Perkongsian pasangan selebriti, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos mengenai hal keibubapaan sentiasa menjadi perhatian. Ada sahaja informasi mengenai anak-anak yang dikongsikan pasangan selebriti ini.
Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi cara membiarkan anak kecil berdikari. Dan inilah yang dilakukan kepada anak-anak mereka.
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar, biasakan anak dengan persekitaran dan biarkan mereka bermain sendirian sambil dipantau. Elakkan dukung selalu kata Dr Sheikh Muszaphar.
Ini merupakan tip untuk membiarkan anak kecil berdikari dan membiasakan diri dengan sekelilingnya sejak kecil. Bila anak mula yakin, senanglah mama buat kerja nanti.
Ads
Bermula sejak mereka lahir lagi,
1. Jangan dukung selalu 2. Tepuk sampai tidur 3. Jangan didodoikan 4. Biarkan anak bermain sendirian dan lihat dari jauh. They feel safe knowing you are around. 5. Banyakkan berkomunikasi dengan bayi. And no baby talk. 6. Rutin penting sangat . Babies love to be in control knowing what to expect . 7. Jangan kurung bayi dalam play-pen . Namun kena pastikan keadaan sekeliling selamat . 8. Layani anak seperti orang dewasa. Jangan tak endah permintaan mereka. Babies can be very sensitive.
9. Tidur di crib. Sebaiknya jangan tidur bersama bayi . Letakkan bayi di crib selepas menyusu apabila bayi sudah terlelap.
10. Dedahkan bayi kepada orang lain. Biasakan bayi bermain bersama anak anak yang lain . Menghantar bayi ke Taska dan berinteraksi membuatkan anak lebih yakin.
Ads
Personaliti bayi juga memainkan peranan. Some babies memang very attached . Baby girls are more prone for attachment. More effort are then needed.
Misalnya untuk anak kembar saya, Emelia dan Eusoff lebih senang sebab mereka main sama-sama dan tak perlukan orang lain pun di sekeliling.
Kadang bila anak demam, perasaan risau tu sentiasa ada selagi anak tak sihat. Serba salah dibuatnya lagi-lagi anak kecil yang tak boleh nak beritahu yang dia tak selesa dan sakit.
Menerusi perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim, ibu bapa boleh ikhtiarkan dengan cara mengamalkan doa dan selawat syifa untuk kesembuhan anak.
Sabda Nabi saw
“…demam itu berpunca dari bahang neraka Jahannam” iaitu panas yang bergejolak.
Sama dengan sabda Nabi Muhamamd saw yang lainnya : “Panas matahari yang terik berpunca dari bahang Jahannam.”
Penawar utama demam Rasulullah sebutkan adalah air. Dan air zam zam dalam hadis.
Hadis Bukhari dalam shahihnya dari Abu Jamrah Nashr bin Imraan Adh-Dhuba’I bahawa ia meriwayatkan :
“Aku pernah duduk dalam majlis ibnu Abbas di kota makkah, tiba tiba aku diserang demam”.
Kemudian ibnu Abbas berkata :
“sejukkanlah dengan air Zam zam kerana Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkan lah ia dengan air.” Atau “dengan air zam zam “
Ambillah air atau sebaiknya air zam zam doakan penawar demam panas pd air dan doakan pada anak.tiup ubun ubun anak anak. Dan tiup pd air. Buat mandi waktu selepas Asar-Maghrib. Buat ia bilasan akhir. Sebaiknya buat mandi sehingga panas sudah habis.
Doanya mudah 1. Surah al fatihah 2. Selawat syifa 3. Doa penyejuk demam 4. Ayat demam
Maka hati hati kita dengan panas demam ini. Anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sekali lupa berikan penawar sakit rohani. Sakit rohani inilah ramai yang tak tahu. Ia akan bawa mudarat lain pada anak.
Ada pesakit ustazah anak jadi sawan dan ada yang kesannya lebih teruk hingga jejaskan perkembangan mental dan fizikal. Anak jadi sudah tidak normal selepas kena demam panas.
*Setiap kali anak atau suami ustazah demam, ustazah akan rawat dan mandikan dengan air doa. Ustazah akan tambah doa lembut hati, doa kasih sayang dan doa sembuh penyakit. Alhamdulillah inilah tip anak-anak makin jadi dengar kata, taat dan suami jadi amat penyayang.
Betul lah orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Begitu juga dengan tabungan, walau pun hanya dibuat secara sambilan banyak juga jumlahnya.
Apa juga yang berkaitan menabung, disiplin menjadi kunci utama. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang lain. Tabung yang diletakkan di sisi mesin basuh dan diisi dengan wang daripada duit yang tertinggal dari poket suami ketika mencuci boleh selama setahun dalam tak sedar mencecah jumlah ribuan ringgit!
Suami isteri lain boleh buat juga membuat tabungan pasif seperti ini selain daripada tabungan-tabungan utama yang lain. Ikuti tips yang dikongsikannya ;
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tips nya mudah.
Pertama: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Menjadi suami mithali, penyayang dan bertanggungjawab dalam rumah tangga bukan datang daripada tempoh yang singkat. Ilmu yang datangnya dari sejak kecil lagi sebenarnya perlu ditanam dalam diri anak-anak kita supaya kelak mampu menjadi anak dan suami yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.
Didiklah anak-anak kita khususnya anak lelaki akan segala urusan di dalam rumah. Biar mereka belajar selok belok dapur agar mendidik mereka menjadi lebih bertanggungjawab kelak. Luahan dan perkongsian saudara Muhammad Yusof di facebooknya ini wajar kita jadikan ikutan dalam mendidik anak-anak kecil kita.
Kita rasa remeh namun anak belajar daripada apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi berusahalah untuk memberikan ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman yang berfaedah buat anak kita di masa depan.
Ajar anak kenal selok belok dapur
Tengah aku beli surat khabar tadi tiba-tiba bini telefon ‘darling tolong belikan cabai hidup..’
Cabai hidup? Ah, mencabar jugak ni. Cabai tu aku tau la cili/lada. Cabai hidup ni spesis mana pulak?
Aku pun pergilah ke pasar basah lepas tu aku cari kedai yang tak berapa ramai orang. Malu bhai pergi kedai ramai orang, sat gi aku tanya ‘bang, yang mana ya cabai hidup?’ mesti tiba-tiba masa akan jadi jeda dan masyarakat sekeliling akan memandang ke arah ko sambil berbisik-bisik sesama mereka ‘dia ni cabai hidup pun tak kenai’.
Aku aim satu kedai ni sorang pak cik yang jaga dan tak tak berapa ramai sangat orang time tu. Ada sorang budak, mungkin anak dia kot kat depan kedai dia ni.
Aku pun tanya acik yang jaga kedai tu ‘Acik, cabai hidup yang mana ya?’. Seperti yang dijangka, aku tengok pak cik tu senyum je. Dia kata kat budak tadi ‘Mat, hang tunjuk abang ni cabai hidup yang mana..’
‘Bang yang depan abang merah tulah cabai hidup, yang sebelah dia cabai melaka, yang tu cabai kering. Yang dalam botol tu lada hitam..’ Fuh detail budak tu bagi kat aku. Pak cik tadi senyum je aku tengok.
Bawa anak pergi pasar
Aku rasa benda basic ni walaupun nampak macam biasa tapi pada aku ia adalah ilmu parenting yang sangat bagus untuk diterapkan kepada anak-anak kita sekarang. Tak kiralah anak lelaki ke, anak perempuan ke.
Yang ada anak jom kita biasakan anak-anak kita bila ke pasar, kenalkan dengan sayur, buah, ulam-ulam, jenis-jenis ikan dan kalau kita balik kampung, mungkin kita boleh buat task pada dorang untuk mengenal pokok-pokok yang ada di sekeliling rumah kita.
Yelah takkan nanti bila dorang dah besar, bila isteri suruh beli halia nak buat nasi lemak. Takkan kita nak google halia tu macamana kan? Malu beb, malu.
Sebab tu mak-mak kita dulu-dulu, setiap hari suruh kita bangun awal, suruh kemas bilik, basuh basikal sendiri, beli barang kat kedai, sapu sampah, sidai baju, lipat baju. Anak lelaki ke perempuan ke dulu mak kita paksa je buat.
Aku dulu fikir kenapalah mak-mak ni paksa buat kerja, dah la tak bagi upah. Baru landing nak tengok Dragon Ball, tiba-tiba mak panggil suruh beli kunyit kat kedai, ah, rasa nak telepon je teledera time tu. Hehe.
Bersedia jadi suami bila berkeluarga
Tapi itulah 10-20 tahun ke depan bila dah dewasa, dah matang, baru aku perasan yang apa yang mak aku suruh buat tu adalah ilmu parenting yang sangat berguna buat anaknya menghadapi kehidupan berkeluarga. Betul tak?
Dalam diam tak diam, mak-mak kita sebenarnya dah macam ahli nujum yang mampu untuk dedahkan kepada kita apa yang akan bakal kita lalui untuk jadi yang terbaik sebagai suami dan sebagai isteri.
Ilmu parenting ni yang kurang kita buat kat anak kita, sekarang ni kan? Parent sekarang tak berapa nak harap anak buat kerja sendiri. Berdikari. Semua kita tolong mereka buat sampaikan kerja sekolah pun kadang-kadang ada parent tolong buatkan.
Dalam masa yang sama, ajarlah juga anak-anak tentang slanga atau dialek daerah suami atau isteri sebagai meraikan silang budaya antara keluarga. Walaupun pada awalnya mungkin anak-anak keliru tapi akhirnya benda tu akan jadi normal pada mereka.
Aku belajar sesuatu hari ini tentang ilmu parenting. Walaupun ianya datang dari pasar basah. Ini yang orang kata ilmu terbaik kadang datangnya daripada jalanan.
Dalam kita sedar tak sedar ilmu parenting terbaik adalah daripada mak-mak kita sebenarnya, walaupun dorang takde pun belajar tinggi tapi ilmu pengurusan keluarga mereka, kalau nak diiktiraf dengan sijil, aku rasa PHD pun takkan sama dengan air tangan ibu kita dalam membesarkan kita.
Sambil-sambil kita ajar anak buat kerja rumah kita ingatkanlah anak-anak kita apa yang kita suruh dorang buat ataupun tegur, semuanya ada sebabnya. Walaupun dorang mungkin akan mengeluh, nanti bila dorang dah besar dan bekerluarga, macam aku, dorang mesti akan tiba-tiba teringat momen tu sambil terfikir ‘betul jugak apa mak aku cakap dulu..’.
Percayalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah bayi lemas baldi air ini jadi peringatan besar buat ibu bapa tentang bahaya tersembunyi di rumah. Ketahui langkah keselamatan penting elak tragedi.