Jarang-jarang berkongsi wajah anak-anaknya yang masih kecil, penyanyi Datuk Jamal Abdullah menarik perhatian ramai apabila videonya yang sedang memarahi anak-anaknya tular baru-baru ini.
Mana tidaknya, keempat-empat anak Datuk Jamal dikatakan mandi di tempat lembu minum air sehingga membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada tujuh cahaya mata itu dilihat memarahi anak-anaknya kerana mandi di tempat kotor.
Pada video berdurasi 24 saat itu, anak-anak comel, Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani dilihat dalam keadaan gelisah malah ada yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
Ads
“Dah kena marah.
“Main lagi dekat tempat lembu minum.
“Sekali sekali Daddy dia marah, terdiam terus,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak keempat penyanyi berusia 66 tahun itu yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
Ads
@jamalabdillah_officialdah kena marah . main lagi tempat lembu minum.. sekali sekali daddy dia marah diam terusss …
Biarpun seorang isteri itu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, seorang suami tetap wajib memberikan nafkah kepadanya. Memetik artikel dari laman web Aku Islam yang dirujuk melalui penulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah perkahwinan.
Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama. Alhamdulillah, hidup kami bahagia. Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua. Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak. Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunnah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. — Surah al-Nisa’ ayat 34
Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala. Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya. — Riwayat al-Bukhari
Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
• Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak
• Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya
• Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki Allah SWT sememangnya sudah tertulis buat diri kita. Baik anak perempuan atau lelaki, semuanya telah disusun cantik sebaiknya.
Kisah seorang ibu, Pn Shaeriani A Hamat yang sering berkongsi kisah tujuh orang anak perempuannya di media sosial sentiasa mendapat perhatian ramai. Anugerah Allah yang tidak ternilai.
Namun siapa menyangka, ibu tujuh puteri ini sekali lagi disahkan hamil dan berkongsi kisah kehamilannya pada Ramadan yang lalu. Satu kegembiraan buat semua.
Doa dan harapan pastinya akan hadirnya seorang cahaya mata lelaki sebagai hero dalam keluarga besar ini.
“Salam Ramadhan ke 27, berusaha mencari lailatul qadar. Alhamdulialah di bulan yang penuh berkat saya mengandung anak ke 8. Dah 3 kali gugur.
Semoga dipermudahkan urusan kami dan berdoa dikurniakan anak lelaki kali ni,” tulisnya berkongsi khabar gembira.
Pun begitu, ibu yang kental ini reda jika dianugerahkan seorang puteri lagi dalam keluarga mereka. Malah kini sedang melayan alahan yang agak teruk di awal trimester, sama seperti kehamilan tujuh puterinya sebelum-sebelum ini.
“Kalau perempuan pun tak pela, redha je, sambil menikmati proses alahan yang agak teruk. Minta mama semua doakan saya ye.
“Rutin kembali berulang, dulu lagi la setahun seorang anak, ni yang ke 8 pun lembik gak.
“Tambah lagi 1 koleksi buku pink, semuanya ni demi suami tercinta mama sanggup berkorban nyawa jiwa dan raga.
“Pukul 11 pagi dah lentok kelembikan, kalau macam ni lah sampai ke 9 bulan, kena buang kerjelaj kita. Doakan saya ye kawan-kawan agar cepat sihat dan dapat melayan anak tujuh.
“Demi 7 puteri mama kena bertabah untuk mendapatkan zuriat ke 8. Kerja tetap kerja, balik rumah tumbang. Mama 7 puteri muslimah,” katanya berkongsi cerita.
Semoga dipermudahkan kelahiran cahaya mata kelapan hingga detik melahirkan kelak.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu, 25 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.
“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Tidak ada jaminan setakat ini kerana kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini. Kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya,” katanya lagi.
Pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.
“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya.
Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya selama empat hari sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kesesakan dan kemalangan ketika musim balik kampung. Ketahui tarikh larangan dan tip perjalanan selamat untuk keluarga.