Duit raya memang sinonim dengan hari perayaan. Ianya sebagai simbol kita untuk mengembirakan hati penerima terutama kanak-kanak. Jumlahnya bukanlah ukuran kerana asas utamanya adalah hadiah dan sedekah dan pemberian duit raya bukanlah sesuatu yang diwajibkan. 

Jangan Ajar Anak Meminta-Minta Duit Raya & Jangan Buka Sampul Depan Orang!

Tolong ubah niat kita bagi duit raya!!

Saya takut cara pemberian kita tu jadi salah kerana ia boleh jatuh “tasyabbuh” ( meniru ) dengan budaya beri ang pow masyarakat cina.

Menurut pejabat mufti wilayah persekutuan jika niat memberi duit raya tu sebagai satu sedekah ia tak menjadi masalah.

Jangan Ajar Anak Meminta-Minta Duit Raya & Jangan Buka Sampul Depan Orang!

Malah banyak manfaat pada si pemberi sedekah dapat jika bersedekah di pagi raya. Antaranya:

1 – Sedekah kepada mak ayah akan mendapat tiga ganjaran besar antaranya amalan birrul walidain ( berbakti kepada mak ayah ), menjaga silaturrahim dan pahala sedekah.

IKLAN

2 – Amalan bersedekah sesama saudara mara, kaum kerabat dan kawan-kawan dapat menjaga silaturrahim serta mendapat pahala sedekah.

Duit boleh di cari tapi silaturrahim yang ada ni mustahil boleh di tukar ganti.

Dengan syarat:

1 – Memberi duit raya tak salah asalkan tidak sampai memaksa diri ( takalluf ) untuk memberi dengan jumlah yang besar, luar dari kemampuan.

2 – Mereka yang menerima pemberian “duit raya” ni tak boleh merungut walau berapa pun jumlahnya. Sebaliknya perlu bersyukur dan mendoakan kebaikan pada si pemberi.

IKLAN

3 – Sebaiknya utamakan memberi “duit raya” kepada golongan fakir, miskin, dan golongan asnaf yang lebih memerlukan. Sedekah wajib bagi golongan asnaf ialah zakat. Oleh itu, sedekah sunat patut di dahulukan kepada mereka.

4 – Elakkan mengungkit terhadap pemberian atau penerimaan duit raya sebagai contoh, “Aku bagi anak dia duit raya RM50, dia bagi anak aku RM5 je”. Tak ikhlas namanya ni!

5 – Jangan sesekali riak kerana beri duit raya besar dan jangan sesekali herdik mereka yang tak mampu beri.

Sambutan hari raya adalah hari kemenangan kita yang telah berjaya menahan lapar dahaga, serta berjaya menjinakkan hawa nafsu sepanjang bulan ramadan ini.

Semua umat islam layak menyambut hari raya ini. Baik yang miskin, kaya, tua, muda dan sebagainya.

Oleh itu, jangan sesekali kita mengukur tahap keikhlasan seseorang daripada “jumlah” duit raya yang di beri kerana setiap orang ada kemampuan berbeza.

IKLAN

Jangan ajar anak meminta-minta duit raya, tapi kalau di beri salam tangan dan ucap terima kasih.

Hari raya adalah tentang saling memaafkan, mengeratkan silaturrahim, budaya kunjung mengunjung, berkongsi kegembiraan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Saya rasa ini yang lebih penting!

Wallahu A’lam,

p/s : Bantu saya kongsikan post ini pada lebih ramai orang juga ya supaya lebih ramai dapat membetulkan niat memberi duit raya ni.

Sumber: Mohd Fhais

Jangan Ajar Anak Meminta-Minta Duit Raya & Jangan Buka Sampul Depan Orang!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI