Bermain perkara yang sangat penting dalam kehidupan bayi dan kanak-kanak. Mereka perlu bermain dan meneroka untuk memastikan development mereka seiring mengikut usia.

Tapi kenapa pentingnya penglibatan ibu bapa ketika anak bermain? ikuti perkongsian ini.

Jangan Biar Anak Main Sorang, Anak Jadi “Bijak & Berfikir” Jika Ibu Bapa Turut Serta

KENAPA IBUBAPA PERLU BERMAIN DENGAN ANAK?

Saya selalu berkongsi tentang bagaimana ‘connection’ boleh terbentuk di antara ibubapa dan anak kecil apabila ibubapa bermain dengan anak. Kita juga sering disarankan agar bermain dengan anak ketika peringkat usia anak 0-7 tahun.

Tahukah anda kajian* yang dijalankan di Princeton Baby Lab baru-baru ini mendapati bahawa apabila orang dewasa bermain dengan kanak-kanak, otak kedua-duanya mempamerkan banyak aktiviti neural yang sama.

IKLAN

Ini bermakna aktiviti otak orang dewasa dan kanak-kanak naik dan turun dengan pola yang sama apabila bermain. Kedua-duanya mempunyai ‘the same wavelength.’

‘Bermain’ dalam kajian ini melibatkan bermain dengan alat mainan, menyanyi nursery rhymes dan membaca buku bersama-sama.

BAHAGIAN OTAK kanak-kanak yang aktif ketika bermain dengan orang dewasa adalah:
1) Bahagian otak yang membantu pemahaman yang tinggi tentang perspektif dan dunia sekeliling.
2) Bahagian otak yang terlibat dengan pembelajaran, perancangan dan membuat keputusan.

IKLAN

Inilah bahagian otak yang menjadikan anak seorang individu yang ‘bijak’ dan berfikir.

Selain dari itu, apabila orang dewasa bermain dengan kanak-kanak, otak masing-masing akan mempengaruhi antara satu sama lain. Otak orang dewasa akan meramalkan apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh kanak-kanak manakala otak kanak-kanak pula akan meramalkan apakah yang akan dilakukan oleh orang dewasa.

Ini bermakna apabila kita banyak bermain dengan anak kecil kita, kita akan lebih mudah memahami keperluan dan tindakan mereka. Anak juga akan lebih memahami keperluan kita sebagai ibubapa kerana bukan sahaja wujud ‘connection’ secara fizikal dan emosi ketika bermain bersama, malah wujud juga ‘connection ‘pemikiran’ atau neural coupling.

IKLAN

Oleh itu jika anda ingin membentuk anak yang bijak, yang berfikir, yang lebih memahami persekitarannya dan memahami keperluan kita sebagai ayah ibunya, maka LUANGKANLAH MASA UNTUK BERMAIN DENGAN ANAK KECIL ANDA.

Masa yang kita luangkan bermain dengan anak lebih bermanfaat dari material atau gajet yang kita sogokkan.

Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

*Sumber jurnal:
Elise A. Piazza, Liat Hasenfratz, Uri Hasson, Casey Lew-Williams. Infant and Adult Brains Are Coupled to the Dynamics of Natural Communication. Psychological Science, 2019; 095679761987869

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI