Disaat kita menapis segala jenis cerita tontonan anak-anak, ada waktunya kita terlepas pandang. Cerita kartun yang kita rasakan ‘bersih’ content di dalamnya adakalanya tersasar hingga meninggalkan kesan pada anak.

Menurut Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira, inilah yang patutnya kita elakkan. Berusahalah untuk sentiasa memeriksa apa jua yang anak tonton. Penting!

Jangan Biar Saja, Tapis Cerita Kartun Anak, Biar ‘Content’ Tak Tersasar!


Ibu ayah, bila kita berikan anak kita tonton YouTube atau televisyen, pastikan kita tahu content apa yang akan anak kita tengok.

Biar ibu ayah tahu apa mesej dan perlakuan dalam video tersebut hatta kartun sekalipun. Tak dinafikan banyak kartun dari negara luar, jauh dari norma ketimuran kita, dan dah ada elemen soft porn dalam cerita kartun.

Watak kartun yang seksi, adegan berciuman dan berpelukan. Itu semua soft porn. Pernah saya tertonton televisyen di kedai makan, ditayangkan cerita kartun, saya pun dah lupa tajuknya.

Jangan Biar Saja, Tapis Cerita Kartun Anak, Biar ‘Content’ Tak Tersasar!

Watak utamanya perempuan, 4 sekawan suka menyanyi, pakaian mereka berwarna warni, berskirt pendek, mewarna rambut dan kuku. Mereka upload video mereka di laman sosial. Mereka seronok bila video nyanyian mereka viral.

Saya terpegun sekejap. Kartun sekarang advance ye, begitu rupanya content kartun. Pastinya ia akan mempengaruhi minda anak kita.

IKLAN

Apatah lagi iklan yang pop out ketika anak menonton video dan melayari internet. Terlalu banyak iklan mengarut di laman sesawang dan website.

Bermula dengan tak sengaja, takut membawa kepada sengaja menonton.

Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Jangan Biar Saja, Tapis Cerita Kartun Anak, Biar ‘Content’ Tak Tersasar!

Anak kita belum cukup matang menapis apa yang dilihat. Kitalah yang harus jagakan untuk mereka.
Jagakan pandangan mereka.

Allah Ta’ala berfirman,
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

IKLAN

”Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’

Surah An-Nur ,ayat 30.

Jangan Biar Saja, Tapis Cerita Kartun Anak, Biar ‘Content’ Tak Tersasar!

Jadi, pantau ye. Jangan biar anak tidur bersama telefon. Tetapkan rule penggunaan gajet.
Ketahui content apa yang anak tonton.

Wan Nur Syakira

Menarik: Doakan Wira Terus Terang Hati, Baru 2 Tahun, Anak Betty Rahmad Dah Habis Baca Iqra 1

IKLAN

Nak dapatkan kelengkapan sekolah anak, jom ke Hari-Hari.

Jangan Biar Saja, Tapis Cerita Kartun Anak, Biar ‘Content’ Tak Tersasar!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI