Trend bawa anak secara menghadap ke hadapan menggunakan pengendong bayi bukanlah baru. Ramai yang memilih cara ini kerana ia lebih mudah untuk anak melihat keadaan sekeliling.
Cuma yang menjadi persoalannya, masih ramai lagi ibu bapa tak mengetahui kesannya pada anak jika anak itu masih kecil dengan keadaan kepala dan lehernya yang masih belum kuat.
Ini pendapat Dr Say Shazril mengenai bawa anak secara menghadap ke depan.Sy cukup suka palingkan Ace ke depan supaya dia dapat tengok dunia tapi bini sy cukup tak suka. Bila baca-baca bijak upanyra biniku. Anda hanya boleh palingkan anak anda ke hadapan HANYA JIKA dia boleh mengawal kepala & lehernya dengan baik. Macam mana nak tau?
Ads
Simple, semasa anda sedang carry dia cuba bengkokkan badan anda ke kiri & ke kanan. Sekiranya kepalanya lentok ikut pergerakan anda that means dia tak bersedia untuk front facing lagi. Selalunya by 6 bulan tapi bergantung kepada perkembangan motornya.
Baiklah, kenapa palingkan baby ke hadapan tak bagus? Pertamanya, it’s BAD FOR YOUR SPINE. Perasan dak bila palingkan dia ke depan laju ja belakang kita lenguh? Ini disebabkan bebanan daripada berat bayi itu lebih jauh ke hadapan maka untuk compensate lebihan bebanan ini, tulang belakang kita kena bengkok lebih (hyperextend) & ini memberi tekanan yang lebih di tulang belakang kita. Sebab tu once dah rasa lenguh, kita diharuskan memalingkan bayi menghadap kita. Tulang belakang nak guna lama peeps.
Kedua, palingkan ke hadapan is BAD FOR YOUR BABY’S SPINE. Tulang belakang kita bentuknya ibarat huruf “S”. Cuba bayangkan jika perut kita boyot & kita letakkan bayi kita menghadap depan, semestinya perut kita akan overextend tulang belakang dia & bukan sahaja tulang belakangnya yg akan menampung berat badannya malah segala hentakan daripada langkah kita akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya.
Ads
Ads
“Jadi tak elok langsung la ni paling ke hadapan doc?”. Bagi sy jawapannya BERGANTUNG. Bila sy palingkan Ace ke hadapan cukup happy dia tergedik2 manja. Tapi bila dia bising & grumpy mungkin daripada overstimulation & mungkin belakangnya lenguh, sy & bini tau yg it is time tuk palingkan dia menghadap kami. Its all about your parenting instinct. Paling penting, JANGAN SESEKALI BIARKAN BABY ANDA TIDUR SAMBIL PALING KE HADAPAN kerana boleh menyekat saluran pernafasan mereka
Mesti ada ibu yang tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk beli pam susu kan. Sebenarnya waktu yang sesuai ialah bergantung pada keadaan dan keperluan si ibu.
Mommies tidak perlu terburu-buru membeli pam semasa awal kelahiran. Dapatkan sebanyak info yang boleh sebelum membeli pam susu untuk mengelakkan pembaziran.
Sekiranya melahirkan bayi pramatang yang memerlukan mommies memerah susu secara berkala pada awal kelahiran, mungkin pam perlu dibeli sejurus selepas kelahiran. Sekiranya mommies perlu membuat stok susu sebelum kembali bekerja, keperluan menggunakan pam susu hanya bermula pada seawal 4 minggu selepas kelahiran sahaja.
Ini kerana sebulan pertama kelahiran adalah tempoh bagi mommies berlatih dan menyusukan bayi pada payudara tanpa had.
Penggunaan pam pada awal kelahiran juga kadang kala membawa kesan yang kurang diingini. Ia dapat menurunkan keyakinan ibu kerana tidak banyak susu dapat dikeluarkan dari payudara.
Kalau mommies berasa perlu membeli pam susu semasa hamil, pastikan ia tidak menjadi faktor penghalang penyusuan susu ibu pada payudara semasa tempoh berpantang.
