Sama-sama susah, sama-sama senang. Itu prinsip yang dipegang Siti Sarah dalam memastikan hubungan rumah tangganya sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Rezeki yang diberikan adalah ujian untuk pasangan suami isteri itu menguruskan sebaik mungkin.
Menerusi perkongsian Siti Sarah di instagramnya dia telah memuat naik satu video dengan kapsyen yang sangat bermanfaat iaitu tip buat pasangan suami isteri supaya dilimpahkan rezeki.
Bagi Sarah, sekiranya ada rezeki lebih suami tidak sepatutnya bersikap kedekut terutama kepada ibunya sendiri, tak berkira dengan isteri dan memperbanyakkan sedekah jariah.
Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yang tak pernah kami duga, Alhamdulillah!.
Ads
Antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah suami kena banyak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu! Ibu yang melahirkan awak. Kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu.
Jangan kedekut dengan isteri. Isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas. Tapi isteri pun janganlah ambil kesempatan pada suami.
Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.
Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama. Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.
Tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.
Ads
Sarah juga akui, rezeki yang tak dijangka ini juga boleh datang dengan pelbagai cara asalkan niat kita betul dan tak berkira untuk membiat kebaikan.
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Sarah dan mereka juga percaya rumah tangga akan terus bahagia jika dua-dua tahu peranan dan tidak ada sikap berkira dalam menempuhi alam perkahwinan.
Sumber: ig Siti Sarah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah.
Para ayah tahu ke tak? Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya.
Inilah hakikat! Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya, Maka:
1. Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.
2. Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.
Bila dah berumah tangga ramai yang bertanya macam mana nak murah rezeki?
Sebelum ini ada yang kata tak perlu nak berkira dengan anak dan isteri. Ada juga yang kongsikan selagi kita beri rezeki pada ibu bapa, lagi banyak rezeki Allah kembalikan semula.
Jika diikutkan banyak kelebihannya jika kita manfaatkan rezeki yang kita peroleh demi untuk keluarga dan ibu bapa.
Perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad, beliau juga ada nyatakan suami yang nak rezekinya murah walaupun gaji tak besar dan mampu memberi kebahagiaan pada isteri, anak wajar memastikan amalan ini dilakukan setiap hari.
Nampak macam biasa tapi kesannya sangat luar biasa!
Semasa dengar kuliah maghrib beberapa hari lepas, Ustaz tersebut berpesan kepada kami semua, ayatnya begini:
“Wahai suami-suami, kalau nak murah rezeki, buat ini:
Mana rezeki yang telah terhidang, santuni rezeki itu sebaik-baiknya.
Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa.
Waktu pagi ada masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah perbuatan baik menjemput rezeki masuk.
Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.
Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki.”
Kisah ini hanyalah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook. Yang baik kita boleh ambil dan jadikan pengajaran buat kita dan keluarga kita.
“Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati” – Nasihat mak mentua pada saya yang buat saya terharu.
Saya saja mahu berkongsi cerita ini . Sebelum ini saya berstatus janda anak dua. Dulu, saya pernah berkahwin dan bercerai kerana berpunca daripada mentua. Bekas suami saya bongsu. Dari cerita zaman dia bujang, memang cukup perhatian dari mak dia. Apa yang dia mahukan, kalau bapa dia tidak berikan, mak dia yang akan usahakan kemahuan dia.
Bermulalah cerita kami baru berkahwin. Mak dia jatuh sakit yang tidak boleh mahu buat apa-apa. Suami saya minta saya berhenti bekerja dan jaga mak dia. Pada mulanya, saya tidak mahu disebabkan saya ada komitmen dan hutang bank.
Disebabkan menantu lain tidak mahu mengalah, saya beralah juga sebab menantu baru kan? Saya jaga sampailah mak mentua saya dapat bangun macam sebelum ini.
Dipendekkan cerita, bila dia sudah sihat, dia seolah-olah lupa jasa saya. Dia banyak melebihkan menantu yang sorang lagi sebab menantu itu selalu belikan dia beg tangan, ajak berjalan, pergi karaoke.
Saya ini pula, memang tidak pernah belikan apa-apa sebab saya tidak bekerja dan suami yang menanggung segala komitmen saya. Banyak benda lagilah yang mak mentua buat kepada saya.
Tetapi saya tidak pernah bermasam muka dan luahkan pada siapa-siapa pun sebab saya tiada kawan yang terdekat. Zaman itu belum wujud lagi Whatsapp. Jadi kredit telefon agak terhad untuk hubungi kawan-kawan.
Satu hari itu, saya ke kampung mentua saya. Masa saya lalu depan bilik dia, saya terdengar perbualan dalam telefon antara dia dengan anak dia yang mana ntah. Ayat yang dapat dengar jelas adalah,
“Ada tu, haa tengah tengok TV. Dah tahu hutang banyak, Tidak mahu bekerja. Malas nak belikan mak apa-apa. Nanti makin minta-minta pula;”
Dari situlah, bermulanya dendam saya membuak-buak pada mentua. Daripada saya tidak terfikir apa-apa pasal mak mentua saya selama ini, walaupun saya ada terasa, sejak terdengar macam itu, saya terus terasa benci sangat-sangat.
Saya mahu sambung kerja lepas mak mentua sihat, tetapi suami tidak izinkan dan suruh saya jaga anak saja. Sejak kejadian itulah, saya dan suami kerap bergaduh walaupun benda itu kecil saja. Makin lama, suami pun tidak tahan dengan sikap saya, dia terlepas cakap yang macam-macam.
Yang dia terlepas cakap itu semua hasutan daripada mak dia dengan rasa terlalu marah macam kena rasuk syaitan, saya bertekak sehabisnya dengan suami sampailah dia tumbuk muka saya dan lafazkan talak ketika saya mengandung anak kedua pada usia 3 bulan.
Selama tiga tahun hidup menjanda, keinginan mahu bersuami itu ada, tetapi saya tidak mahu yang ada mak. Rata-rata lelaki yang saya kenal semuanya masih mempunyai emak lagi. Rasa fobia punya pasal, saya sanggup putuskan perkenalan walaupun saya sudah suka sangat dengan lelaki itu. Tidak putus-putus saya berdoa aga dapat jodoh yang saya mahukan.
Jarak Menantu dan Mak Mentua
Maka saya kenal dengan suami baru saya ini dan tahu dia masih ada mak lagi. Tetapi tidak tahulah kenapa perasaan saya kuat mahu kenal dengan suami sekarang. Dipendekkan cerita, kami berkahwin dan suami jarakkan saya dengan mak dia sebab tidak mahu beri rasa fobia saya itu muncul kembali.
Hampir setahun suami tidak bawa balik ke rumah mentua dan mentua pun tidak pernah datang ke rumah kami. Kami hanya berhubung menerusi telefon saja. Akhirnya, saya sendiri yang ajak mentua datang ke rumah kami yang kebetulan dia ada di rumah anak dia yang lain yang terletak berdekatan dengan rumah kami.
Seminggu saja mentua saya ada di rumah kami. Mungkin tidak berasa selesa dengan saya kot. Ye lah, saya layan pun ala kadar sebab saya takut mahu berbaik-baik dengan mak mentua ini. Malam terakhir dia tinggal di rumah kami, suami tiada di rumah. Jadi tinggal kami berdua.
Mak mentua mulakanlah cerita kisah-kisah lama dia sampailah kisah dia dibenci dengan mak mentua. Cerita dia lebih kurang sama dengan saya, cuma bezanya dia tidak bercerai. Jadi dari situ saya mula selesa dengan dia dan saya bercerita dengan dia kisah silam saya. Rupanya, mak mentua saya sudah tahu sikit-sikit cerita saya, sebab itu dia tidak terasa apa yang saya buat pada dia. Dia bagi saya ruang untuk hilangkan rasa fobia dia.
Allah, malam itu, kami sama-sama berlinangan air mata dan kenangkan kisah lama dan dosa saya pada dia. Dia cuma berpesan pada saya;
Bila tua nanti dan ada menantu, jangan buat menantu terasa hati.. Sebab nanti kita pon akan terasa hati ngan sikap menantu.. Jangankan kata menantu, anak kita sendiri pun ada buat kita terasa kan?
Lagi pulak anak sendiri ada tinggi suara dengan kita kadang-kadang sebab memberontak.. Kalau sudah mula rasa terasa hati dengan menantu, cepat-cepat jauhkan jarak supaya yang busuk itu tidak jadi lebih busuk. Mak cukup takut nak buat menantu terasa sebab mak sudah lalui.
Sejak dari hari itulah, saya dengan mak mertua saya jadi cukup rapat. Alhamdulillah atas ujian yg Allah bagi pada saya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!