Dalam rumah tangga, siapa je tak pernah berselisih? Ada masanya bermasam muka, tarik muka, sampai tak bertegur seharian. Tapi percayalah, kunci rumah tangga kekal aman bukanlah tak bergaduh, tapi tahu macam mana nak cepat-cepat sejukkan hati dan maafkan pasangan.
Dua Kunci Emas Untuk Bahagia Sampai Syurga Kalau nak rumah tangga kekal harmoni, ada dua benda simple tapi besar nilainya: 👉 Solat berjemaah 👉 Saling bermaafan sebelum tidur
Ads
Bila solat berjemaah, waktu itulah isteri bersalam dengan suami, mencium tangan sebagai tanda hormat pada ketua keluarga. Masa ni, hati lembut sendiri. Allah SWT campakkan kasih sayang dan keberkatan dalam rumahtangga tanpa kita sedar.
Ads
Kenapa Kena Saling Maafkan Sebelum Tidur? Tak rugi langsung minta maaf sebelum tidur, sebab:
Tak Simpan Dendam Dalam Hati Kadang kita tak perasan pun ada buat pasangan terasa hati. Dengan bermaafan, hati jadi lega, tidur pun lena.
Belajar Jaga Hati Pasangan Bila kita tahu ada benda yang dia tak suka, kita jadi lebih berhati-hati. Tak ulang silap yang sama. Hubungan jadi lebih matang dan peka.
Tidur Dengan Hati Bersih, Jiwa Tenang Maafkan, lepaskan. Barulah tidur kita penuh rahmat, bukan penuh amarah. Allah SWT sayang orang yang lembut hatinya.
Kalau Tengah Marah, Ini Tipnya Kalau rasa marah masih membuak, cepat-cepat istighfar. Ambil wuduk kalau perlu. Dan kalau mampu, baca doa memohon ketenangan hati. InsyaAllah, perlahan-lahan reda amarah tu.
Ingat Satu Perkara Ini, Wahai Hati Andai kata ajal menjemput waktu kita tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita dan pasangan dah saling bermaafan. Tak ada lagi rasa bersalah, tak ada lagi beban di hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita, Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri. Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk, namun dia tidak pernah bermegah-megah dengan kesenangan yang dimiliki.
Ibu kepada Imane Lunara ini juga lebih selesa bekerja dan menguruskan peniagaannya demi kepuasan diri sendiri tanpa berharap kepada suami.
Walaupun begitu, Intan tetap menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik. Malah perkongsian resipi darinya sering dinanti-nantikan warganet. Menerusi Thread, Intan ada mengulas topik ‘husband provider’.
Menurutnya, sebelum berkahwin dia dan suami banyak berbincang tentang masa depan mereka.
Biarpun Intan boleh menguruskan rumah tangganya sendiri, namun suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, tetap menyediakan para pembantu bagi memudahkan urusan sehariannya. Apabila bercakap tentang ‘husband provider’, Intan memberikan pendapat bernas tentang isu ini.
“Ya, saya selalu fikir 100 langkah ke hadapan. Perkahwinan ni bukan semata-mata tentang cincin tetapi kehidupan yang kita nak lalui bersama.
Ia harus datang dengan rasa hormat, kita sokong empayar suami tapi jangan lupa bina kejayaan kita juga. Jangan sampai ‘hilang diri’ kita.”
Kata Intan, sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suaminya banyak berbincang tentang rancangan masa depan, gaya parenting dan bagaimana mereka mahu membesarkan anak-anak. Benarlah kata Intan, sebenarnya untuk menjalani kehidupan yang harmoni bersama pasangan, rasa hormat sangat penting.
Selain itu, sokongan berpanjangan dan saling memahami keinginan pasangan juga perlu dititikberatkan supaya hubungan kekal bahagia dan tiada pihak yang merasa dipinggirkan. Biarpun perkahwinan Intan dan suaminya, masih baharu namun kedua-duanya sangat matang untuk berbincang tentang perkara penting sebelum membina sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama mereka. Yalah, anak manja katakan. Kadang-kadang tu, sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah. Tak salah tidur dengan anak, tetapi biarlah ada had masanya.
Dengan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama, sebenarnya boleh mengganggu kemesraan suami isteri. Sebenarnya bilik tidur adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isterinya.
Akhtar Syamir, seorang penulis yang rajin berkongsi tentang tip keharmonian rumah tangga, berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya. Ikuti penjelasan ini;
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu.
Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Ada benarnya perkongsian ini. Kadang-kadang waktu nak tidur lah masa paling sesuai untuk kita berkongsi segala hal dengan pasangan. Inilah waktu terbaik untuk saling berkongsi perasaan dan masalah yang ada. Perbincangan di dalam bilik tidur juga boleh dilakukan dalam suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
Seronoknya kalau dapat hadiah birthday, lagi-lagi kalau insan tersayang yang bagi. Lepas tu, dapat pula kejutan, memang rasa bahagia sangat!
Seronok baca perkongsian wanita ini bila suaminya hadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang kreatif dan tak disangka-sangka! Yang lucunya, selepas tiga hari baru dia tahu ada hadiah dalam kek.
Perkongsian di akaun TikTok aien_suraya ni menceritakan bagaimana suaminya menghadiahkan rantai emas itu. Katanya, dia dah potong kek tersebut pada 3 Februari tapi 6 Februauri baru jumpa rantai tersebut.
Mujurlah mereka terasa nak makan kek tersebut dan dia hampir berikan kek itu pada jiran sebelum anaknya ternampak rantai itu.
“Kebetulan hari tu memang potong separuh je. Lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari. Anak korek makan kat tengah kek, kalau tak memang tak tahu ada emas,” katanya lagi.
Dalam tempoh 48 jam dimuat naik, vide ini telah mendapat 2.1 juta jumlah tontonan dan lebih dari 50 ribu likes. Seronok kalau dapat kejutan kan? Mujurlah tiba-tiba terasa nak makan kek tu, kalau dibuang terus habislah! Happy belated birthday, semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.