Pam susu cuma alat membantu penyusuan susu ibu dalam keadaan-keadaan tertentu. Ia bukannya satu-satunya faktor kejayaan bagi terus menyusukan anak.
Kuantiti susu yang dikeluarkan melalui pam tidak menggambarkan jumlah susu yang berada di dalam payudara.
Ada mommies yang terlalu fokus memerah susu hingga terlupa penyusuan susu ibu pada payudara yang sepatutnya lebih diutamakan.
Pada awal kelahiran, pemerahan susu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Malah lebih baik menggunakan tangan kerana ia lebih efektif terutama bagi mengeluarkan kolostrum dan susu pada hari-hari awal kelahiran.
Jadi mommies kena gunakan pam susu sebaiknya. Elakkan ia menjadi senjata yang memakan tuan dan mensabotaj matlamat utama penyusuan susu ibu.
Jangan disebabkan teknik penggunaan pam yang tak betul, terus mommies ingat tak ada susu dan tak boleh nak menyusukan bayi. Walhal punca masalahnya mommies salah pilih pam atau mommies tak serasi dengan pam tersebut.
Penyusuan susu ibu bukan bermakna pemberian susu ibu semata-mata, tetapi hubungan kasih sayang unik atau ‘bonding’ antara ibu dan anak yang banyak berlaku pada payudara.
Allahuakbar! Hanya doa untuk adik Ainul Mardhiah semoga terus kuat dan diharapkan Allah mempermudahkan urusannya. Tak sanggup rasanya lihat kesakitan yang ditanggung oleh bayi sekecil ini yang masih belum tahu apa-apa.
Menitik air mata baca kisah yang dikongsikan oleh ayah adik Ainul, Ahmad Safiuddin yang sangat cekal dan begitu kuat menerima takdir Allah. Berikut antara luahan hati seorang ayah mengenai perjalanan kisah Ainul seawal lahir hingga sekarang.
Lahir Ketika Usia 31 Minggu
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat.
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi.
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya.
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Ada Ketumbuhan Dalam Mulut
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul!
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
Ainul Tiada Lelangit
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengam batu!
Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Mula Rawatan Kemoterapi
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan.
Tidak Boleh Lakukan Pembedahan
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul?
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul.
Mohon Doakan Ainul Kuat
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada Ainul.
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Beginilah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital.
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye.
Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini.
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yanh sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih.
Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah SWT sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!
Pasangan Instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal akhirnya telah selamat menimang cahaya mata perempuan. Kedatangan puteri yang dinanti-nantikan ini sebagai pelengkap rumah tangga mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di instagramnya, dia berkongsi beberapa keping gambarnya memangku bayi perempuan dengan senyuman. Ternyata nampak kepuasan diwajahnya setelah bergelar seorang ibu selepas melalui pengalaman sakit bersalin.
Maryam turut mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan bersalinnya. Keadaan bayi dan ibu pun berada dalam keadaan baik serta sihat.
Sementara itu, di entri instagram Ryzal keterujaannya bergelar bapa benar-benar satu pengalaman baru buatnya. Masih lagi tak percaya dapat memeluk dan memegang jari bayi yang selama ini ditunggu-tunggu.
Gabungan dua nama, Rizal dan Narae
Bahkan Ryzal juga turut mengumumkan nama bayi perempuannya itu dengan gabungan nama Rizal dan Narae.
Assalamualaikum warahmatullah.
Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.
Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak.
Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka menetap di Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.
Selepas Maryam dan Ryzal mengumumkan kehamilannya pada April lalu, peminat Maryam tidak sabar untuk menantikan kehadiran Maryam Junior apabila mereka turut memberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, kegigihan Maryam menyiapkan pakaian anak perempuannya itu dengan menjahit sendiri sehingga jam 4 pagi mendapat pujian ramai kerana kerajinannya.
Kredit: IG maryamyunrrr; IG ryzalibrhm
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!