
Jarang-jarang berkongsi wajah anak-anaknya yang masih kecil, penyanyi Datuk Jamal Abdullah menarik perhatian ramai apabila videonya yang sedang memarahi anak-anaknya tular baru-baru ini.
Mana tidaknya, keempat-empat anak Datuk Jamal dikatakan mandi di tempat lembu minum air sehingga membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada tujuh cahaya mata itu dilihat memarahi anak-anaknya kerana mandi di tempat kotor.
Pada video berdurasi 24 saat itu, anak-anak comel, Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani dilihat dalam keadaan gelisah malah ada yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
“Dah kena marah.
“Main lagi dekat tempat lembu minum.
“Sekali sekali Daddy dia marah, terdiam terus,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak keempat penyanyi berusia 66 tahun itu yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
@jamalabdillah_officialdah kena marah . main lagi tempat lembu minum.. sekali sekali daddy dia marah diam terusss …
Tidak kurang juga yang turut berseloroh mengatakan suara penyanyi kesukaan ramai itu kekal merdu walaupun dalam keadaan sedang marah.
Sumber: TikTok @DjaCollection