Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu mulai Sabtu, 25 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’ yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.
“Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Ads
Ads
“Tidak ada jaminan setakat ini kerana kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini. Kita akan lihat seramai mana nak pulang dan sebagainya, barulah kita boleh merancang dan keluarkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang ketat dan sebagainya,” katanya lagi.
Pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.
“Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya,” katanya.
Di saat seorang ibu kehilangan anak akibat tragedi buli dan trauma, kesedihan itu bukan sekadar dirasai oleh keluarga, tetapi turut menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Luka yang ditinggalkan tidak mudah diubati, apatah lagi apabila punca sebenar kematian masih belum terjawab. Setiap hari yang berlalu dipenuhi doa dan harapan agar kebenaran terbongkar dan keadilan akhirnya ditegakkan.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 8 Ogos 2025, setelah meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina, jabatan tersebut berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut demi memastikan segala aspek dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan. Langkah ini diambil bagi memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan berhubung kes ini.
JABATAN PERDANA MENTERI
JABATAN PEGUAM NEGARA
KENYATAAN MEDIA
ARAHAN LANJUT KES KEMATIAN ZARA QAIRINA
Setelah Jabatan ini meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina, Jabatan ini berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.
JABATAN PEGUAM NEGARA
8 OGOS 2025
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bila tengok anak-anak yang badan bersemangat, ramai dalam kalangan kita rasa geram. Selalunya bahagian pipi, lengan dan paha akan jadi perhatian untuk dipegang, digomol atau dicubit manja.
Kalau pergi mana-mana pasti akan jadi perhatian tambah pula jika anak itu jenis mudah mesra dan tak takut orang. Seperti perkongsian di Tik Tok @adib_amsyar21, satu video yang tular menunjukkan anak yang mesra dipanggil Adib ini telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam video tersebut, ibu Adib memberitahu rezeki Adib dapat berjumpa dengan Raja Permaisuri Agong tak sangka pertemuan ini sangat bermakna buat mereka sekeluarga.
Tengok layanan yang diberikan sungguh ramah dan terserlah sifat keibuan dalam diri Tuanku. Tuanku sanggup berhenti sekejap dan melayan walaupun nak cepat.
Apa yang menjadi perhatian adalah momen ketika Adib dipeluk oleh Tunku Azizah yang ternyata geram dengan kecomelannya. Walaupun baru pertama kali berjumpa, semasa Tunku Azizah masuk ke dalam lif, Adib sempat lagi melambai.
“22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu”
Menerusi ruangan komen ramai yang menyatakan bila Adib besar nanti mesti akan bangga kerana pernah dipeluk oleh orang nombor satu dalam Malaysia. Malah ada yang menyuruh ibu Adib simpan elok-elok video ini sebagai kenangan.
“Tuanku geram tengok dia comel sangat
“Boleh masuk dalam resume nanti dah besar😅 experience “pernah dipeluk permaisuri agong”
“Mesti bangga bila besar,..mase kecik-kecik pernah kena peluk cium dengn permaisuri🥰🥰”
“Tuanku jika dengan budak-budak memang macam tu…. Jiwa keibuannya”
Video Penuh:
Perkongsian tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 167.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat comel Adib.
Awal tahun sering menjadi tempoh paling mencabar buat kebanyakan keluarga, khususnya ibu bapa yang perlu mengurus pelbagai komitmen di bawah tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Perbelanjaan persekolahan, keperluan harian anak-anak serta komitmen bulanan lain menjadikan permulaan tahun satu fasa yang amat mencabar.
Memahami realiti ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan beberapa inisiatif di bawah Bantuan Kerajaan 2026 yang dijangka memberi kelegaan kepada isi rumah, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Pengumuman tersebut dibuat semasa Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari, sekali gus memberi harapan baharu kepada ramai ibu bapa di seluruh negara yang bergelut mengimbangi keperluan keluarga.
Inisiatif Bantuan Kerajaan 2026 yang diumumkan merangkumi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta bantuan RM100 secara ‘one-off’. Kesemua bantuan ini dirangka untuk membantu keluarga mengurus perbelanjaan awal tahun dengan lebih stabil.
Pendekatan ini mencerminkan usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan keluarga, khususnya yang mempunyai anak kecil dan anak bersekolah, terus terbela dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
Antara bantuan utama di bawah Bantuan Kerajaan 2026 ialah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan secara bulanan bermula 9 Januari 2026 kepada penerima yang layak.
Bantuan ini amat signifikan buat keluarga yang mempunyai anak kecil atau anak bersekolah kerana ia membantu menampung keperluan asas seperti makanan, barangan dapur dan keperluan harian lain.
Dengan adanya bantuan bulanan yang konsisten, ibu bapa dapat merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih tersusun, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan bulanan yang sering dirasai pada awal tahun.
Selain SARA, kerajaan turut memaklumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama akan mula dikreditkan pada 20 Januari 2026.
STR memberi manfaat kepada isi rumah, warga emas serta individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi ibu bapa, bantuan tunai ini boleh dimanfaatkan untuk keperluan awal tahun seperti bayaran yuran sekolah, pembelian buku teks, pakaian seragam dan kelengkapan pembelajaran anak-anak.
Bantuan ini membantu meringankan beban kewangan dalam tempoh kritikal, terutamanya bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.
Kerajaan juga mengumumkan bantuan RM100 secara ‘one-off’ yang akan diagihkan pada 9 Februari 2026 sebagai sokongan tambahan kepada rakyat.
Walaupun jumlahnya sederhana, bantuan ini sedikit sebanyak mampu membantu ibu bapa menampung perbelanjaan kecil yang sering tidak disedari seperti kos pengangkutan, makanan tambahan anak-anak atau keperluan kecemasan keluarga.
Perdana Menteri menegaskan bahawa semua inisiatif di bawah Bantuan Kerajaan 2026 akan dilaksanakan secara telus, teratur dan berkesan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada keluarga yang memerlukan.
Ibu bapa juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan, selain memanfaatkan bantuan yang diterima dengan perancangan kewangan yang lebih bijak.
Hakikatnya, setiap bantuan yang disalurkan membawa makna besar buat ibu bapa yang berusaha memberikan kehidupan terbaik untuk anak-anak mereka.
Dengan adanya SARA, STR dan bantuan RM100 one-off di bawah Bantuan Kerajaan 2026, diharapkan beban kewangan keluarga pada awal tahun dapat diringankan, sekali gus membolehkan ibu bapa memberi tumpuan kepada kebajikan dan perkembangan anak-anak.
Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, inisiatif ini membawa mesej jelas bahawa kebajikan keluarga dan anak-anak terus menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.
Susu formula yang dipindahkan ke dalam bekas lain boleh meningkatkan risiko pencemaran jika tidak dikendalikan dengan betul. Ketahui cara penyimpanan yang lebih selamat menurut pakar dan CDC.