Sendawakan bayi ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa dan bayi susah disendawakan.
Ada segelintir tidak mempedulikan kepentingan sendawa pada bayi. Jangan culas untuk sendawakan bayi walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu. Biasanya bayi baru lahir akan mudah tertidur selepas penyusuan. Walaupun bayi tidur, anda perlu sendawa bayi setiap kali penyusuan iaitu secara terus daripada payudara, menggunakan botol atau minum dengan cawan kecil.
TUJUAN BAYI DISENDAWAKAN
a)ELAK KEMBUNG PERUT
Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.
Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.
b)BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak.
Ads
c)BAYI LEBIH CERIA DAN AKTIF
Bayangkan jika diri anda mengalami kembung perut dan sebu, tentu ia tidak menyeronokkan. Begitu juga keadaan si kecil jika tidak disendawakan. Mereka akan menangis, meragam dan tidak selesa. Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya.
4 CARA SENDAWAKAN BAYI
Untuk sendawakan bayi, adakalanya mama dan papa perlukan kesabaran. Ini kerana ada sesetengah bayi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan ‘udara’ yang terperangkap. Jadi anda perlu menggunakan beberapa teknik untuk sendawa bayi anda. Lakukan dengan kesabaran untuk semua teknik ini sehingga bayi anda sendawa.
Ads
1.SANDAR PADA BAHU
Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi. Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.
2.DUDUK
Bayi duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya. Dudukan bayi pada salah satu belah paha anda (kiri atau kanan)dengan membongkokkan sedikit badan bayi. Tahan dadanya dengan tangan anda. Hati-hati kerana mungkin ia akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang. Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.
Ads
3.MENIARAP
Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.
4.DUKUNG
Pelbagai posisi sudah dicuba tapi belum berjaya untuk buat bayi sendawa. Mungkin anda boleh dukung bayi dan rapatkan pada dada. Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari.
Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apa pun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.
Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk?
Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang.
Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.
Malah ramai juga ibu bapa yang bimbang bila bayi mereka menangis terlalu kuat sehingga timbul persoalan adakah ia normal?
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu ramai ibu bapa yang mengadu cemas apabila bayi kecil mereka menangis dengan kuat.‘Macam kena pukul’, ‘ Nangis macam sakit sangat ‘, ‘..sampai selak (hilang suara)..
Ibu ayah sekalian, bayi kecil memang di ciptakan untuk menangis sangat kuat. LAGI KUAT daripada bunyi motor, gergaji dan mesin rumput! Ya! Tak percaya? Carilah datanya sendiri.
Senang cakap, bayi kecil di cipta untuk menangis dengan kuat, cukup kuat ibarat kejutan elektrik ke saraf ibu bapa demi kelangsungan hidup mereka.
Menangis mesti cukup kuat untuk mendapatkan perhatian penjaga dengan segera dalam apa jua waktu dan situasi. Cukup kuat untuk penjaga merasa terganggu dan tiada pilihan selain bertindak mendatangi bayi, mencari jalan memenuhi keperluannya dan menghentikan tangisan mereka.
Maka tak perlu susah hati jika bayi anda menangis sangat kuat. Susah hatilah jika tangisan bayi anda lemah dan tak berdaya.
Bayi yang bersuara kuat bukan satu masalah, tapi ibu bapa yang tidak tahu cara tepat mententeramkan bayi itulah yang boleh bawa banyak masalah.
Sekejap dah tiga bulan usia si comel Ana Nayla. Ternyata kehadiran puteri sulung dalam hidup Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengubah kehidupan mereka sekeluarga. Dari hidup berdua sekarang dah bertiga, nampak kebahagiaan yang mereka kecapi hari ini.
Menurut Ayda Jebat, macam sekejap sangat masa berlalu. Rasa baru saja melahirkan anak sulung tapi pejam celik, pejam celik tiga bulan dah Ana Nayla dalam dakapan mereka. Cuma sekarang ini, agak keliru sikit untuk panggil anak sulungnya sama ada Ana atau Nayla. Setakat ini Ayda dan Nabil akui dia selesa memanggilnya Baby.
Bagaimanapun, rata-rata peminat pasangan ini mengesyorkan mereka memanggil dengan nama penuh sebab nama pun tak panjang dan maksudnya elok.
After few days Baby study, finally dapat sebut 1 animal! Giraffe! Hope Mommy and Daddy Bil consider bawak Baby pergi holiday anniversary la eh eh aaaa… janji tak kacau. Purlisssh…
Ayda menyatakan, rutin setiap pagi Ana Nayla adalah memperkenalkannya perkataan baru secara bergambar. Sama ada dia atau Nabil akan membacakan buku cerita sambil melayan keletah comel Ana Nayla. Kiranya ni bonding time.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang melihat sikap Ana Nayla ini seperti mommynya kerana sentiasa nampak ceria sepanjang masa dan mula nak bercakap dan menegur orang.
Gaya Ana Nayla menegur daddynya seolah-olah macam budak dah besar. Renungan matanya yang bulat itu, memang tak lepaslah daddy dan mommy nak gomol setiap hari.
Kredit: IG Ayda Jebat; Ana Nayla Official
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu tak yang sebenarnya kita boleh ukur tahap kepintaran dan IQ anak sejak mereka bayi lagi. Tak perlu tunggu sampai anak masuk alam persekolahan. Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik, tahap kepintaran dan IQ anak boleh diukur melalui berat badan bayi.
Menurut kajian tersebut, pertambahan berat badan bayi pada bulan pertama kehidupannya boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan IQ si kecil.
Dikatakan bayi yang mempunyai lebih berat badan dan ukuran kepala yang membesar dengan cepat pada bulan pertama kelahirannya ternyata cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi apabila mula bersekolah nanti.
Para penyelidik dari University of Adelaide, Australia melakukan kajian tersebut ke atas 13,800 orang bayi yang baru lahir. Penyelidik tersebut mendapati bahawa bayi yang mempunyai berat badan bertambah kira-kira 40 peratus dari berat lahir mereka dalam tempoh masa empat minggu pertama, mempunyai ukuran 1.5 poin IQ lebih tinggi apabila dibandingkan dengan anak yang beratnya hanya bertambah kira-kira 15 peratus sahaja.
Anak-anak yang mengalami pertumbuhan paling besar pada ukur lilit kepala juga ternyata mempunyai IQ paling tinggi ketika umurnya masuk 6 tahun.
Pertumbuhan Otak Anak Lebih Pantas
Menurut Dr Lisa Smithers yang merupakan penulis utama dalam penyelidikan tersebut seperti mana dipetik oleh Daily Mail, ukur lilit kepala adalah salah satu petunjuk dari jumlah isipadu otak sehingga peningkatannya yang lebih besar pada bahagian ukur lilit bayi yang baru lahir menunjukkan berlakunya pertumbuhan otak anak lebih pantas.
Lisa juga menjelaskan bahawa secara keseluruhan, bayi yang berkembang pesat pertumbuhannya pada empat minggu pertama terbukti mempunyai skor IQ yang lebih tinggi di masa depan. Sedangkan anak yang mempunyai berat badan lebih cepat bertambah ternyata mempunyai IQ verbal yang lebih tinggi bila umurnya genap 6 tahun.
Menurut beliau, perkara ini mungkin terjadi kerana struktur saraf bagi IQ verbal berkembang sebelumnya di dalam hidup, yang bermakna kenaikan berat badan yang cukup pantas dapat mempunyai kelebihan kongnitif secara langsung pada anak.
Diharap dengan adanya kajian yang dilakukan mengenai ciri anak pintar dan IQ tinggi sejak bayi, ibu ayah akan lebih faham tentang perkembangan si kecil.
Namun demikian jangan berputus asa sekiranya bayi anda mempunyai berat badan yang perlahan pertambahannya atau ukur lilit kepala yang kecil kerana masih ada banyak lagi ciri lain (tiada kaitan dengan fizikal anak tetapi lebih kepada ciri psikologi) yang patut dijadikan penilaian.
Bahkan sebenarnya ada juga cara yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk merangsang anak bijak dan cerdas sejak bayi lagi. Lagipun itu sekadar penemuan satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik sahaja.
Sumber: Daily Mail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.