Baru berniat untuk mencuba kelahiran normal, pelakon Syatilla Melvin terpaksa menjalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya kali ini selepas disahkan mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Menurut kata Syatilla, dia seakan pelik bila mana mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Setelah melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah diketahui punca sebenar.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini berkongsi cerita.
“Tadi pergi check up doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.
“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak sikit bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupanya uri kat bawah,” kongsinya di Instagram.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kandungan ketiganya ini amat berbeza berbanding dua anak nya terdahulu.
Paling ketara kata Syatilla, dia langsung tidak dapat menghasilkan content untuk mempromosikan produknya sendiri iaitu Kekasih. Asal sahaja nampak barangannya, dia sudah mula pening-pening.
Ads
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor 3 ni memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content untuk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.
Biarpun sedikit kecewa dengan perkhabaran doktor, namun kata Syatilla dia reda demi keselamtan bayi dalam kandungannya. Apa yang penting baginya adalah bayi sihat dan selamat.
“So no 3 ni confirm lah doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nak try VBAC, tak dak rezeki sungguh. Tak apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
“Btw, doc suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mau warded lagi,” tulisnya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada Syeriv dan Syarima ini juga turut meminta pengikutnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai placenta previa ini.
“Ya allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dan berkongsi tip dan amalan untuk menaikkan semula uri ke bahagian atas.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
5 tahun berusaha hamil & disahkan mengalami PCOS, wanita ini disahkan mengandung setelah turun berat badan sebanyak 15kg. Ibu ini kongsikan tips dan usahanya yang dilakukannya untuk hamil.
Video kejutan Intan Nur Elliana Zakaria kepada suaminya sebelum ini telah tular di mana memberitahu suaminya tentang kehamilan secara surprise.
“Masih ingat lagi tak satu video viral dulu? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dgn sebuah kotak berbentuk hati.
Ingat? Dalam kereta… kejutan tu membuat si suami berjujuran air mata. Ingat tak?”
Syukur Alhamdulillah…hadiah kotak tu pun dah selamat berada dipangkuan suami isteri tersebut….
Lima tahun…. ya lima tahun penantian yang agak lama buat suami isteri yang sememangnya yg dinanti selepas diijab kabulkan.
Jangan kata 5 tahun, setahun pun dah kira lama sangat kan?
Pada 27september2018, lahirlah seorang Permaisuri pelengkap sebuah perkhawinan… Nama permaisuri tersebut adalah #DELIMA_NUR_LAILASARI #BTE_MOHD_SAFIY_HAFIFI_MOHAMAD.
Sangat comel. Macam papa &mama dia.
Dan mama & anak telah pun selamat menjalani hari pantang selama 44hari Alhamdulillah.
Kita sama-sama doakan ya semoga permaisuri hati Intan Nur Elliana Zakaria menjadi anak yg solehah dan sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Aamiin.
Disini Intan ada memberitahu mcm mana cara dia berusaha dan amalkan untuk dia dan suami boleh subur ya. cubalah ya cara Intan ni. Mudah-mudahan tahun depan boleh timang cahaya mata, in sya Allah. Aamiin.”
PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.
Puan Intan Nur elliana telah berkongsi tip tentang usaha yang telah dilakukannya sepanjang beberapa tahun dari 2018 hingga disahkan hamil pada Januari 2018.
2014
Dari segi ubat & supplements.
Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu.
Saya ambil makanan sunnah juga.
Pergi bermacam2 rawatan batin (tapi tak menjadi).
2015
Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800++ utk cek permulaan sahaja, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda2 murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
Husband ada sperm issue (sperma lambat / tidak aktif).
Saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil & xmatang).
Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori.
2017-Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:
Saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg (bukan semua orang mampu buat atkins, jangan paksa diri kalau tak mampu, anda boleh diet sihat/diet kalori/ Intermittent Fasting Diet/ Diet Suku Suku Separuh)
Lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat).
Husband ikut sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama-sama.
Husband memang tidak merokok.
Saya makan folic acid.
2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional
Husband buat rawatan urut saraf di Sg Haji Dorani Sg Besar, Selangor (wak sanip- 0136016338).
Saya buat sekali rawatan urut hamil di Melaka (bole add beliau di Facebook Smiley Loly Lilley).
Bekam seluruh badan untuk keluarkan angin dan darah kotor dalam badan. (Kalau boleh sebulan sekali).
Kerapkan honeymoon berdua, tak ada bajet dalam bilik pon boleh honeymoon, pasang lagu romantik dan bau-bauan aromaterapi.
Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dlm masa 3 bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan 1 2018 saya disahkan HAMIL.
September 2018, Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima Nur Lailasari.
KEPADA YANG MASIH TTC, JANGAN GIVE UP!
Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat-amat diperlukan ketika ini..
BANYAKKAN BERDOA & BERSEDEKAH
Berdoa, selalu bersedekah dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.. semoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..
Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna ya.. InshaAllah
Bakal ibu yang hamil biasanya teringin untuk menikmati pelbagai makanan. Begitu juga dengan isteri penyanyi rap, Yonnyboii yang begitu teringin untuk menikmati kuih akok.
Menerusi satu laporan Harian Metro, Yonnyboii berkongsi isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.
Malah kata Yonny lagi, bukan mudah untuk menunaikan hasrat isterinya itu kerana dia mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.
“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan. Jika dahulu dia tidak boleh makan mahupun minum kini dia bersyukur melihat perkembangan baik isterinya.
“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan.
“Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.
“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya.
Apabila diabetes gestasi anda tidak terkawal, paras gula dalam darah meningkat. Oleh itu, bayi anda juga mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Ini boleh menyebabkan beberapa kesan pada kesihatan bayi anda. Walau bagaimanapun, jika anda menjaga gula dalam darah anda di bawah kawalan, makan makanan yang sihat, melakukan senaman yang tepat dan mengekalkan berat badan yang seimbang, anda boleh melahirkan bayi yang sihat.
Diabetes gestasi yang tidak dirawat atau kawalan yang lemah boleh mengakibatkan beberapa komplikasi, seperti:
Macrosomia (berat lahir berlebihan)
Berat bayi anda akan lebih tinggi daripada biasa. Apabila anda menghidap penyakit diabetes gestasi, tubuh anda akan menghasilkan insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah.
Walaupun insulin tidak melalui plasenta, glukosa tambahan melaluinya. Apabila glukosa dalam darah bayi anda lebih daripada biasa, ia akan disimpan sebagai lemak dan membuat berat badan berlebihan. Bayi yang bertubuh besar mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obesiti atau mendapat jenis diabetes 2 di kemudian hari. Mereka juga mungkin cedera semasa kelahiran dan menjadikannya sukar untuk dilahirkan.
Hipoglikemia
Tahap gula dalam darah bayi anda akan terlalu rendah kerana glukosa tambahan boleh melalui plasenta untuk masuk ke aliran darah bayi anda. Pankreas bayi anda perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah rendah pada bayi baru lahir semasa lahir. Bayi anda mungkin memerlukan glukosa tambahan atau anda perlu menyusukan bayi anda selepas kelahiran.
Jaundis
Kulit bayi anda dan bahagian putih mata menjadi kuning. Sekiranya dirawat, keadaan ini tidak serius kepada bayi anda dan biasanya hilang. Walau bagaimanapun, bayi anda mungkin perlu diletakkan di bawah lampu khas dan memerlukan banyak susu ibu.
Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS)
Apabila tahap gula dalam darah anda terlalu tinggi, anda mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi awal. Bayi anda mungkin menghadapi beberapa masalah pernafasan dan memerlukan oksigen tambahan atau peralatan lain untuk membantu mengekalkan sistem pernafasan sehingga paru-paru semakin kuat.
Tahap kalsium dan magnesium yang rendah dalam darah bayi
Diabetes gestasi boleh menyebabkan tahap kalsium dan magnesium darah yang rendah. Bayi anda mungkin mempunyai beberapa masalah otot seperti menyentak dan menyempit. Keadaan ini boleh dirawat dengan menyediakan jumlah kalsium dan magnesium yang mencukupi.
Diabetes jenis 2 dalam hidupan kemudiannya
Walaupun diabetes gestasi tidak menyebabkan diabetes pada bayi sebelum lahir, bayi anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jenis diabetes 2 di kemudian hari.
Di atas adalah masalah berpotensi yang mungkin berlaku kepada bayi anda jika anda mengidap diabetes gestasi. Tetapi ingat, hakikat bahawa anda mempunyai diabetes gestasi tidak bermakna bayi anda akan mengalami masalah ini.
Tular di TikTok, gelagat seorang kanak-kanak yang sedang tukar baju sekolah agama kepada pakaian sukan tepi gelanggang futsal benar-benar buat netizen tersenyum dan terhibur....