Ramai ibu yang terpaksa bersalin secara pembedahan (caesar) dan tidak dapat bersalin secara normal. Banyak sebab bersalin secara caesar terpaksa dijalankan atau dicadangkan oleh pegawai perubatan kerana sesetengahnya dilakukan pada situasi kritikal.

Jahitan Caesar Terpaksa Dibuka Hidup-Hidup! Ibu Kongsi Pengalaman Sakit Tak Terkata Ketika Perut Dicuci

Ibu yang melahirkan anak secara caesar memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan perlu tinggal di hospital lebih lama berbanding kelahiran normal. Tempoh berpantang juga lebih lama berbanding normal. Luka caesar memerlukan penjagaan yang rapi dan lambat untuk sembuh. Ikuti perkongsian Puan Nor Syazwani Ahmad apabila jahitan caesar perlu dibuka semula;

BERSALIN CAESAR, JAHITAN TERPAKSA DIBUKA HIDUP-HIDUP

02 JULAI 2016 – 10.45 MALAM

Ni adalah tarikh bersalinkan Muhammad, caesar SEBAB jalan tak buke dan jantung baby da lemah. Fisrt time masok OT, berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar lahir lah seorang hero yang beratnye 3.65kg. Naik ward, dan 2 hari dok di wad akhirnye discharged. Syukur alhamdulillah. Luka caesar dijaga sebaik mungkin, tiap kali mandi keringkan dan nurse datang umah pon bgtau luka cantik dalam hati Allah je yg tau suke sgt.

IKLAN

Day 10 – lepas duduk atas kerusi kejap, pndang atas lantai ada setompok air warne coklat lembut gitu. Lam hati kata, mayb darah nifas dan petang pon mnde yg same berlaku tapi masih pikir mayb darah nifas.

Day 11 – bangun pagi sepertia biasa mandi semua, mnde yg same jadi dan hati da x sedap. Baring je pastu suruh mak tengok tempat caesar. Mak cakap tmpt jahit ok cantik kering tp hujung skali ada nnpk cam lubang yg kecik sgt anggaran besar mata pen. 
Tp mak ckp cam ada air kuar terus bgtau mak wani nk gi Klinik Kesihatan (KK) mak. Hati dah x sedap. Sampai KK,nurse suruh baring, ya Allah 

tau x nurse buat ape dia picit tempat caesar yg ad lubang kecik dan nak tau hampir segelas nanah keluar dari lubang yg kecik tu dan immediately di hantar ke hospital. Sedih n down sgt mase tp aku kuatkan semangat. 

Sampai je kat hospital doktor picit lagi kali ni dapat lam 2 gelas nanah. Bermula berbicara dr hati ke hati dengan doktor.

Jahitan Caesar Terpaksa Dibuka Hidup-Hidup! Ibu Kongsi Pengalaman Sakit Tak Terkata Ketika Perut Dicuci

GAMBAR HIASAN

IKLAN

Doktor: puan, sy terpaksa buke semula tempat caesar puan sebab nanah yg kuar banyak. 
Aku: buke semua ker.
Doktor: sy cube buke separuh dulu.
Aku: ok doktor, buat la ape yg ptot

OMG, waktu buke tu Allah je yg tau. Tak dapat nk cerita melalui kata2. Doktor lap dan tekapkan gauze pada tempat caesar tp aku perasan muke doktor ni lain macam.

Doktor: puan, mintak maaf sy terpaksa buke lagi tempat caesar puan. Sebab biasanye nanah dibawah kulit sahaja, tp ni bukan bawah kulit je.
Aku: maksud doktor? (Spechless)
Doktor: sy terpaksa buke jahitan belah dalam plak. 
Aku: ????????????
Doktor: selalu kes camni jadi tp kite akan buke tempat caesar sebab jangkitan di bawah kulit, tp kes puan ni jangkitan dari dalam. So memang kene buka jahitan selapis lagi.

Redha….dan mase ni….ermmmmm down tahap negatif. Dengan sakit x terkata, dok layan doktor kikis nanah2 kat daging perut aku. Allahuakbar… 

IKLAN

Belum lagi nk cite pasal dressing setiap hari. Dressing ni hidup2 tau, kikis nanah tu pon hidup2 Menggigil tp air mata x kuar pon bab aku 

Hampir seminggu, tb mase masok OT untuk jahit semula 2 hari selepas tu boleh discharge.

Ingtkan semua da ok dan berakhir. Discharge pg tp petang tu ad sesuatu yang terjadi dan kali ni sangat menakutkan. Biler en.hubby nak lap tempat caesar keluar darah di celah2 jahitan.

(jahitan kali ke2 tak cam lepas bersalin. Jahitan kali ke2 jahit guna benang) dengan reaksi spontan muka suami lagilah aku risau. Suami ajak gi hospital, mase kt hospital keluar darah cam air paip ikot tempat jahit. Dan tempat jahit dibuka untuk kali ke 2. Dan bermula lah dressing setiap hari pagi dan petang.

Hari2 dilalui sgt x happy, nk tdo x lena sebab dah tau bangun pagi esok aku akan tempuh kesakitan bile mana perut aku akan dilap2, dicuci dan dikikis. Hampir 3 mggu dok di hospital akhirnye dijahit sekali lagi. Dan kali ni mengharap semuanye dah berakhir. Alhamdulillah…. semuanye ok.

(Attention untuk semua husband dalam dunia n sedarlah, nak hadiahkan zuriat buat suami banyak pengorbanan dan kesakitan yang terpaksa isteri telan n hadap).

Sumber:Facebook Puan Nor Syazwani Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI