Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, Consultant Paediatrician and Technical Committee Chairman of Immunise4Life melalui temuramah secara dalam talian “Making Flu Prevention My New Normal” National Pledge Campaign, Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.

Jangan Bagi Orang Cium Anak! Bahaya Virus Influenza Boleh Sebabkan Kematian

Simptom jangkitan influenza, seperti:

-Demam panas
-Kesakitan sendi dan otot
-Rasa keletihan yang kronik
-Sesak nafas
-Selesema atau hidung tersumbat
-Sakit kepala

Vaksin untuk bayi bawah 6 bulan?

IKLAN

Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail “Tiada vaksin untuk bayi dibawah umur 6 bulan. Bagi mengelakkan bayi terkena jangkitan influenza pastikan anak anda tidak dicium oleh orang yang bergejala dan pastikan anda menjaga kebersihan dan ‘protect’ bayi anda kerana daya imunisasi mereka masih lemah.”

Suntikan setiap tahun

Mungkin ada diantara anda atau anak sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?

Jangan Bagi Orang Cium Anak! Bahaya Virus Influenza Boleh Sebabkan Kematian

IKLAN

Kematian

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia.

Wabak itu juga amat aktif pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Ia juga mudah tersebar di kawasan beriklim sederhana.

Jika diamati, laporan tahun penularan wabak berkenaan oleh WHO agak menakutkan. Dianggarkan tiga hingga lima juta kes dalam kategori sakit teruk yang mana 250,000 ke 500,000 kes melibatkan kematian.

IKLAN

Di negara perindustrian misalnya, kebanyakan kes kematian berkaitan dengan influenza sering direkodkan oleh golongan dewasa berumur 65 tahun ke atas.

Kajian juga menunjukkan, kira-kira 99 peratus kes kematian dalam kalangan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berumur di bawah umur lima tahun.

Melihat data WHO berkenaan, wajarlah kita semua berasa bimbang dengan situasi penyakit semasa itu.

Pun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap demam, batuk dan selesema merupakan satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil. Cukupkah sekadar memberi si kecil ubat demam secara berterusan? Adakah pendekatan itu tepat? Atau kita dalam kategori ‘tunggu dan lihat’ meskipun anak sudah lebih seminggu demam? Jika ya, anda perlu segera mengubah sikap itu.

Sertailah ikrar ‘Cegah Flu, Norma Baharu’ sebagai tanda ingin melindungi diri masing-masing dan orang tersayang daripada influenza hanya dengan satu klik www.actoflove.ifl.my. Para selebriti seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Alyssa Dezek, Dr Say Shazril, Betty Rahmad dan Dr Halina Mohd Yunos turut bersama berikrar untuk mencegah flu; jom ikrar bersama!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI