Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh, pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau. Terlintas di kepala nasib anak-anak sendiri. Ini kerana semasa hantar dalam keadaan sihat dan ceria tapi sampai masa dapat tahu anak dah meninggal dunia.
Walaupun hati ibu ayah anak syurga ini reda, tapi dek kerana sedikit kecuaian pasti ia agak ralat. Apatah lagi kejadian seperti ini boleh dielakkan jika pihak yang diamanahkan itu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nurul Fateha Sandollah, pemergian bayinya yang berusia 6 bulan dan juga anak ketiga sangat dirasai kerana ia pergi tanpa disangka sama sekali.
Setelah berjuang selama 3 hari, akhirnya Allah lebih menyayanginya. Berikut antara kronologi kisah anak syurga Haura Najia.
Terlalu rindu.. Mesti baby bahagia sangat di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN.
Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan untuk baby saya yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska.
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima panggilan dari taska mengatakan baby Haura tidak sedarkan diri. Saya segera ke taska dan pihak taska memaklumkan telah bawa baby Haura ke klinik berdekatan dan dalam beberapa saat dimaklumkan baby saya dibawa ke Hospital Melaka.
Ads
Saya terus ke ETD Hospital Melaka dan baby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkan baby Haura datang dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit CPR diberikan nadi baby saya ada semula namun terlalu lemah.
Baby Haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan anak saya 50-50 untuk survive dan andai survive tidak akan menjadi baby Haura yang dahulu. Baby saya diletakkan di bawah PICU.
Suami berjumpa dan bertanya kepada penjaga baby apa yang berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih Haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dari bilik baby. Dia masuk semula dan nampak Haura terlungkup tetapi tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampak Haura macam boleh bernafas. Dia masuk semula untuk memandikan baby pada jam 4petang dan tengok Haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah baby Haura saya di biarkan dari jam 10pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang sahaja.. Betapa struggle baby Haura saya untuk bernafas hingga baby saya pergi selamanya.. Allah… Allah..
Malam 27 Oktober pakar merawat memaklum bahawa baby saya poor progress. Saya dan suami dibenarkan untuk berada di PICU sentiasa.
Ads
28hb progress baby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress baby Haura semakin tidak cantik dan memaklumkan buah pinggang baby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari baby Haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini saya dan suami dengan rendah diri mohon doa dari semua untuk kami dapatkan keadilan untuk baby kami dan juga untuk baby-baby yang lain.. Saya mengharapkan pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska-taska lain.
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat sendiri sebagai penyeri hidup. Namun tak semua bernasib baik, ada yang bertahun lamanya menunggu kehadiran cahaya mata.
Sama seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Tok Penghulu Mukim di mana dia dan isterinya sudah menanti cahaya mata hampir 3 tahun malah isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.
Kegembiraan menanti ci comel bukan hanya dirasai oleh mereka berdua, malah kedua ibu bapa mereka turut menanti cucu sulung mereka dengan penuh pengharapan.
Air Mata Atuk Untuk Cucunya
“Air mata seorang bapa untuk cucunya, mertua aku menangis sangat bahagia dapat cucu sulung. Penatian hampir 3 tahun, 2 kali wife aku gugur”
Situasi bertambah sayu apabila bapa mertua yang begitu menanti akan kelahiran cucu pertamanya telah bergegas mendapatkan bayi tersebut sebelum digendung sambil menitiskan air mata kesyukuran.
“Bila sampai dekat atuknya, terus diambil. Ya Allah sedihnya aku, hero mana tak nangis tengok cucu dia”
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen diterima. Rata-rata warganet mengakui sebak melihat momen berkenaan kerana terlihat wajah terharu seorang datuk apabila memegang cucu sulungnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian oleh pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegramnya, antara kesan menahan bersin termasuklah pecah gegendang telinga.Selain itu katanya, perbuatan itu...