Siapa yang tak nak jadi isteri yang “perfect” bukan? Kalau boleh nak siapkan makan malam tepat pukul 7 supaya dapat makan pukul 8 malam. Dapat uruskan anak-anak sekelip mata tanpa perlu jadi harimau. 

Lebih indah kalau dapat jana pendapatan ribu ringgit dengan hasil titik peluh sendiri. Tapi jangalah terlalu memaksa. Sungguh diri sendiri penat bukan untuk memuaskan hati semua?  Jika penat, rehatlah. Sayangi diri anda.

Jangan Biar Isteri Terlalu Nak Jadi “Perfect”. Kalau Tak Larat Masak, Tak Larat Kemas Jangan Paksa

MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?

Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’
‘Macam mana nak hilangkan baran?’
Dan seumpamanya.

Dear parents Dear mommies.
You don’t need to be perfect. Just be patient.

Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus.

You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.

Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.

IKLAN

Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. 😆

Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.

Yup, just simply being a therapist to her.

Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.

Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!

IKLAN

Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.

Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.

Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.

Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.

Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.

IKLAN

Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.

Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.

Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.

Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.

Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.

You are beautifully made by Allah.
Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.

Kredit: Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI