Jarang-jarang berkongsi wajah anak-anaknya yang masih kecil, penyanyi Datuk Jamal Abdullah menarik perhatian ramai apabila videonya yang sedang memarahi anak-anaknya tular baru-baru ini.
Mana tidaknya, keempat-empat anak Datuk Jamal dikatakan mandi di tempat lembu minum air sehingga membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada tujuh cahaya mata itu dilihat memarahi anak-anaknya kerana mandi di tempat kotor.
Pada video berdurasi 24 saat itu, anak-anak comel, Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani dilihat dalam keadaan gelisah malah ada yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
Ads
“Dah kena marah.
“Main lagi dekat tempat lembu minum.
“Sekali sekali Daddy dia marah, terdiam terus,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak keempat penyanyi berusia 66 tahun itu yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
Ads
@jamalabdillah_officialdah kena marah . main lagi tempat lembu minum.. sekali sekali daddy dia marah diam terusss …
Baru-baru ini tular tentang sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai snake plant. Mengapa secara tiba-tiba ia boleh jadi begitu popular sehingga ramai yang mencarinya? Snake plant yang juga dikenali sebagai pokok lidah mertua ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat sekiranya diletakkan di dalam rumah.
Menurut perkongsian dari Fidz, snake plant menyerap udara toksin serta mengurangkan habuk dalam rumah. Bahkan hal ini diiktiraf oleh NASA. Berikut disenaraikan kebaikan memelihara snake plant di dalam rumah:
“Rumah Kurang HABUK”- Ini Kelebihan Pokok ‘Snake Plant’ Yang Diiktiraf NASA
5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT
1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.
2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.
3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.
4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.
5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.
6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.
Pa&Ma kongsikan juga antara kebaikan lain tumbuhan ini:
1. Snake plant dapat membantu melegakan sakit kepala.
2. Tumbuhan ini juga dapat mengusir bau yang kurang enak. Bukan sahaja membantu menyerap bau, ia juga dapat mengharumkan sesuatu ruang seperti bilik mandi atau dapur.
3. Melihat tumbuhan ini selama beberapa minit dapat memberi ketenangan serta mengurangkan rasa stres.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencampakkan anaknya berusia setahun ke dalam longkang tahun lalu.
Tertuduh, Sharifah Norain Mohd Zali, 33 tahun membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, dihadapan hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan telah menyebabkan mangsa didedahkan dengan cara yang mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh turut didakwa telah mendedahkan mangsa sama kepada kecederaan dengan cara dia membawa mangsa bersama-sama melompat dari motosikal ke atas jalan raya.
Kesalahan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai tahun lalu.
Justeru, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Goh Chin Han merayu hukuman rendah memandangkan tertuduh mengalami kemurungan ketika kejadian kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun dalam hujahannya berkata, tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan.
Tertuduh juga sudah mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain apatah lagi mangsa baru berusia kurang dua tahun ketika kejadian.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mohd Sabri pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.
Anak penghantar makanan dapat anugerah peminjam buku terbanyak Selangor. Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai peminjam buku terbanyak di Selangor, selepas berjaya meminjam sebanyak 1,378 naskhah buku sepanjang tahun lalu.
Alif Zachary Mohd Arif, anak kepada seorang penghantar makanan, berkongsi bahawa kecintaannya terhadap buku telah menjadikan Perpustakaan Awam Selangor di Sungai Udang, Klang sebagai tempat kegemarannya sejak berusia enam tahun. Terletak hanya sekitar 30 meter dari rumah, perpustakaan itu dianggapnya sebagai ‘rumah kedua’.
“Saya mula membaca pelbagai jenis buku sejak kecil lagi dan hingga hari ini, saya masih kerap ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku kegemaran,” katanya semasa ditemui pada acara Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 yang berlangsung di Pustaka Tun Raja Uda.
Menurut Alif, rutin hariannya diisi dengan aktiviti membaca selepas pulang dari sekolah, sementara waktu malam pula dimanfaatkan untuk menyambung pembacaan selepas menyiapkan kerja sekolah.
ATAS PENCAPAIAN LUAR BIASANYA ITU, ALIF TELAH MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BERJUMLAH RM1,000 DALAM KATEGORI KANAK-KANAK.
Alif turut menyatakan aspirasi untuk menjadi seorang guru Sains pada masa hadapan, memandangkan minat mendalamnya terhadap bahan bacaan berunsur ilmiah.
“Saya lebih suka membaca buku fizikal kerana lebih mudah difahami dan memberi impak yang mendalam. Sebagai anak tunggal, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan buku berbanding aktiviti lain bersama rakan sebaya,” ujarnya.
Dalam kategori dewasa pula, Nik Hasrol Hafiz Hashim, 39, menerima penghargaan setelah meminjam sebanyak 674 naskhah bacaan sepanjang tahun. Beliau, seorang pengurus peruncitan di syarikat swasta, turut membawa pulang ganjaran wang tunai RM1,500.
Nik Hasrol menjadikan membaca sebagai amalan sekeluarga dan berkata, dia dan isterinya sentiasa menggalakkan anak-anak mereka yang masih kecil – berusia lima tahun dan dua tahun setengah – untuk turut mencintai buku.
“Kami tidak mempunyai televisyen di rumah dan penggunaan gajet juga sangat minimum. Daripada jumlah keseluruhan buku yang dipinjam, sebahagiannya adalah untuk anak-anak kami,” katanya.
Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung selama lima hari bermula 18 April itu merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Tahun ini menandakan penganjuran kali ke-12 program tersebut yang bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.