Isteri adalah lubuk rezeki kita. Jangan sekali-kali berkira kerana merekalah rezeki seorang suami makin berkat dan melimpah ruah. Inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor influencer, Dr Say menerusi instagram miliknya.

Sebelum ini, beliau pernah berkongsi membelikan sebuah hadiah berupa Ipad Mini buat isterinya. Walaupun pada mulanya isteri kesayangan Dr Say, Dr Azura Abas ini menginginkan hadiah berupa barang kemas, namun demi memberi kelancaran pengajian isterinya, Dr Say memilih menghadiahkan Ipad dan bukannya barang kemas seperti yang diidamkan isterinya. Namun melalui entri terbarunya, Dr Say terpaksa akur dengan kehendak isterinya.

“Jangan Berkira Dengan Isteri, Mereka Lubuk Rezeki Kita” Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman!

“Hari tu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?”. Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni”.

Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.

Saya tanya dia “u beli mane ni?”. Dia reply “owh i kirim kat staf-staf klinik i diorang tolong belikan”. Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya. Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.

“Jangan Berkira Dengan Isteri, Mereka Lubuk Rezeki Kita” Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman!

IKLAN

Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan, ” katanya lagi yang turut menghadiahkan barangan kemas buat ibu mentuanya.

Wow! Bukan sahaja isteri malah doktor kesayangan ramai ini juga turut menghadiahkan ibu mentuanya. Semoga rezeki bapa kepada Ace ini semakin melimpah ruah.

Jangan Berkira Dengan Isteri
Malah beliau juga mengingatkan para suami bahawa kejayaan seorang suami bukanlah kejayaan diri mereka sendiri sebaliknya kejayaan itu didorong kuat oleh isteri tercinta yang memberi semangat dan sokongan tanpa henti. Begitu juga diiringi doa isteri yang tidak pernah putus-putus buat suaminya.

Maka janganlah berkira dengan isteri. Begitu kongsi Dr Say panjang lebar. Biar pun emas bukan segala-galanya, namun menggembirakan hati isteri sudah cukup buat hati isteri berbunga riang.

Artikel Berkaitan: “Saya Tahu Dia Tak Pakai Emas Tolak Permintaan Isteri Mahu Barang Emas-Dr Say Punya Alasan Sendiri!

IKLAN

Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita. Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang?

“Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan,” katanya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

Topik : Coco Melon Untuk Bini & Mak Mertua Aritu sy cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yg reply “awat tak beli dua2 tuk bini?”. Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni”. Baru2 ni sy ternampak bini sy pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman sy bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini sy mengidamkan emas kuning tapi sy terlalu dungu untuk perasan kehendaknya. Sy tanya dia “u beli mane ni?”. Die reply “owh i kirim kat staf2 klinik i diorg tolong belikan”. Lagi menangis dalaman sy peeps. Kiranya sy gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri sy. Sy ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua sy ajak bini untuk tengok2 emas, maka sy gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yg selama ini sy abaikan. Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, sy rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yg bukan sahaja bini sy idamkan, malah mak mertua sy idamkan. Sy racun bini dah tuk try sek sek coco, dia cakap “tebal sangat, tak sesuai dengan i sekarang”, gulppp terduduk sy dengar perkataan “SEKARANG” tu kerana daku bakal ikat perut makan koko krunch pabila masa bini untuk ber-coco tiba haha. Prinsip yg sy selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita. Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang? Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yg mereka mahukan & bukannya apa yg kita fikir mereka mahukan.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

IKLAN

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

“Jangan Berkira Dengan Isteri, Mereka Lubuk Rezeki Kita” Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman!

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

“Jangan Berkira Dengan Isteri, Mereka Lubuk Rezeki Kita” Dr Say Hadiahkan Isteri Barang Kemas Idaman!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI