Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain. Anak kita baik tu kadang nasib je. Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak-kanak yang temperament kategori “mudah”.
Temperament ni adalah gaya tingkah laku ( behavioral style ) bayi itu sejak dilahirkan.
Semalam masa melawat aisy rizqi di hospital saya terdengar ada 2 orang mak mak ni mengumpat.
“Budak sebelah ni, sejak dia masuk anak kita tak boleh tidur. Asyik nak menjerit, melompat atas katil. Mak dia tak geti jaga anak rasanya.”
Wahai mak mak yang ada anak baik macam malaikat. Tahu tak dalam dunia ni ada 10 peratus kanak-kanak yang temperament mereka memang dalam kategori “susah”.
Ads
Anak-anak ni memang dilahirkan untuk jadi LASAK, DEGIL & NAKAL !
Ya! 10 peratus ni la serba serbi susah kalau nak mendidik. Kita jerit nak runtuh rumah pun dia tetap tak mahu dengar, tak geti duduk diam, kalau boleh satu dunia dia nak teroka.
Sebab itulah ilmu parenting tinggi sahaja tak cukup kalau nak mendidik anak yang cergas ni. Kesabaran, daya tahan dan kreativiti mak ayah pun kena tinggi juga.
Ads
Sebab anak ini ada tenaga yang sangat besar! Boleh mengegar dunia satu hari nanti jika kena dengan didikan dan asuhan.
Ini fakta! Hampir 99 peratus orang berjaya di dunia adalah dari temperament susah ni tau. Banggalah siapa di anugerahkan anak istimewa ini.
Ads
Jadi mak ayah sekalian, kalau anak kita baik, dengar cakap, sekali jeling je dah takut tak usahlah nak berlagak sangat sebab kita tak kena lagi macam mana uruskan anak yang sangat susah ni. Anak yang tak makan saman ni, mata terkeluar pun diorang tak akan takut.
Anak baik tu alhamdulillah tapi kalau anak kurang baik tu masyaAllah banyak kelebihan mereka kalau mak ayah pandai teroka.
p/s : Ramai lagi mak ayah yang tak tahu ni, sampaikan pada mereka ya supaya mereka pun dapat info ni.
Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim mengakui keputusannya membawa anaknya, Emery yang menghidap autisme untuk menerima pendidikan terbaik di Eropah adalah tindakan yang tepat.
Menurut Edry, 41, keputusan itu diambil selepas pihak sekolah anaknya dikatakan tidak mampu untuk mengajarnya lagi akibat masalah yang dihadapi.
“Ini soal anak saya, jadi tiada apa yang keterlaluan.
“Pihak sekolah Emery sekarang sudah bertanya kepada isteri saya, Milia Mohammed bila mahu keluarkan anak saya dari situ kerana mereka sudah tidak mampu mengajarnya.
“Perkara itu membuatkan saya tersentak dan tersedar betapa kesibukan kerjaya membuat saya kurang prihatin terhadap keadaan Emery.
“Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Sumber: ig edryabdhalim & astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang hamil dan melahirkan anak ini, tiada langsung kelainan. Proses tumbesaran juga normal ketika bayi.
Dilahirkan pada minggu ke-38 menerusi indius berat anak kecil ini ialah 2.3kg. Anak sulung keluarga ini dinamakan Muhammad Faris Fakhri atau lebih mesra dengan panggilan Along.
Ibunya, Fazlina Isahak berkata kelainan berlaku apabila anak kecil ini tidak menunjukkan tumbesaran seperti sepatutnya. “Apabila makin membesar perkembangannya tidak mengikut seperti yang sepatutnya. Lebih kurang setahun sebulan tukar klinik, pindah tempat lain, nurse tengok perkembangan tak sama. Faris terus kena refer pakar,” kata Fazlina.
Setelah dua hingga tiga kali berjumpa pakar, doktor meminta kami membawa Faris menjalani fisioterapi dan cara kerja dari umur 1 tahun 3 bulan hingga sekarang. Selain itu, Faris juga perlu jumpa pakar kanak, rehab dan pakar tulang.
Setelah dua kali melakukan MRI, didapati bahagian hadapan kepala Faris terbuka sikit, tidak tertutup sepenuhnya. Ini adalah punca Faris tidak seperti kanak-kanak yang lain. “Saya seolah-olah tidak percaya & sukar nak terima kenyataan sebab nampak anak normal. Suami pun sama, rasa anak normal macam anak-anak lain. Sampai sekarang dia anggap macam tu,” kata Fazlina.
Kini pada usia 6 tahun, Faris membesar dengan sihat, cuma kedua-dua belah kaki & tangan kirinya agak lemah. Perkembangannyadi sekolah sangat baik sehingga gurunya mencadangkan anak kecil ini bersekolah di aliran perdana.
Antara bentuk terapi yang diperolehinya Faris ialah fisioterapi 2kali sebulan/ sebulan sekali & terapi cara kerja di Hospital Taiping dan turut melakukan ururan tradisional di kampung.
Sudah menjadi rutin harian Fazlina untuk menguruskan Faris dengan mendukung/ mengangkat ke mana-mana. JIka di luar rumah, kerusi roda akan digunakan. Faris juga perlu dimandikan, dipakaikan pakaian.
Fazlina juga akan memantau Faris makan kerana Faris boleh makan sendiri dengan sebelah tangan. Setiap hari juga dia akan membuat terapi, mengajar Faris membaca Al-Quran, melukis dan mewarna.
Menjadi positif itu tidak mudah. “Masa awal mengetahui Faris disahkan Cerebral Palsy, masa nak buat kad oku dan mendapatkan kerusi roda untuk Faris, kami masih tidak percaya kerana menganggap Faris anak yang normal, cuma tak boleh jalan sahaja.
“Namun apabila mendapatkan rawatan di hospital jumpa pakar, kami agak terkejut jumpa banyak lagi anak-anak istiwewa lagi ‘teruk’ keadaan.
“Masa tu rasa bersyukur dengan keadaan anak, sihat, boleh bercakap. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi tahu sakit ke apa-apa berbanding dengan anak-anak lain yang terbaring dan tidak boleh bercakap,” kata Fazlina kepada Pa&Ma bagaimana dia menjadi positif. Katanya lagi, sokongan daripada ahli keluarga dan orang di sekeliling amat membantu memberikan semangat untuk terus mendidik dan memberikan yang terbaik buat Faris.
Sesi persekolahan yang bakal bermula pada awal Mac ini pastinya membuatkan mak ayah berkobar-kobar. Terlalu lama berada di rumah membuatkan mak ayah berasa risau. Namun pembukaan sekolah ini bukan bermakna anak perlu belajar dan memecut laju, bimbang ketinggalan dalam pelbagai silibus.
Elakkan memaksa anak, lebih-lebih lagi bagi anak yang baru melangkah ke alam persekolahan seperti lima tahun, begitu juga dengan pra sekolah. Berikan masa untuk mereka bermain sambil belajar. Perkongsian seorang guru, Asmadi Abdul Samad ini mak ayah perlu fahami.
Minggu depan sesi persekolahan akan di buka khusus untuk murid prasekolah, tahun 1 dan tahun 2. Minggu – minggu awal persekolahan ini ibubapa jangan terkejut ya kalau aktiviti di sekolah untuk anak-anak ini begitu santai, ringan dan banyak bermain.
Ini sebenarnya satu proses yang mungkin dibuat oleh pihak sekolah bagi menampung kelompongan yang berlaku dalam sesi orientasi dan transisi yang berlangsung atas talian sebelum ni khususnya untuk murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan.
“Ai cikgu, setahun lebih dah budak ni belajar santai-santai ngadap komputer di rumah, takkan nak santai lagi? Dok rumah pun main macam tak ingat dunia dah. Bukan silibus banyak nak kejar ke? “ Hmm.. Macam tu lah.
Sebut pasal bermain ni, disekolah kita bukan bermain tanpa hala tuju. Tidak. Kita maklum tentang peranan penting bermain itu dalam aspek perkembangan kanak-kanak dan ia menyumbang kepada aspek jasmani, sosial dan emosi mereka.
Jangan main-main dengan masa bermain kanak-kanak ni tau. United Nation masukkan masa bermain kanak-kanak ni sebagai hak asasi kanak-kanak dan ianya dilindungi di bawah ratifikasi perjanjian mereka. Ilmuan islam seperti Abdullah Nasih Ulwan juga ada menulis perihal pentingnya masa bermain kanak-kanak dalam sela masa mereka belajar.
Sebenarnya melalui bermain, kanak-kanak diberi peluang mencipta dunia yang mereka boleh kuasai sendiri dan jauh dari dunia orang dewasa. Dalam dunia ini mereka belajar mengurus ketakutan mereka serta membina kemahiran baharu yang berkaitan dengan rasa yakin diri dan daya tahan mereka.
Selain itu semasa bermain inilah mereka belajar berkomunikasi dengan diri sendiri dan juga dengan orang lain dalam kelompok sosial mereka. Kalau kita perhati betul-betul bermain juga sebenarnya mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi alam persekolahan. Sebab tu pendekatan ‘fun learning turut diserap masuk dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sebenarnya kan kawan, Ikut kajian yang dibuat oleh Unesco masa bermain kanak-kanak sebenarnya semakin berkurangan. Ada beberapa faktor yang disenaraikan tapi saya nak petik satu faktor sahaja yang saya rasa begitu dekat dengan hidup kita di Malaysia.
Ianya disebut sebagai ‘PERFECTIONISM’. Satu fahaman dimana ibubapa merasakan bahawa anak-anak begitu ideal dan wajib mengikuti cara hidup yang di terapkan oleh mereka dengan baik tanpa kompromi. Persaingan sengit pada masa depan dalam pendidikan dan industri pekerjaan memburukkan lagi situasi ini.
Maka tidak hairanlah sekiranya kita temui sekian banyak kajian yang menunjukkan perkaitan antara PERFECTIONISM dengan anxiety dan kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Kertas kerja yang berjudul The importance of Play in Promoting Healthy Child Development menulis satu kata kunci yang dirasakan menjadi solusi dalam memberikan masa bermain yang sesuai kepada anak-anak.
SEIMBANG. Pun begitu, kata kunci ini perlu kepada kajian lanjutan untuk dibumikan dalam bentuk tindakan. Saya sendiri berpegang kepada pendapat bahawa bermain sepatutnya menjadi platform untuk kita mengajar sesuatu kepada anak-anak. Ianya satu proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak dan menjadi peluang untuk kita mengukuhkan sikap yang ingin kita tanamkan dalam hidup mereka.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid. Jangan risau, kat sekolah nanti kita pun akan ada banyak masa untuk bermain dan belajar bersama-sama.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!