Sepanjang enam bulan usia Si Manja, mereka hanya diberikan susu ibu atau susu formula sebagai makanan. Menjangkau bulan keenam, Si Manja sudah mula bersedia untuk mencuba makanan pejal pertama mereka. Sebagai ibu, anda harus peka dengan selera Si Manja.

Pastikan juga setiap makanan diperkenalkan mengikut jadual supaya kita dapat mengesan sekiranya bayi mengalami alahan. Setiap makanan yang disediakan untuk Si Manja mestilah berkhasiat dan sesuai dengan tumbesarannya.

Waktu Paling Sesuai Si Manja Makan?

Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada Si Manja apabila usianya mencecah enam bulan. Sebelum tempoh itu, penyusuan sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan nutrien dan kalori yang diperlukan Si Manja. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan Si Manja belum cukup matang dan boleh terjejas sekiranya diberi makan sebelum waktu yang sesuai.

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Bagaimana Ibu Mahu Tahu Si Manja Sudah Sedia Makan?

Ketika Si Manja semakin menginjak enam bulan, ibu boleh mengenal pasti beberapa tanda ini yang menunjukkan kesediaannya untuk makan. Apabila Si Manja sudah dapat mengawal gerakan kepalanya dalam keadaan tegak tanpa bantuan orang dewasa, bermakna mereka sudah sedia untuk makan. Si Manja yang sudah dapat duduk dengan tegap juga menunjukkan mereka sudah boleh makan.

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Ketika Si Manja mengunyah atau menggumam makanan dalam mulut, perhatikan air liurnya. Jika tiada atau hanya sedikit air liur yang keluar, bermakna bayi sudah sedia untuk makan makanan pejal. Antara tanda lain yang menunjukkan Si Manja sudah bersedia untuk makan adalah mereka mula memasukkan tangan ke dalam mulut dan menggumamnya serta makin tertarik dengan hidangan makanan.

IKLAN

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Walaupun sudah diberi susu, seleranya masih ada. Si Manja juga tidak menolak ketika anda menyuapkan makanan kepadanya. Sekiranya anda sedang makan dan Si Manja menangis sambil menghulurkan tangannya untuk mencapai makanan itu, ini juga merupakan salah satu petunjuk yang memberitahu bahawa Si Manja sudah bersedia untuk makan.

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Waktu pengenalan makanan pejal pertama pada Si Manja bergantung kepada anda dan keperluan mereka. Jika Si Manja anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.

IKLAN
Jenis Makanan Untuk Anak

Kebanyakan ibu merasa teruja dan bersemangat untuk menyediakan makanan untuk Si Manja ketika mereka sudah bersedia untuk makan. Antara makanan yang akan disediakan oleh para ibu adalah seperti puri buah atau sayur, bubur atau memberi mereka makan biskut jejari khas untuk Si Manja.

Sebagai langkah persediaan untuk memasak makanan untuk Si Manja, anda boleh cari pelbagai jenis resipi makanan bayi di internet. Selain itu, ibu juga boleh menyertai komuniti memasak untuk makanan Si Manja di media sosial. Untuk menyediakan makanan Si Manja, pilihlah bahan yang segar dan berkualiti.

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Dengan menyediakan sendiri makanan Si Manja, ibu dapat memastikan tahap kebersihan serta mengawal rasa makanan tersebut.

IKLAN
CERELAC® Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

Pasti anda pernah mendengar tentang CERELAC® bukan? CERELAC® merupakan salah satu pilihan makanan pejal pertama untuk bayi selain yang disediakan sendiri oleh ibu. CERELAC® diperbuat daripada bijirin gred bayi Nestlé® dimana bahan-bahan dipilih berdasarkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan bayi yang ketat. Bijirin bayi CERELAC® penuh khasiat dengan kandungan nutrien penting seperti protein, DHA, zat besi, kalsium dan probiotik. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 12 vitamin dan mineral yang membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan Si Manja.

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak. Pastikan Hanya Bahan Berkualiti Dalam Menu

Salah satu fakta menarik tentang CERELAC® adalah satu hidangan bijirin bayi CERELAC® Beras dengan Susu (50gm) bersama sebiji pisang membekalkan 50 peratus zat besi dan protein yang disyorkan untuk Si Manja berumur 6-11 bulan (Rujukan:www.startwell.nestle.com.my). Lebih menarik lagi, produk ini juga mempunyai tiga tahap berbeza yang sesuai dengan usia anak.

Terdapat pelbagai varian produk CERELAC®  bermula untuk Si Manja berusia 6, 8 dan 12 bulan mengikut perkembangan usia mereka. Selain bijirin bayi CERELAC®, para ibu boleh mencuba snek yang sesuai bagi Si Manja umur 12 bulan keatas dari rangkaian CERELAC® NutriPuffs® atau CERELAC® NutriBitesTM.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Nestlé® CERELAC®, layari: http://bit.ly/37AkqXT

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI