dan perasaan bersalah.

Seorang wanita boleh berasa gembira dan lega bayi mereka dilahirkan dan sihat.

Namun perasaan bertentangan yang dialami itu boleh menjadi sangat kompleks dan membawa kepada permulaan fasa keibubapaan penuh cabaran.

Jadi, amat penting untuk menyelami perasaan diri sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan emosi selepas bersalin cara C-sec.

Jangan berasa malu untuk mendapatkan bantuan dan sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan doktor jika memerlukannya.

Jaga Percakapan! Ini 8 Kesan Pada Emosi Ibu Bersalin Secara C-sec

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI