Adakalanya bila anak terluka akibat terjatuh atau digigit serangga kita biarkan sahaja tanpa disapu ubat atau mendapatkan rawatan sewajarnya. Sebenarnya hal sebegini tidak patut berlaku, bimbang kaki anak makin melarat atau terkena radang cellulitis membuatkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Menerusi perkongsian oleh Dr Aima Hassan, jika cellulitis tak dirawat dengan baik, jangkitan ini boleh merebak ke lapisan tisu yang lebih dalam – otot, tulang yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Malah boleh juga tersebar dalam edaran darah ke seluruh badan. Jadi jangan biarkan sahaja anak kita. Bawak jumpa doktor.
Anak junior saya tempoh hari dimasukkan ke hospital kerana kakinya ada cellulitis (read: selulaitis). Awalnya sekadar luka melecet kerana terjatuh. Tiba-tiba jadi merebak merah hampir seluruh kaki.
Cellulitis adalah jangkitan kuman/radang yang melibatkan kulit dan lapisan tisu di bawahnya (dermis, epidermis, subcutaneous tissue).
Sebab biasa terjadinya cellulitis, antaranya: – Luka pada kulit, gigitan serangga – Kencing manis, dan sistem imun badan yang lemah. – Penyakit kulit yang sedia ada (ekzema, psoriasis) – Bengkak kaki atau tangan yang kronik
Bahagian kulit yang terlibat itu akan jadi merah berkilat, bengkak. Bila pegang akan terasa hangat. Bila ditekan akan rasa sakit. Kadang akan melepuh.
Ads
Banyak masanya pesakit akan demam, adakala sampai menggigil. Kelenjar limfa yang menjaga bahagian itu juga mungkin akan jadi bengkak.
Apa nak buat bila ada ahli keluarga atau diri sendiri yang kena?
Saya cadangkan serahkan diri kepada yang lebih pakar i.e ke klinik atau hospital. Jangkitan perlu dikawal dengan antibiotik – sama ada ubat makan ataupun melalui saluran darah.
Ads
Secara asasnya, cellulitis hanya libatkan lapisan permukaan kulit. Namun ada beberapa kali juga bila kami buat ultrasound untuk pesakit yang ada cellulitis, rupa-rupanya sudah ada nanah pada ototnya.
Jika tak dirawat dengan elok, jangkitan itu boleh merebak ke lapisan tisu yang lebih dalam – otot, tulang yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Ia boleh juga tersebar dalam edaran darah ke seluruh badan.
Pendek kata, tanpa rawatan dan pantauan yang selayaknya, ia boleh membawa maut.
Ads
NB:
Cumanya, harus diingat. Efektifnya rawatan itu bergantung kepada jenis kuman dan ketahanan badan seseorang itu juga.
Kadang dah berikan antibiotik terbaik, tapi kuman itu degil juga ataupun sistem imun badan pesakit sendiri tidak kuat untuk melawan jangkitan.
Apa-apa pun sembuh atau tidak itu adalah dengan izin Allah jua. Yang penting kita sebagai manusia dah usaha untuk pelihara kesihatan dan nyawa. Untuk pesakit dengan mencari perawat. Untuk perawat pula, dengan memberikan rawatan selayaknya mengikut ilmunya.
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan. Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk menyusukan bayi mereka jadi perlu diberikan susu formula.Dalam kes lain, mungkin ketika sudah ‘berpisah’ susu badan, ibu ayah akan mencarikan susu formula untuk anak.
Jika dilihat di pasaran, ada banyak jenis susu formula yang boleh kita jumpa. Sekiranya anak-anak perlu minum susu formula, pasti ibu ayah menjadi keliru untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, setiap susu kelihatan sama dan khasiatnya juga tidak jauh berbeza. Pun begitu, terdapat banyak kriteria yang perlu dilihat oleh ibu ayah sebelum membeli susu formula buat si manja.
Susu formula memang ada banyak jenama tetapi ada empat jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.
Susu formula berasaskan susu lembu
Biasanya jika anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.
Susu formula dihidrolisis
Ia direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.
Susu formula berasaskan soya
Sementera susu berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.
Susu formula berasaskan susu kambing
Kini lebih banyak pengeluar susu telah mengkomerisialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.
Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada si kecil.
Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (sebab itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama hidup mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik.
Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Biasanya susu formula yang mempunyai kandungan DHA dan ARA lebih tinggi akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tak perlu dirisaukan sangat.
Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.
Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda beli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun.
Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan hal itu.
Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk si manja.
Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.
Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.
Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang malah bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana si kecil bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.
Kebiasaannya si kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.
Untuk pengetahuan para ibu bapa, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tak perlu bergantung kepada susu formula lagi. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semula jadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.
Apa yang diutarakan oleh doktor ini memberikan panduan kepada ibu bapa baru tentang punca terjadinya jaundis dan cara kuning dapat disingkirkan oleh badan.
Lebih menakutkan, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak sekiranya tidak dikawal dan diturunkan parasnya dengan cara yang salah.
Menurut Dr Khairi Malik, jaundis ialah masalah yang selalu terjadi kepada bayi baru lahir. Namun apa yang terjadi dalam masyarakat ialah terlalu percaya kepada petua-petua karut seperti memberikan bayi minum air herba dan menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
Cara penyampaian yang santai dan penggunaan bahasa yang mudah membuatkan ia senang difahami. Ia juga merupakan reaksi beliau kepada perkongsian netizen tentang petua mennyembuhkan jaundis yang melibatkan pelbagai sayur dan buah. Berikut ialah perkongsian beliau;
Hari tu saya dah cakap pasal kuning ni, ada lagi yang share benda mengarut camni. Perut baby yang baru lahir masih suci murni tak boleh hadam air rebusan buah/daun/akar kayu nanti usus dia rosak. Jemur anak bawah matahari nanti demam la baby sebab panas. Makin kering dia. Meh lah saya terangkan lagi skali.
Please jangan la bagi tips mengarut dengan melibatkan nyawa bayi. Tahu tak kuning tu bahaya? Tau tak bahayanya kuning. Ok biar saya cuba terangkan dalam bahasa mudah. Bahasa bukan medical.
Dalam badan kita ada darah merah. Darah merah boleh hidup 120 hari. Ada beberapa faktor yang menyumbang boleh buat darah merah mati awal. Antara faktor yang menyebabkan sel darah marah mati awal ialah;
Darah merah ini fungsinya ialah membawa oksigen. Oksigen diperlukan oleh badan. Darah merah yang mati tidak boleh berfungsi untuk mengangkut oksigen.
Maka bila ada faktor yang dinyatakan diatas, darah merah akan mati dan akan hancur pastu jadi warna kuning. (Ni bahasa mudah la, kalau saya tulis metabolism red blood cell bimbang anda tak faham). Darah merah yang mati tadi akan diganti dengan yang darah merah yang baru (tetap dihasilkan oleh bayi).
Darah yang kuning ini tidak berfungsi. Maka ia akan jadi bahan toksik dalam badan. Darah yang dah mati ini sepatutnya dibuang melalui air kencing atau pun najis. Sebab tu kalau masuk wad anak kena kuning, doktor tanya baby kencing kerap tak? Air kencing warna pekat tak? Najis warna kelabu tak? Ada la alasan dia.
Dr Khairi juga berkongsi tip untuk menurunkan paras kuning pada bayi. Antara yang disarankan ialah memberikan bayi susu ibu/
Cara dia bagi baby minum susu ibu/breastfeeding banyak-banyak. Secara simple, bila baby minum banyak, air kencing pun banyak. Bila baby menyusu banyak, berak pun banyak. So nanti kuning baby yang toksik tu akan keluar sekali ikut air kencing dan najis bila baby berak.
Sekiranya bayi tidak cukup menyusu, air kencing dan berak pun tak banyak. Jadi, kuning yang toksik itu tak dapat nak keluar.
Bila dah lama sangat terkumpul, darah kuning yang terperangkap tu akan pergi ke kulit dan organ bayi yang lain seperti buah pinggang, hati, dan paling risau sekali pergi otak. Bila dia pergi kulit, tu yang nampak baby warna kuning tu.
Sekiranya toksik kat otak tu yang orang paling risau sebab boleh kena sawan dan boleh jadi cacat otak selama-lamanya. Ya dalam kes ni, this can be prevented.
Kesimpulannya, ibu-ibu perlu memberikan bayi susu ibu sebanyak yang boleh supaya air kencing and najis banyak. So kuning yang toksik tu boleh keluar sekali sama-sama. Bukannya bagi daun herba/ jemur baby tengah panas.
Selain Itu ultraviolet ray atau lampu biru yang selalu dipasang di hospital tu sangat membantu untuk menurunkan paras kuning pada bayi.
So pleaselah jangan lah percaya dengan ubat-ubat macam ni. Tak payah la mandikan bayi daun itu daun ini. Ibu hanya perlu beri je susu ibu banyak-banyak sampai kuning bayi turun.
“Tapi….susu badan ibu x banyak, x cukup. Dia xnak keluar.”.
Untuk teknik penyusuan berkesan boleh la tanya jururawat masyarakat yang telah dilatih untuk bagi talk pasal ni.
Jadi ibu-ibu jangan marah kalau nurse asyik datang rumah tengok bayi. Nurse tu nak tengok kau menyusu macam mana, anda bagi susu sekerap mana.
Nurse hanya ingin tahu paras kuning bayi kerana paras kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak bayi selama-lamanya.
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum boleh bercakap, menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sekiranya anda sudah biasa mengendalikan anak sendiri, anda akan tahu apa yang mereka mahukan apabila menangis. Sebagai langkah pertama sebelum anda memeriksa dengan lebih lanjut, anda boleh lakukan lima perkara ini dahulu:
Jika bayi masih menangis selepas anda buat lima perkara ini, mungkin anda boleh meredakan tangisan si manja dengan beberapa cara yang lain. Usah risau, ia tidak susah dibuat dan biasanya berkesan untuk menenangkan mereka.
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
Membuaikan si manja dalam dukungan seperti ini boleh meredakan tangisannya.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.